Tag: Cina

  • 3 Masjid, Madrasah Aljunied Gabung Tenaga Bawa Keceriaan Sempena Tahun Baru Cina

    3 Masjid, Madrasah Aljunied Gabung Tenaga Bawa Keceriaan Sempena Tahun Baru Cina

    Masjid-masjid di negara ini tidak ketinggalan turut serta dalam perayaan Tahun Baru Cina.

    Tiga masjid memasang sepanduk berwarna-warni dengan ucapan Selamat Tahun Baru Cina.

    Salah satunya, Masjid An-Nahdhah di Bishan yang bergabung tenaga dengan sebuah pusat prasekolah berdekatan mengadakan persembahan.

    Di Marsiling, Masjid An-Nur memberi buah-buah limau kepada beberapa rumah tumpangan warga emas di kawasan itu.

    Sekumpulan pelajar Madrasah Aljunied Al-Islamiah pula mengunjungi Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang di mana mereka menyertai sesi menulis kaligrafi Cina serta menikmati konsert Tahun Baru Cina.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Kisah Menarik Dua Gerai Melayu Rancakkan ‘Bazar Raya’ Tahun Baru Cina

    Kisah Menarik Dua Gerai Melayu Rancakkan ‘Bazar Raya’ Tahun Baru Cina

    Siapa kata anda tidak boleh membeli makanan halal sambil menikmati suasana perayaan Tahun Baru Cina di Chinatown? Dan siapa kata anda tidak boleh mendapatkan kuih dan kek tradisional Melayu dan sebagainya di ‘bazar raya’ Tahun Baru Cina?

    Itulah yang ditawarkan dua kedai anak Melayu, bernama Ovenly Sweet dan Word, di bazar-bazar sedemikian sempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelang.

    BERITAMediacorp meninjau-ninjau keunikan berniaga di pasar malam Tahun Baru Cina yang terletak di Temple Street di kawasan Chinatown dan juga menyelam pengalaman anak Melayu yang menyewa sebuah kedai sementara bagi Tahun Baru Cina di pusat beli-belah Bedok Mall.

    WORD – SATU-SATUNYA KEDAI MUSLIM TEMPATAN DI CHINATOWN

    Kedai Word memang dikenali dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam tempatan. Bukan setakat memiliki sebuah kafe di kawasan Upper Thomson, Word juga pernah menyertai pasar malam-pasar malam tempatan seperti bazar Hari Raya di Geylang Serai.

    Namun bagi pasar malam di Chinatown, ia adalah pengalaman pertama Word terjun berniaga dalam pasaran Cina. Cik Toni Lee Anwar Ali, 37 tahun, dari Word berkata tujuan Word membuka kedai di pasar malam berkenaan adalah untuk mencuba nasib di pasaran yang berbeza. Jadi, beliau menganggap pasar malam Chinatown tahun ini sebagai masa dan platform yang terbaik untuk melakukannya.

    Antara hidangan menarik Word. (Gambar: Facebook/ Word)

    Terkenal dengan hidangan ringan seperti ‘bagel’ pelangi dan minuman yang berwarna-warni, Word menyatakan ia tidak membuat sebarang penukaran kepada hidangan yang ditawarkan di Chinatown. Makanan-makanan dan minuman-minuman yang unik itu adalah bagi menarik golongan belia yang mengunjungi pasar malam tersebut.

    YOUTHEATS@TEMPLE STREET

    Matlamat yang disasarkan Word sesuai sekali dengan pasar malam di Temple Street. Ini kerana BERITAMediacorp difahamkan buat julung-julung kalinya pasar malam anjuran Jawatankuasa Perundingan Rakyat Kreta Ayer-Kim Seng (KA-KS CCC) itu memperuntukkan satu bahagian khas di pasar malam tersebut buat para usahawan muda.

    Diberi nama YouthEats@Temple Street, KA-KS CCC menyatakan, tahun ini pihaknya mengkhususkan tempat bagi para usahawan muda menawarkan pelbagai makanan perayaan dan makanan yang unik. Ia berlangsung dari 6 hingga 27 Januari.

    Itulah yang dimanfaatkan Word bagi memperkenalkan makanan jualannya dan menempa nama dalam pasaran yang berbeza daripada yang pernah ia sertai sebelum ini.

    PERBEZAAN PELANGGAN MELAYU DENGAN CINA

    Cik Toni memberitahu BERITAMediacorp walaupun hidangan yang ditawarkan Word tidak berbeza daripada pasar malam di Geylang dahulu, cabaran utama yang dialami beliau adalah tujuan para pelanggan yang berkunjung ke Chinatown.

