Tag: Damanhuri Abas

  • Damanhuri Abas: Military Action In Myanmar Against Rohingya Amounting To Genocide

    Damanhuri Abas: Military Action In Myanmar Against Rohingya Amounting To Genocide

    This is happening in an ASEAN country. Its becoming a genocide. Countries behave only when they are pressured and cannot get away with abusing their own people or others. The International rule of law is selectively used and influenced by those with much power in the world.

    This BBC report is juz the tip of the iceberg. There are much more brutal accounts via photos and videos on social media that we may have seen but seem helpless to do anything about.

    At the very least we must raise our collective voice to create awareness via whatever platforms we may have some sphere of influence. We need to make people aware about this brutal killings currently taking place in that country.

    ASEAN countries must pressure Myanmmar to stop this genocide of its marginalized Rohingya people.

    Al-Quran, Surah 4. An-Nisa (The Women), Verse 75:

    وَمَا لَكُمْ لَا تُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَانِ الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَٰذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ وَلِيًّا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ نَصِيرًا

    Translation:
    And why do you not fight for the cause of God, while the weak among the men and the women and the children are crying: Our Lord! Bring us out of this town whose people are cruel oppressors! And, send us Your aid, and send us Your protector!

     

    Source: Damanhuri Abas

  • Damanhuri Abas: Mengapa Tiada Badan Melayu Utarakan Pandangan Terhadap Elected Presidency?

    Damanhuri Abas: Mengapa Tiada Badan Melayu Utarakan Pandangan Terhadap Elected Presidency?

    Di manakah letaknya pendirian dan kewibawaan masyarakat kita apabila tiada satu pun badan Melayu yang kedepan untuk mengutarakan pandangan rasmi mereka terhadap suatu perkara yang langsung melibatkan masyarakat Melayu itu sendiri?

    Orang Melayu berhak tahu kedudukan pendirian mereka. Kenapa kita rakyat Melayu sengaja dibiarkan begitu saja tanpa diambil kira. Kita bimbang kesan jangka panjang terhadap kewibawaan bangsa ini di mata masyarakat majmuk yang lain. Sudah mula kedengaran suara dari bangsa lain yg merasakan orang Melayu memang mudah dijual beli dengan harga yg murah. Maruah bangsa sedang dipertaruhkan.

    Merayu seribu kata bila meminta bantuan dari rakyat Melayu biasa, diam sebisu anak dara bila rakyat Melayu minta dibela.

    Apakah jenis kepimpinan yang ada pada masyarakat kita? Semoga Allah mempertanggungjawabkan mereka di dunia dan di akhirat.

     

    Source: Damanhuri Abas

  • Damanhuri Abas: Kepimpinan Melayu Tidak Berwibawa, Masyarakat Diperlakukan Sebagai Tidak Setaraf Bangsa Lain

    Damanhuri Abas: Kepimpinan Melayu Tidak Berwibawa, Masyarakat Diperlakukan Sebagai Tidak Setaraf Bangsa Lain

    Pemerintah terus memperlekehkan perasaan orang melayu dengan sesuka hati hanya kerana kepimpinan melayu yang merelakan bangsa sendiri diperlakukan sedemikian.

    Diam dari golongan pimpinan masyarakat yang terdiri daripada pemilik syarikat, pengerusi masjid, presiden/ketua persatuan, tokoh-tokoh masyarakat, golongan asatizah yg berpengaruh, golongan artis, golongan karyawan yg berpengaruh, mantan-mantan pemimpin dll., memungkinkan segala yang telah berlaku ini, kerana di mata masyarakat majmuk jelas tiada kedengaran langsung apapun suara dari golongan pemimpin melayu yg membantah mahupun menyoalkan tujuan dan kebijaksanaan tindakkan pemerintah tergesa-gesa mengubah dasar mereka dengan sesukanya. Ia memberikan persepsi palsu bahawa orang melayu menyokong perubahan dasar ini. Lebih buruk lagi, orang melayu sendiri merasakan seolah-olah pandangan luas masyarakat melayu sudah tidak penting kerana tiada sesiapa dikalangan pemimpin-pemimpin melayu yg berani menyuarakan keprihatinan mereka.

