Tag: Comedy

  • Don’t Leave Our Legends Hanging

    Don’t Leave Our Legends Hanging

    I read with sadness on the current state of Alias Kadir.

    He and his band of comedian brothers brought us so much joy over the years. konfirm pecah perut ah.

    It is very unfortunate that someone who can give  so much happiness to strangers is suffering in silence, even though he puts up a brave front.

    The situation is like how our older legendary footballers were treated. Only now you see people trying to do something about it but in the past no one cared. Most of them didn’t earn much, didn’t have insurance and there were no proper planning for them when they retire. They were forgotten when they are not useful anymore.

    Is the same thing happening to Alias Kadir? It is one thing to honour them with achievement awards but at the end of the day, money counts too. Unless you make it really big like Aaron Aziz, many work as part-time actors/comedians and have little savings and CPF.

    Where are the Malay MPs and Ministers? What Nick Mikhail said its very true. When P Ramlee was still alive, no one cared. Only when he passed away people started to do more for him. Too late.

    Don’t let the same thing happen to Alias Kadir.

     

    Fid

    Reader Contribution

     

     

  • Pelawak Fakkah Fuzz Kini Antara 20 ‘Orang Paling Kelakar Di Dunia’

    Pelawak Fakkah Fuzz Kini Antara 20 ‘Orang Paling Kelakar Di Dunia’

    Pelawak spontan Singapura, Fakkah Fuzz, kini di kalangan 20 ‘Orang Paling Kelakar di Dunia’.

    Ini setelah beliau menjadi salah seorang daripada 20 peserta yang berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir pertandingan tersebut, yang akan berlangsung dari 4 Disember hingga 10 Disember ini, di Finland.

    Di peringkat saringan, pertandingan anjuran kelab komedi popular Laugh Factory di Hollywood itu, sebenarnya disertai oleh 89 peserta dari 56 negara.

    Jadi ini bermakna, Fakkah Fuzz berjaya mengalahkan sekitar 70 pelawak lain dari serata dunia, sejauh ini. Antara pelawak lain yang turut tersenarai dalam 20 peserta separuh akhir ialah Harith Iskander dari Malaysia dan Melanie Maras dari Indonesia.

    FUZZ: “TAK AKAN SIA-SIAKAN PELUANG INI”

    Dalam persiapannya menjelang peringkat separuh akhir itu, Fakkah Fuzz memberitahu BERITAMediacorp: “Pengalaman menjejakkan kaki ke sana seperti luar dari alam nyata. Masih sukar untuk saya percaya.

    “Walaupun saya bimbang akan cuaca sejuk dan penerbangan selama 18 jam, saya berasa sangat teruja untuk bertanding dan tak akan sia-siakan peluang ini.”

    Malah, Fakkah Fuzz atau nama sebenarnya Muhammad Fadzri Abdul Rashid, kini menumpukan mindanya pada bahan yang ingin disampaikan nanti.

    “Komedi adalah subjektif tetapi saya akan memberikan persembahan yang terbaik dan tidak mahu menyesali apa-apa,” katanya lagi, yang pernah menyertai Super Spontan Upsize bersama para pelawak Malaysia.

    PELUANG UNTUK DUNIA KENALI KOMEDI SINGAPURA

    Fuzz turut berpendapat bahawa pertandingan ini dapat mengiktiraf bakat Singapura di persada dunia.

    “Dengan kemenangan Joseph Schooling di Olimpik Rio baru-baru ini, perhatian dunia kini tertumpu kepada Singapura. Penyertaan saya dalam pertandingan ini adalah cara saya untuk sama-sama menyumbang kepada dunia komedi dan Singapura.

    “Ia juga membolehkan orang ramai untuk mengenali negara, masyarakat dan identiti kami,” tambahnya.

    Menurut Fuzz, orang ramai juga boleh menjangkakan jenakanya yang berdasarkan pengalaman beliau sebagai seorang rakyat Singapura, seorang Muslim muda dan pandangan dunia terhadap kedua-dua identiti ini.

    Beliau turut memberitahu BERITAMediacorp bahawa beliau mahu berkongsi jenaka yang bukan sekadar menyerlahkan perbezaan antara negara, malah lebih kepada persamaan.

    “Kami semua mempunyai banyak persamaan dari segi muzik dan makanan. Saya ingin mencipta penyatuan dan menunjukkan bahawa kita sebenarnya tidak jauh berbeza,” katanya lagi.

    FAKKAH FUZZ LAWAN HARITH ISKANDER?

    Enggan menggelar pelawak Malaysia Harith Iskander sebagai pesaing terhebat, Fuzz bagaimanapun tidak menyangkal bahawa Harith ialah seseorang yang sangat memberi inspirasi kepada dirinya.

    “Saya sangat menghormati dirinya sehingga ada masanya saya berasa seperti saya tidak setara dengan dirinya sebagai seorang pelawak veteran.

    “Walau demikian, saya tidak sabar untuk berkongsi cerita dengannya sepanjang perjalanan dan lebih tahu tentang cara kerjanya sehingga membuat dirinya seorang pelawak yang berjaya,” dedahnya.

    Beliau turut menambah: “Saya akan berasa sangat gembira jika saya dapat melangkah ke peringkat akhir. Tetapi jika tidak, sekurang-kurangnya saya sudah dapat membawa seni saya dan membuat persembahan di sebuah platform antarabangsa.”

    Para peserta yang bertanding di peringkat separuh akhir akan membuat persembahan di hadapan panel juri di Finland.

    Mereka juga akan dinilai berdasarkan jumlah undian Indi Buzz dan keputusan panel, yang merangkumi masing-masing 50 peratus.

    Lima finalis bakal dipilih, di mana video mereka tersendiri juga akan dibuka bagi pusingan undian yang terakhir.

    Fakkah Fuzz dijadualkan bertolak ke Finland pada malam Sabtu ini.

    Source: Berita MediaCorp

  • Dzar Ismail: Zaman Ini Zaman Sensetif

    Dzar Ismail: Zaman Ini Zaman Sensetif

    Zaman ini adalah zaman sensitif. Sikit-sikit sensitif. Payah untuk berkarya. Lawak sarcastic mix blood pun diambil #secharaa literal.

    Zaman lawak P Ramlee dahulu menggambarkan masyarakat yg seolah olah lebih terbuka. Mereka parodikan Melayu berbahasa Arab, berbahasa Jerman, bahasa Omputih, siap dengan slangnya sekali, masyarakat rilek jer, faham lawak.

    Beliau pernah berpakaian hanya boxer yg berlubang, dalam sebuah adegan filem Bujang Lapuk, masyarakat chill jer, sampai skrg dorang dok ulang tayang, takder reaksi pon.

    Seandainya Allahyarham P Ramlee berkarya pada masa ini, dengan idea-idea lawak yg ‘ahead of its time’, nescaya beliau akan dikutuk dan dikecam dengan tiada penghujung oleh netizen-netizen yg sentap.

     

    Source: Dzar Ismail