    “Jika pasar malam di Geylang, para pelanggan, lebih-lebih lagi orang Melayu, mereka memberi tumpuan untuk membeli makanan. Tetapi di sini, para pelanggan lebih tertumpu untuk membeli persiapan Tahun Baru Cina,” jelas Cik Toni kepada BERITAMediacorp.

    Jadi, ini juga bermakna, bukan ‘beli sini makan sini’.

    BUAT KAJIAN DAHULU SEBELUM INI

    Botol kuih Ovenly Sweet yang siap dengan hiasan perayaan Tahun Baru Cina. (Gambar: Facebook/ Ovenly Sweet)

    Bagi Pengurus Operasi Ovenly Sweet Fakhrul Arifin, pengalaman bergaul dengan kawan berbangsa Cina membantu beliau membuka kedai sementara di pusat beli-belah Bedok Mall. Beliau yang juga boleh bertutur dalam bahasa Mandarin dan Hokkien memberitahu BERITAMediacorp bahawa pengalaman itu membuat beliau mengenali budaya pelanggan yang disasarkan Ovenly Sweet.

    “Saya belajar daripada para pelanggan saya tentang citarasa mereka dan selepas itu, saya memberitahu dan memberikan idea-idea kepada isteri dan ibu mertua saya yang merupakan pembuat kuih muih Ovenly Sweet,” ujar beliau yang berusia 37 tahun.

    Encik Fakhrul dan isterinya, serta pemilik Ovenly Sweet, Cik Juliana, 36 tahun, mendapati beberapa perubahan kepada kuih yang dijual juga perlu dilakukan bagi mengikut citarasa para pelanggan mereka yang lebih 90 peratus terdiri daripada kaum Cina.

    “Kami tidak tertumpu kepada kuih muih yang terlalu manis seperti Tapak Kuda dan Nutella Tart yang lazimnya menjadi tempahan utama kami semasa perayaan Hari Raya,” tambah beliau.

    Encik Arifin sempat berkongsi kepada BERITAMediacorp, bahawa cara operasi beliau juga harus menjalani beberapa perubahan. Ini kerana para pelanggan beliau semasa musim perayaan Tahun Baru Cina mahukan rasa yang segar dan ‘baru dibuat sendiri’.

    Jika semasa musim perayaan Hari Raya, para pelanggan tidak kisah membelinya lebih awal sebelum perayaan bermula. Perkara itu berbeza sekali bagi perniagaan untuk bazar Tahun Baru Cina. Menurut Encik Arifin, para pelanggan beliau akan membayar deposit sahaja dan hanya mahu mengambil kuih muih itu beberapa hari sebelum hari perayaan.

    PELANGGAN CINA SUKA LIDAH KUCING, LEBIH NENAS PADA KUIH TART KERANA ADA ‘ONG’

    Pasti ramai tertanya lakukah penjualan kuih muih Melayu semasa perayaan Tahun Baru Cina. Encik Arifin berkata: “Yang saya dan isteri terkejut, kuih lidah kucing kami yang paling laku dijual sehinggakan sudah habis bekalan kami.

    Antara kuih yang dijual Ovenly Sweet semasa perayaan Tahun Baru Cina. (Gambar: Facebook/ Ovenly Sweet)

    “Pelanggan saya memberitahu saya ‘Wah sangat warna-warni! Saya suka! Moga-moga ia membawa keceriaan kepada rumah dan keluarga saya semasa perayaan itu nanti.’”

    Jika rasa kuih itu penting bagi masyarakat kita apabila mahu membeli kuih muih semasa perayaan Hari Raya, bagi para pelanggan Cina makna-makna kuih itu lebih menjadi perkara utama yang harus dipertimbangkan.

    “Walaupun pelik tetapi benar. Mereka lebih suka kuih tart yang kelihatan keemas-emasan dan bukan yang gelap. Inti nenas pula harus berlebihan pada tart. Ini kerana nenas dalam bahasa mereka bermakna ‘mendatangkan kemewahan’ atau ada ‘ong’ (rezeki). Jadi mereka mahukan kuih tart sebegitu. Baru-baru apabila saya jual, saya rasa pelik juga,” seloroh Encik Arifin kepada BERITAMediacorp.

    Walau apa-apapun pelibatan Word dan Ovenly Sweet dalam perayaan Tahun Baru Cina membuktikan kepada kita bahawa ada peluang untuk kita sama-sama menikmati suasana meriah sambutan Tahun Baru Cina. Bak kata pepatah, ‘tak kenal maka tak cinta’.

    Source: BeritaMediacorp

  • Temasek Yang Dulu Bukan Seperti Singapura Sekarang

    Temasek Yang Dulu Bukan Seperti Singapura Sekarang

    Temasek yang dahulu bukan lah Singapurak yang sekarang…

    1. Populasi imigran Cina di Temasek berjumlah kurang 100k di Pulau Singapurak pada tahun 1700an. Kebanyakan menjadi peniaga dibawah koloni pemerintahan Syarikat Indian British dan buruh kasar kongsi ladang di Johor.