    Yang lebih prinsip lagi ialah dasar baru ini sekaligus menghapuskan adanya kuasa pemeriksa keatas pemerintah yang bebas dan berwibawa dalam menjaga urusan harta simpanan negara demi kepentingan rakyat jelata. Adanya kuasa penghalang adalah genting demi memastikan tertegaknya proses mengawas dan mengawal kemungkinan berlaku penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah.

    Sebaliknya apa yang telah berlaku ialah kekeliruan memahami matlamat utama adanya jawatan Presiden terlantik dengan alasan-alasan sampingan yang mengeruhkan isu pokok yang seharuskan menjadi tumpuan kita semua.

    Memperuntukkan jawatan Presiden terlantik untuk orang melayu demi memastikan adanya bangsa melayu menjawat kursi Presiden adalah pendekatan yang sangat bahaya. Ia kerana setelah adanya seorang berbangsa melayu menjadi Presiden terlantik, ia akan mengkaburi isu perkauman yang masih ada dan terus berleluasa bersumber daripada dasar-dasar lain pemerintah sendiri seperti sikap waspada, curiga dan tidak yakin dengan bangsa melayu secara amnya. Ini masih jelas dalam perkhidmatan negara yang terus mengamalkan dasar-dasar yang mengecualikan dan menindas peluang-peluang anak-anak melayu mendapat jawatan-jawatan yang dianggap bahaya untuk diberikan kepada orang melayu.

    Jika benar adanya diskriminasi perkauman dalam masyarakat yang menidakkan kemungkinan orang melayu menjadi Presiden terlantik mahupun apa lagi jawatan tinggi negara, ia harus dikaji sedalamnya dan akar puncanya dimusnahkan. Barulah kita jujur ingin mengatasi masalah perkauman yang masih ada.

    Kita sebenarnya diberi peluang kini dengan pengakuan pemerintah sendiri mengiktiraf adanya penindasan perkauman. Ini masanya untuk orang melayu menyuarakan keprihatinan kita sebagai rakyat Singapura atas kewujudan penindasan ini selama 50 tahun sejak merdeka.

    Orang melayu bersikap matang dan bersabar sepanjang 50 tahun melihat dan merasai sendiri penindasan yang jelas berlaku tiap kali anak-anak melayu yang menjalani perkhidmatan negara dinafikan peluang yang dinikmati kesuluruhannya oleh bangsa lain. Tidak sepatahpun suara menyoalkan kenapa anak-anak melayu diperlakukan sedemikian, apa yang jelas adalah penindasan perkauman.

    Yang bahaya lagi ialah kesan perpanjangan kepada persepsi masyarakat majmuk terhadap bangsa melayu yang telah berakar dan sebati memandang serong bangsa ini dengan waspada dan curiga. Ia menjadikan orang melayu seperti rakyat yang kurang syarat dan sentiasa diperanaktirikan. Akibatnya telah lama dirasakan dalam merata lapisan masyarakat dalam semua aspek dari pendidikan hingga pekerjaan. Inilah kesan buruk yang telah bermaharajalela selama 50 tahun ini.

    Sudah tiba masanya dengan isu perkauman jelas terbuka, untuk kita mendesak pemerintah untuk berlaku adil kepada bangsa melayu dan segara menukar dasar-dasar lain yang bersikap perkauman dan menindas peluang orang melayu dalam negara kita yang tercinta ini.

    Jika pemimpin-pemimpin melayu masih takut untuk dilihat menentang dasar pemerintah, ingatlah tanggungjawab murni anda untuk membela nasib anak-anak melayu kita yang terus menerus berdepan dengan peluang-peluang terbatas tanpa dibela sesiapa. Kita tidak seharusnya diperlakukan sebagai rakyat tidak setaraf dengan bangsa-bangsa lain di negara kita sendiri.

     

    Source: Damanhuri Abas

  • Damanhuri Abas: Malay Community Don’t Want PAP’s ‘Useless Malay President’

    Damanhuri Abas: Malay Community Don’t Want PAP’s ‘Useless Malay President’

    There is no pride for any person to be offered a token position to be a puppet to sing the tune of his or her master. To then use race as a justification when we all know it is a mere excuse to look magnanimous when in reality it is a disgusting use of racial sentiments to further political interest of a Party in power worried that someone else will open up the books.

