Tag: Asar

  • Tiga Waktu Dilarang Mandi Menurut Ilmu Kesihatan

    Tiga Waktu Dilarang Mandi Menurut Ilmu Kesihatan

    Telah disebarkan satu tulisan yang melarang mandi pada tiga waktu tertentu yang kononnya menyebabkan seseorang akan mendapat penyakit tertentu. Antara waktu yang dikatakan, dilarang mandi itu ialah selepas asar, selepas maghrib dan selepas Isyak. Ia mungkin berdasarkan pengalaman yang berlaku kepada sesetengah orang, tetapi secara umumnya larangan tersebut tidak tepat dari sudut kesihatan. Berikut adalah ulasan menurut saya selaku seorang pengamal perubatan moden berkaitan dengan larangan mandi ini.

    1. 30 Minit Setelah Solat Asar.

    Darah badan kita sentiasa panas dengan julat suhu 36.5 hingga 37.5 celcius, sesuai dengan spesies manusia sejenis mamalia yang berdarah panas. Jika kita mandi sekalipun, darah kita tidak akan berubah sama ada sejuk atau terlalu panas. Keseimbangan akan tetap terjamin. Mandi pada ketika ini dibolehkan dan tiada kesan kesihatan. Penat dan lelah secara lumrahnya boleh berlaku setelah kita berkerja sepanjang hari, tiada kaitan pun dengan mandi.

    2. Setelah Maghrib

    Jantung manusia bekerja sepanjang waktu, tidak mengenal penat dan lelah. Bagi orang yang normal degupannya berdetak antara 60 – 110 kali seminit. Tiada istilah jantung lemah kecuali orang yang diserang penyakit jantung lemah. Tiada kajian pun mengaitkan mandi selepas Maghrib atau mandi malam menyebabkan paru-paru berair. Mitos mandi malam penyebab paru-paru berair ini selalu disebarkan dalam masyarakat kita. Zaman dahulu, orang tua-tua melarang mandi malam kerana kesusahan untuk ke perigi yang berada di luar rumah. Elektrik pun tiada dan gelap malam yang menyusahkan untuk bergerak. Sekarang zaman sudah berubah.

    3. Selepas Isya’

    Jika jantung kita terhenti, pengsan lah kita atau tanda kematian. Tidak sesekali jantung kita akan istirahat atau berhenti melakukan tugasnya mengepam darah ke seluruh tubuh. Mandi selepas isya’ tidak mendatangkan mudarat kepada badan ataupun jantung berair. Malah mandi di awal pagi bukannya teknik untuk cas semula jantung. Allah jadikan jantung kita sesuatu yang unik, tidak perlu dicas atau diletakkan bateri kecuali penyakit tertentu seperti rithma jantung tidak menentu (cardiac arrytmia) yang memerlukan pacemaker(pembedahan). Semoga dengan penjelasan ini boleh menghilangkan kerungsingan anda untuk terus membersihkan badan, seterusnya melakukan ibadah dengan sempurna.

     

    Source: Islam Itu Indah

  • Kalau Nak Tengok Wajah Allah S.W.T. Di Akhirat Nanti, Buat Lah Perkara-Perkara Ni Ok? InsyaAllah.

    Kalau Nak Tengok Wajah Allah S.W.T. Di Akhirat Nanti, Buat Lah Perkara-Perkara Ni Ok? InsyaAllah.

    1. Iman dan Ihsan (Merasa Selalu Diawasi oleh Allah)
    Iman dan ihsan menjadi pintu untuk boleh melihat wajah Allah SWT. Dengan Iman dan ihsan seorang mukmin akan sentiasa merasa diawasi oleh Allah SWT dalam setiap ibadahnya. Seakan-akan dia melihat-Nya dengan hatinya di saat beribadah kepada-Nya. Maka ganjarannya adalah dengan melihat wajah Allah dengan mata kepala di akhirat. Penghulu Ulama` Madzhab Hanabilah, Al-Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali Rahimahullahu Ta’ala berkata, bahwa “Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam QS Yunus : 26 yang artinya:

    “Bagi orang yang berbuat ihsan, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya (kenikmatan melihat Allah).” (QS Yunus [10]: 26) Telah sahih dalam Ṣaḥīḥ Muslim dari Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menafsirkan ziyādah (tambahan) dalam ayat ini dengan melihat wajah Allah di Syurga. “Wajah–wajah orang-orang yang beriman pada hari itu berseri–seri kepada Rabbnya mereka melihat.” (QS. Al-Qiyamah: 22-23)

     

    2. Menjaga Solat Subuh dan Asar
    Amalan selanjutnya yang dapat membuat manusia dapat melihat wajah Allah di akhirat adalah menjaga solat Subuh dan Asar. Solat merupakan ibadah wajib yang paling mulia dan boleh mengantarkan seorang hamba untuk meraih kenikmatan melihat Allah. Dari Jarir Radhiallahu ‘Anhu berkata, “Ketika kami duduk-duduk bersama Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, tiba-tiba beliau melihat ke arah bulan di malam purnama seraya berkata, ’Sesungguhnya kalian akan melihat Rabb kalian sebagaimana kalian melihat bulan ini. Kalian tidak samar dalam melihatnya. Jika kalian mampu untuk tidak meninggalkan solat sebelum terbitnya matahari (Subuh) dan solat sebelum terbenamnya matahari (Asar), maka lakukanlah.” (HR al-Bukhari: 7434, Muslim: 1432)

    Nabi Muhammad menjelaskan secara jelas bahawa ada hubungan erat antara menjaga solat dan rukyah (melihat Allah). Nabi dalam hadist ini menjelaskan bahawa melihat wajah Allah SWT bukan sekedar angan-angan, melainkan sebuah kepastian yang hanya akan didapatkan kesungguhan dalam beramal dan menjalankan ibadah. Rasulullah SAW juga mengajarkan kita agar memperhatikan dan menjaga dua solat yang agung yaitu solat Fajar (Subuh) dan solat Asar yang memiliki banyak keutamaan dan berat bagi orang munafik.

     

    3. Doa
    Berdoa merupakan ibadah yang mulia dan menunjukan bagaimana kesungguhan Hamba dalam meminta kepada Rabb-nya. Ternyata Rasulullah SAW juga telah mengajarkan kepada umatnya sebuah doa yang agar boleh “ melihat Allah” di akhirat nanti.

    “Aku meminta kepada-Mu (ya Allah) kenikmatan memandang wajah-Mu (di akhirat nanti) dan aku meminta kepada-Mu kerinduan untuk bertemu dengan-Mu (sewaktu di dunia) tanpa ada mara bahaya dan fitnah yang menyesatkan.” Diriwayatkan oleh al-Nasa’i: 1305, al-Bazzar: 1393, Ibn Hibban: 1971 dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Ṣaḥīḥ al-Jāmi‘ 1301. Baginda Rasulullah memunajatkan doa ini dalam ibadah yang paling utama yaitu solat. Semoga kita umat mukmin dapat sentiasa melaksanakan tiga amalan ini. Kerana tiada kenikmatan yang paling utama, selain melihat maha berkuasanya sang Pencipta, Allah SWT.

     

    Wallahualam

     

    Source: Himpunan Nasihat Ustaz

  • A Story On The First Day Of Syawal

    A Story On The First Day Of Syawal

    A CONVERSATION ON THE FIRST OF SHAWWAL

    ISYAK: They came for me at the Masjid every night in Ramadhan… every night! I really thought they came for me. And I only realised I was wrong when our guest Mr Tarawih told me that they came for him and not me. I mean.. come on.. Im wajib and he’s sunnat..

    MAGHRIB: Me too bro… they were anxiously waiting for me to come every evening! They actually memorised my arrival time man! I was so happy until Mr Iftar told me they were waiting for him and not me.

    SUBUH: You guys should be thankful… They only came for me in the Masjid in the last 10 nights of Ramadhan. I thought they came for me but realised I was wrong when Mr Laylatul Qadr told me they came for him. And the saddest part was yesterday on 1st Shawwal. So many came although they were late. So many of them came. It was more than the numbers who came for Mr Jumaat. And then I realised they came for Mr Eid. Not me.

    LAYLATUL QADR: And those who knew my story, they only came on 5 of the odd nights, not 10. Imagine if Allah had revealed to them my actual date!

    ZUHUR & ASAR: [Silent, not understanding a single thing]

     

    Source: Aydarus Alhabshi