Tag: commando

  • Commando Melayu – Bangga Dapat Peluang Jadi Commando

    Commando Melayu – Bangga Dapat Peluang Jadi Commando

    KETIKA berada di sekolah rendah dan menengah, berat badannya berlebihan.

    Beliau kemudiann melakukan perubahan yang besar kepada dirinya.

    Kini, Koperal Muhammad Haidhir Jasmani, 20 tahun, berkhidmat dalam Batalion Komando Pertama (1 Cdo Bn) Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

    Tahun ini, 1 Cdo Bn mengekalkan kedudukannya dengan memenangi Anugerah Unit Penggempur Terbaik (Best Combat Unit) bagi Peraduan Unit Terbaik SAF.

    Sejak peraduan itu diperkenal pada 1969, 1 Cdo Bn telah diiktiraf sebanyak 31 anugerah.

    Koperal Haidhir berbangga unitnya telah memenangi anugerah tersebut kerana ia bermakna kerja kerasnya ketika latihan dan misi berhasil.

    “Latihan di sini mencabar dan saya perlu sentiasa mendorong diri saya menguatkan ketahanan mental dan fizikal.

    “Pengalaman di sini mengingatkan saya ketika saya bersekolah di menengah empat.

    “Pada waktu itu, saya sedar tahap kecergasan saya jauh berbeza berbanding teman saya yang berada dalam Pasukan Kadet Nasional (NCC).

    “Saya terfikir, apabila mereka perlu menjalani perkhidmatan negara nanti, mereka akan lebih bersedia daripada saya kerana stamina mereka yang kuat,” kata beliau, yang menuntut di Sekolah Menengah Pasir Ris.

    Pemikiran itu telah mendorongnya mengurangkan berat badannya dengan kerap ke gimnasium.

    Apabila beliau menuntut di Maktab Rendah Tampines pula, beliau menyertai Kelab Kesihatan dan Kecergasan.

    “Pada waktu itu, untuk mencapai matlamat kesihatan saya, saya harus mempunyai daya tahan dan ini sama seperti situasi saya sekarang,” ujarnya.

    Koperal Haidhir mengakui bahawa latihan yang dilaluinya di kem lebih mencabar daripada misi sebenar.

    Antara latihan yang dilaluinya adalah senaman Cabaran Komando yang merupakan latihan litar.

    Bagi cabaran tersebut, Koperal Haidhir perlu menterbalikkan tayar seberat 120 kilogram dan berlari sejauh 400 meter sambil mengangkat beg pasir seberat 15 kilogram.

    Senaman Cabaran Komando dilakukan sekitar dua kali seminggu.

    Koperal Haidhir, yang mempunyai dua lagi adik-beradik berusia 24 dan 26 tahun, merupakan pakar senjata unitnya.

    Beliau perlu mempunyai pemahaman yang mendalam mengenai senjata dan penggunaannya.

    Ketika teringatkan pertama kali beliau melakukan operasi turun daripada udara, beliau berkata latihannya telah membina keyakinan dirinya.

    Beliau memikirkan kesemua kemungkinan buruk yang boleh berlaku apabila beliau melompat daripada pengangkutan udara seperti helikopter dari ketinggian 1,000 kaki.

    “Saya membayangkan payung terjun saya rosak dan saya berasa sangat takut.

    “Namun, saya menguatkan semangat dan memberanikan diri supaya saya dapat menamatkan misi tersebut.

    “Operasi itu sebenarnya telah menguji ketahanan mental lebih daripada ketahanan fizikal saya,” katanya yang telah berjaya melakukan operasi tersebut sebanyak lapan kali.


    “Latihan di sini mencabar dan saya perlu sentiasa mendorong diri saya menguatkan ketahanan mental dan fizikal.”
    – Koperal Muhammad Haidhir Jasmani, 20 tahun, pakar senjata dalam Batalion Komando Pertama (SAF). Antara latihan yang dilaluinya adalah senaman Cabaran Komando yang antara lain memerlukan beliau menterbalikkan tayar seberat 120 kilogram dan berlari sejauh 400 meter sambil mengangkat beg pasir seberat 15 kilogram.

