Tag: Aurat

  • 11 Kebaikan Memakai Tudung Bagi Muslimah

    faisalhajari

    1) anda tidak perlu membuang masa set rambut, sikat2 dan dandan bagi lawa, pakai vidal sasoon ke mousse ke bagi rambut nampak lawa, berkilay dan beralun. Suami pun x merungut lama sgt menunggu korg mekap.

    2) korg tidak akan terasa membahang di kepala. Iklim malaysia yg panas dan membahang akan menyebabkan kepala cepat panas bila cahaya matahari yg berUV direct kena rambut n kepala. Menyebabkan kerosakan rambut dan tisu kulit kepala yg mengakibatkan kurap dan sopak.

    3) jika korg mempunyai rambut yg cantik beralun, korg ada segala hak utk x bagi org tgk. Biasanya org kalu nak beli henpon, dia akan beli yg dalam kotak dan bukannya display set. Korg ni mahal, bukannya bahan free show.

    4) tidak akan ada org yg menyalahkan korg kalau korg ni kena rogol ke atau kena raba ke disebabkan korg x memakai tudung serta x tutup aurat.

    5) penjimatan duit yg confirm banyak sbb nak set rambut kat salon bukannya murah. Satu sesi dah beratus. Sebulan at least kena pegi salon sekali utk basuh rambut. Belum masuk kos syampu, minyak rambut, mousse, conditioner.

    6) nak solat mmg senang, xyah susah2 carik telekung. Boleh solat terus dgn baju yg dipakai sekiranya xde najis. Jimat masa.

    7) tak perlu risau rambut kusut masai ditiup angin lemah gemalai

    8) jika anda ke amerika, org tempatan akan menghormati anda. Skang ni org amerika dan barat lebih memahami islam banding org timur.

    9) cakap telefon senang. X la sharp sgt bunyik suara kat speaker. Mengurangkan risiku kena barah akibat gelombang radio telefon.

    10) anda x payah nak set2 rambut atau dandan rambut. Save time, save money, mesra alam (kurang sampah dibuang).

    11) awek seksi bukak aurat naik motor dgn boifren? BOHSIA! Awek tudung menutup aurat naik motor dgn suami? SWEET!

    Sayangnya, hanya satu kekurangan (dr segi nafsu) kalau menutup aurat – dunia ni penjara bagi org mukmin dan syurga bagi org kafir.

    Sumber: Fais Al-Hajari

  • Menutup Aurat bagi Kaum Wanita Yg Beragama Islam

    Aquila-Style-WEB-Fuss-Free-Hijabs

    Dalil-dalil wajibnya menutup aurat bagi kaum wanita. Panduan bagaimana menutup aurat dengan sempurna juga telah disampaikan.

    Bagi muslimah yang beriman kepada Allah dan hari kebangkitan, syabas jika antum taati perintah ini. Bagi yang masih belum, masih part time tutup aurat hanya pada masa-masa tertentu saja dan yang tutup aurat tanpa perhatikan tuntutan syariat…Malaikat Jibril manakah yang telah mendatangi kalian dan menyampaikan wahyu mengizinkan kalian bersikap demikian? Tunduklah kepada perintah dan larangan Allah, ancamannya sangat keras bagi yang ingkar…

    1) “Wahai Muhammad! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [Surah Al-Ahzab (33):59].

    2) “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]

    3) Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan – umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung.
    [Surah an-Nur, ayat 31]

    4) Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

    5) Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” [Hadis riwayat Muslim dan Bukhari]

    Sophian Mohd Ali

    http://www.facebook.com/sophian.mohdali

    Sumber: http://on.fb.me/1i2KPyp