Tag: BMT

  • Anak Melayu Terima Anugerah Bayonet Perak

    https://www.facebook.com/iqbal.b.rahim
    https://www.facebook.com/iqbal.b.rahim

    TAHUN lalu, Leftenan Muda (2Lt) Muhammad Iqbal Abdul Rahim dengan berat hati melepaskan peluang bermain bagi kelab ragbi di Jepun kerana sudah dipanggil menjalani Perkhidmatan Negara (NS).

    Beliau menjalani Latihan Asas Ketenteraan (BMT) seperti anggota NS lain, namun hatinya tetap pada sukan yang diceburinya dari menengah satu lagi. Anak ketiga dalam keluarga empat beradik itu telah lama menanam cita-cita menjadi pemain ragbi profesional apabila dewasa kelak.

    Namun, kini 2Lt Muhammad Iqbal, 21 tahun, tidak pasti adakah impian itu masih ingin dicapainya.

    Ini kerana selepas beberapa bulan menjalani NS, beliau mula menimbangkan kemungkinan meneruskan khidmat sebagai pegawai sepenuh masa bersama Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

    Anugerah Pedang Merit (Bayonet Perak) yang diterimanya semalam kerana muncul sebagai kadet kedua terbaik dalam kohort infantrinya seakan-akan mendorong anak muda ini memilih kerjaya bersama SAF seperti yang digalakkan ibu bapanya. 2Lt Muhammad Iqbal antara 553 kadet pegawai yang ditauliahkan sebagai pegawai SAF dalam upacara pentauliahan di Institut Tentera Safti (Safti MI) itu.

    Seramai 456 daripadanya dari divisyen tentera darat, 50 daripada Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dan 47 daripada Angkatan Laut Republik Singapura (RSN). Menurut 2Lt Muhammad Iqbal, sebelum menjalani NS, beliau banyak memberi perhatian pada “kerjayanya” sebagai pemain dan kapten pasukan Bawah 20 Tahun Singapura.

    “Tiga bulan sebelum saya memulakan NS, saya diberi kontrak profesional untuk bermain bersama kelab Toyota Verblitz di Jepun selama setahun. Saya ke sana untuk menjalani percubaan namun apabila mendapat tahu tentang NS dan kecederaan buku lali yang saya alami pada waktu itu, mereka tidak menerima saya bermain,” kata lulusan Politeknik Republic itu.

    Beliau berasa agak hampa kerana terpaksa melepaskan peluang yang akan menjadikannya pemain ragbi Singapura pertama diberi kontrak profesional bermain dengan kelab luar negara. Namun, selepas memasuki OCS, 2Lt Muhammad Iqbal, yang mendapat tawaran mewakili Singapura dalam Sukan SEA tahun depan, mula berminat menceburi kerjaya bersama SAF.

    “Saya melihatnya sebagai satu kerjaya yang memuaskan. Saya mahu membantu mereka yang tidak bersemangat menjalani NS agar mempunyai perspektif berbeza terhadap latihan, pertahanan negara dan kehidupan mereka,” katanya yang akan meneruskan perkhidmatan di Rejimen Infantri Singapura Ketiga (3SIR) di Kem Selarang.

    Dalam ucapannya, tetamu terhormat, Timbalan Perdana Menteri, Encik Tharman Shanmugaratnam, berkata landskap keselamatan Singapura semakin rumit sejak beberapa tahun lalu disebabkan ketegangan di rantau dan cabaran keselamatan transnasional seperti keganasan, bencana alam, wabak biologi dan ancaman siber.

    “Sebagai penjamin muktamad keselamatan Singapura, SAF harus kekal sebagai angkatan yang kuat dan boleh dipercayai menentang semua ancaman keselamatan, demi memberi Singapura dan warga Singapura keyakinan menghadapi dunia yang tidak menentu dan bergelora,” kata Encik Tharman.

    Sumber: http://beritaharian.sg/premium/setempat/penerima-anugerah-bayonet-perak-pertimbang-kerja-di-saf#sthash.gxO6ZeXL.dpuf

    READ RELATED ARTICLES ON MALAYS IN SAF/MINDEF 

    letters to R1C banner

    YOUTUBE: youtube.com/user/rilek1corner

    FACEBOOK: facebook.com/rilek1corner

    TWITTER: twitter.com/Rilek1Corner

    WEBSITE: rilek1corner.com

    EMAIL: [email protected]

    FEEDBACK: rilek1corner.com/hubungir1c

     

  • Muslim SAF Officer Motivates New Recruits

    Singapore Army

    1230025_10151661095050967_2087899_n

    2LT Khabir Ashraf Bin Mohamed Sultan was enlisted in 2012 to the Obese Basic Military Training (BMT). He excelled in BMT and was posted to Officer Cadet School (OCS). He is now a Platoon Commander (PC) at BMTC handling the obese batch, he feels privileged to be able to motivate recruits with his experience.

    “Although the training was very tough, the encouragement that my commanders gave and the support from my fellow platoon mates gave me the energy to excel in my BMT. Today, I use my experiences to help me become a role model to my recruits and to motivate them to do better.”

    Well done 2LT Khabir!

    Source: The Singapore Army

    READ MORE ARTICLES ON SAF

    letters to R1C banner

     

    YOUTUBE: youtube.com/user/rilek1corner

    FACEBOOK: facebook.com/rilek1corner

    TWITTER: twitter.com/Rilek1Corner

    WEBSITE: rilek1corner.com

    EMAIL: [email protected]

    FEEDBACK: rilek1corner.com/hubungir1c/