    2. Kemerosotan populasi Melayu semakin merosot akibat kemasukan besar besaran imigrasi etnik Cina semasa berlaku revolusi dan perang di Benua China pada tahun 1800-1900. Populasi etnik Cina di Singapurak meningkat naik kepada 900k.

    3. Peperangan dunia kedua membawa masuk lebih ramai etnik2 Cina dari seluruh benua Cina. Tempias juga kepada populasi di Tanah Melayu dengan kaum cina semakin menjadi jadi menguasai segala serba serbi sektor ekonomi.

    4. Salah satu sikap peniaga Cina yang mendatangkan ketidakpuasan hati rakyat asal Tanah Melayu dan Singapurak Melayu ini adalah kelicikan mereka menguasai dengan pantas jaringan perniagaan. Tiada ruang diberikan langsung kepada peniaga Melayu untuk berkembang. Ini kerana peniaga Melayu kekurangan modal dana untuk berkembang dimana jaringan peniaga Cina bekerjasama sesama sendiri memberi bantuan kewangan menyebabkan mereka pantas menguasai segenap ruang yang ada.

    5. Tahun 1900 banyak bank bank dikuasai etnik Cina ini membuka cawangan berkembang di Tanah Melayu dan Singapura. Dengan licik mereka mula berpakat dengan British untuk menguasai Tanah Lombong dan Perladangan. berjuta juta hektar tanah dimiliki oleh pelabur peniaga Cina tersebut.

    6. Itu bab sejarah asal usul perkembangan ekonomi kaum Cina. Sekarang kembali kepada topik asas Cina Kiasu di Singapurak.

    7. Kaum Cina ini golongan yang sangat licik sekali. Mereka yang akan timbulkan masalah dan mereka juga yang akan kedepan seolah olah sang penyelamat dengan memberikan penyelesaian kepada masalah. Sebab itulah orang Eropah menggelarkan bangsa Cina ini sebagai Virus Yahudi di Timur Dunia.

    8. Contoh paling kritikal adalah kemunculan Komunis Cina di Tanah Melayu dan Singapurak. Orang Cina yang mewujudkannya. Kemudian mereka juga menubuhkan parti radikal perkauman Cina seperti MCA, DAP dan PAP seolah melawan komunis tersebut. Walhal seumpama pepatung puppet sahaja. String atau talinya tetap dimainkan belakang tabir oleh elitis2 Cina tersebut.

    Orang Melayu buta berpolitik. Maka termakan dakyah tipu helah sebagaimana beratus ratus tahun sudah ditipu hidup hidup oleh sang penjajah2.

    9. Kesannya?… Singapurak secara halus dilepaskan (Expulsion) dari genggaman pemerintahan orang Melayu dari Tanah Melayu selama lamanya. Tertubuhlah Republik Singapurak purak.

    10. Pada awal penendangan Singapurak dari Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia) pada 1965, populasi orang Melayu hanya 15%. Buddha Cina menguasai Singapurak dengan 75% populasi.

    11. Julat yang sama seperti Pulau Pinang dan bandar bandar ekonomi utama di Malaysia skang ni. Nampak tak plot trend disitu?…

    12. Sekarang ini, julat populasi masih kekal sama dengan Melayu penduduk asal Singapurak hanya kekal berjumlah 15%. Macam mana boleh terjadi perkara begini?… Sedangkan populasi jumlah kaum cina di Malaysia sudah pun meningkat naik mencecah 45%?…

    13. Bagaimana kerajaan cauvinis perkauman Cina yang menguasai Republik Singapurak menjalankan operasi mengawal populasi kaum Melayu dengan berjaya?…

    14. Mudah. Kerajaan Cina Buddha Cauvinis Singapurak selama ini menjalankan dasar licik :

    – Dasar Ketat Peneutralan Imigrasi untuk orang Melayu
    – Mengetatkan undang2 perkahwinan campur antara Muslim dan non Muslim di Singapurak

    15. Di Singapura orang bukan Islam dilarang keras oleh undang undang untuk berkahwin dengan orang Islam (MELAYU). Tetapi dibenarkan oleh liberal law untuk berkahwin tanpa bertukar agama. Sama seperti yang terjadi di Indonesia juga sekarang ini. Anak2 golongan kawen tanpa asas agama ini sekarang semakin ramai di sana. Secara harafiah institusi ke Melayuan sudah pun dirosakkan dengan sistematik.