     

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Proud To Be Among Rare Breed Of Malay Commandos In Singapore

    Proud To Be Among Rare Breed Of Malay Commandos In Singapore

    Dear Sir,

    What you may not understand is the history of Malays serving in the army especially in the Commandos. I served my NS in 1st Commando Bn and during that time (mid90s), I was the only Malay in my batch.

    I had to overcome many challenges then, e.g. no Muslim cookhouse in Hendon camp then, restrictions placed on me, etc. But I managed to survive my NS days with the help of all my Commando buddies, regardless of race. We were a band of brothers.

    Even now, Malays in Commandos are few and far in between. So you can understand my pride when I see a fellow Malay Commando who have managed to become an officer, doing the unit proud.

    Thank you.

    Zullkarnain Aziz

     

    Source: Ng Eng Hen

  • Malay Commando LTA Extends NS To Take Part In NDP

    Malay Commando LTA Extends NS To Take Part In NDP

    LTA Hafizuddin bin Mohdar’s Operationally Ready Date was originally on 11 Jun.

    However, the NSF Commando officer voluntarily extended his NS to 10 Aug – all so that he could march in this year’s NDP.

    “I was first involved in NDP in 2011,” he said, and nothing was going to stop him from joining this year.

    He was a flag raiser back in 2011 for the National Cadet Corps (SG NCC).

     

    Source: Ng Eng Hen

  • Bangga Ada Commando Melayu

    Bangga Ada Commando Melayu

    Bro,

    Nak share ngan korang this…adik gua nya member

    Malay Commando

    Commando Melayu kaper???  Cool ar gua tengok.

    Orang tua dia mesti bangga gila punya.

    Gua pun tumpang bangga siak.

    Bukan sebarang orang siak bleh jadi commando.cutting mesti ada.

    Org Melayu sekarang hebat jugat ar. dulu nak cari melayu dlm army pun susah siak tapi sekarang dah ada commando. Maju bro…

     

    Danish

    [Reader Contribution]

  • Askar Malaysia Makan Haiwan Haram Ketika Latihan Darurat di Hutan

    Credit: Facebook Listen Listen Original
    Credit: Facebook Listen Listen Original

    Sebuah laman Facebook Listen Listen Original pada 31 Mei lepas mempersoalkan beberapa keping gambar yang memaparkan beberapa anggota tentera yang dipercayai dari negara Malaysia menikmati pelbagai juadah makanan di dalam hutan.

    Menurut Facebook berkenaan, anggota tentera berkenaan mungkin dari Malaysia berdasarkan pakaian seragam mereka dan dilihat menjalani latihan memakan benda ‘haram’ sebagai latihan ketika darurat.

    Gambar itu dikatakan dipaparkan pada mulanya di laman web maahadsas.edu.my mengatakan bahawa para anggota itu diberi latihan kelangsungan hidup atau bagaimana cara untuk menangkap, memasak serta memakan.

    Di status Facebook berkenaan turut dipaparkan persoalan apakah tujuan sebenar latihan sebegitu diadakan dan ia dirujuk pula kepada kemungkinan latihan seorang ibu yang terdesak masalah kewangan untuk menjadi pelacur.

    Selepas puas memberikan soalan berbaur provokasi baru laman Facebook itu memohon pencerahan daripada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam isu gambar anggota tentera memakan haiwan yang pelik-pelik yang didakwa haram itu.

    Sumber: Facebook Listen Listen Original

     

    EDITOR’S NOTE

    Isu-isu sebegini juga ada tempiasnya di Singapura dan ianya juga menimbulkan tanda tanya tentang askar-askar kita yang beragama Islam: apakah mereka boleh memakan haiwan-haiwan yang boleh dikategorikan sebagai haram atau binatang liar ketika LATIHAN DARURAT?

    Mungkin ada baiknya kita renungkan bersama. Antara agama dan juga negara ketika latihan darurat seperti ini.

    Semoga kita akan mendapatkan penjelasan daripada pihak yang lebih ahli supaya masyarakat umum tidak membuat simpulan sendiri yang tidak berasas dan kurang bernas.

    Selama ini, isu-isu sensitif seperti ini tidak dibicarakan secara terbuka. Inilah masanya.

    letters to R1C