    For God sake, discrimination exists for the last 50 years in their own institutions justified by strange ancient suspicion of an entire race that discounts the malays as untrustworthy for so-called ‘sensitive position’ in the SAF. Solve that misnomer first and be more honest to us as equal citizens of this country. Malays have sacrificed their lives in the hundreds on Bukit Chandu fighting the Japanese. If that is not enough to trust our loyalty to this land than tell us what will, instead of lying to the entire race?

    We don’t want your useless Malay president.

     

    Source: Damanhuri Abas

  • Ismail L.A. : Polemik, Jenaka Dan Mati Pucok Presiden Pilihan

    Ismail L.A. : Polemik, Jenaka Dan Mati Pucok Presiden Pilihan

    ?? ALMARHUM YUSOFF ISHAK & SINGAPURA

    Semasa saya kecil saya selalu terdengar dan suka memerhatikan perbualan orang2 tua dengan arwah bapa saya berborak2 perihal politik Singapura dan selalu nama Presiden Singapura yang pertama iaitu Almarhum Yusoff Bin Ishak disebut.

    Waktu itu saya kurang mengerti soal politik semasa tetapi saya selalu dengar mereka menyebut Almarhum sebagai patung bernyawa, Presiden tidak guna, batang pisang dan lain2 lagi yang kurang enak, tidak pernah ada pujian dari lidah mereka.

    Sekarang baharu saya faham dan mengerti situasi pada masa itu dan apa yang selalu Pemerintah war-warkan sikap Almarhum sebagai Presiden yang berjiwa raayat sebenarnya banyak juga raayat yang tidak menyukai, mempersenda diri dan jawatan nya.

    Suatu tugas yang besar yang tidak mungkin dapat menyenangkan hati kepada semua lapisan masyarakat Singapura pada waktu itu.

    Jika polemik pemilihan Presiden untuk dibahaskan tahun ini supaya orang Melayu kita dapat sekali lagi menjawat jawatan itu dengan ehsan Pemerintah maka saya ingat kerendahan Presiden dimata masyarakat akan lebih lagi, bukan sahaja dikalangan Melayu sendiri malahan daripada masyarakat yang lain2 juga.

    Ini kerana hampir semua orang Melayu sedar yang Pemerintah hanya menpergunakan diri mereka dengan permainan politik kerana takut menerima kenyataan dimana Presiden pemilihan Pemerintah dalam pilihanraya Presiden kali ini akan kalah.

    Jika Pemerintah benar2 ikhlas mahukan bangsa minoriti Melayu memegang jawatan yang tertinggi itu kenapa Pemerintah menukar skim pemilihan langsung oleh konsensus Parlimen kepada pengundian raayat dimana umum semua tahu yang masyarakat kita belum lagi setara dengan kebolehan masyarakat bangsa2 lain.

    Hairan Pemerintah hanya mulai sedar bila mereka tersepit dan kini segala alasan tidak akan dapat memenangi lagi hati nurani masyarakat Melayu walaupun dihadiahkan jawatan Presiden itu.

    Presiden Melayu kita kali ini jika ianya terpilih akan dipersendakan dan kali ini akan lebih gelak dan memalukan lagi daripada yang dahulu dan puisi ‘Mati Pucok’ dari saudara Damanhuri Bin Abas politikus dari SDP sangat jelas kebenaran nya.

    Poetry by Mr Damanhuri Abas

    Mati Pucuk – Sempena Bulan Bahasa

    Maruah bangsa tidak berharga.
    Bila pemimpin dipilih sesuka.
    Mati pucuk pimpinan bangsa.
    Tinggal boneka bahan jenaka.

    Diangkat mahkota dibilang Raja.
    Mulut terbuka tanpa suara.
    Disuruh senyum Raja gembira.
    Kuasa konon ditipu bangsa.

    Dimata semua pembodek Kuasa.
    Melayu layu tidak semua.
    Akan ku tuntut Maha Kuasa
    Biar ku papa Maruahku Ada.

    Mati pucuk pimpinan bangsa.

    ✏️ Ismail L. A.

    Source: Mohamed Ismail Ismail