    16. Peneutralan kerakyatan Melayu juga diperketatkan. Dasar berbeza digunapakai terhadap golongan Cina yang mahukan kerakyatan Singapurak dengan dilepaskan secara mudah didalam sistem imigresen. Kesannya populasi kerakyatan baru Singapurak dikalangan etnik Cina semakin meningkat berpuluh2 ribu setahun.

    17. Dasar perundangan antara Melayu dan Cina juga berbeza. Registry of Muslim Marriages (ROMM) dan Registry of Marriage (ROM) untuk non-Muslims. Poligami juga diharamkan terus di Singapurak.

    18. Dari sejumlah 6 juta warga Singapurak sekarang, hanya 15% saja Melayu Muslim. Itu berjumlah 900k semenjak 50+ tahun yang lepas. Selagi menjadi MINORITI, maka nasib orang Melayu kerap lah tertindas dan tidak terbela.

    19. Apakah mungkin nasib orang Melayu di Singapurak boleh berulang di Malaysia kelak?…

    20. Dan orang2 Cina di Malaysia tidak habis habis mencari pasal dengan hak keistimewaan orang orang Melayu yang termaktub didalam Kontrak Sosial dan Perlembagaan Malaysia.

    21. Apa yang menjadi polemik bukan hubungan antara kaum Melayu dan Cina yang menjadi masalah. Tetapi sikap tamak dan keinginan kaum Cina yang mahu menapau semua saki baki kek yang ada seolah tidak mencukupi amatlah menakutkan orang2 Melayu skang ni.

    22. Jika tidak dirawat masalah ini, tidak mustahil akan terjadi protest besar besaran anti Cina berulang lagi pada masa depan. Amuk itu ayat khusus alter terahsia orang Melayu.

    23. Jika Melayu mengamuk dah berubah fikiran dengan menyatakan tegas bahawa cukup lah sudah perkongsian selama ini dengan kaum Cina dan mahu kod perkongsian selama ini dihapuskan… Soalan lain yang tak mustahil akan timbul masa depan :

    DIMANA KAUM CINA MALAYSIA MAHU BERPINDAH?…

    24. Terlalu lama memberi ruang dan berkongsi lama kelamaan orang Melayu juga yang kena pijak. Hanya masa saja menentukan tahap kesabaran orang Melayu boleh bertahan berapa lama lagi.

    Kami sayangkan senyuman manismu,
    Tetapi Kami juga bencikan kelicikan kamu memijak menindas kepala kami…

    Fikirkanlah…

     

    Source: Amzarul Yuzrin Bin Mohd Yusof

  • Basuki Tjahaja Purnama: Orang Cina Pertama Menjadi Gabenor Jakarta

    Basuki Tjahaja Purnama: Orang Cina Pertama Menjadi Gabenor Jakarta

    Ahli politik lantang Indonesia, Basuki Tjahaja Purnama hari ini mengangkat sumpah sebagai gabenor Jakarta, sekali gus menjadikannya orang Cina pertama memegang jawatan itu.

    Beliau yang sebelum ini memegang jawatan timbalan gabenor dilantik sebagai gabenor selepas presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi (kanan) menang pilihan raya Julai lalu.

    Kumpulan garis keras Front Pembela Islam (FPI) menolak pelantikan Basuki kerana didakwa tidak ‘mesra’ terhadap orang Islam di republik itu melalui beberapa perhimpunan jalanan.

    Basuki, yang terkenal dengan sikap lantang dan suka berdebat meminta kerajaan membubarkan kumpulan itu dengan mengaitkannya dengan unsur anarki dan keganasan.

    Basuki atau lebih dikenali sebagai Ahok pada bulan ini bagaimanapun meminta maaf kepada umat Islam jika kenyataannya itu menyinggung perasaan.

    “Saya mohon maaf jika kamu fikir saya kurang ajar,” beliau dipetik sebagai berkata ketika perhimpunan Majlis Ulama Indonesia Indonesia.

    Beliau merupakan penganut Kristian kedua dilantik sebagai gabenor Jakarta.

    Semasa pemerintahan 32 tahun Suharto (kiri), bangsa Cina menjadi mangsa diskriminasi sosial dan politik.

    Dominasi kaum Cina dalam ekonomi sering mencetuskan kemarahan di kalangan segelintir rakyat Indonesia dan menjadikan mereka terdedah kepada serangan semasa pergolakan sosial.

    Pengganti Suharto, Bacharuddin Jusuf Habibie membubarkan undang-undang diskriminasi terhadap kaum Cina.

    Selain itu, mantan presiden Indonesia Abdurrahman Wahid selepas itu mengisytiharkan Tahun Baru Cina sebagai hari cuti kebangsaan pada tahun 2002.

    – dpa

     

    Source: www.malaysiakini.com