Ismail L.A. : Polemik, Jenaka Dan Mati Pucok Presiden Pilihan

?? ALMARHUM YUSOFF ISHAK & SINGAPURA

Semasa saya kecil saya selalu terdengar dan suka memerhatikan perbualan orang2 tua dengan arwah bapa saya berborak2 perihal politik Singapura dan selalu nama Presiden Singapura yang pertama iaitu Almarhum Yusoff Bin Ishak disebut.

Waktu itu saya kurang mengerti soal politik semasa tetapi saya selalu dengar mereka menyebut Almarhum sebagai patung bernyawa, Presiden tidak guna, batang pisang dan lain2 lagi yang kurang enak, tidak pernah ada pujian dari lidah mereka.

Sekarang baharu saya faham dan mengerti situasi pada masa itu dan apa yang selalu Pemerintah war-warkan sikap Almarhum sebagai Presiden yang berjiwa raayat sebenarnya banyak juga raayat yang tidak menyukai, mempersenda diri dan jawatan nya.

Suatu tugas yang besar yang tidak mungkin dapat menyenangkan hati kepada semua lapisan masyarakat Singapura pada waktu itu.

Jika polemik pemilihan Presiden untuk dibahaskan tahun ini supaya orang Melayu kita dapat sekali lagi menjawat jawatan itu dengan ehsan Pemerintah maka saya ingat kerendahan Presiden dimata masyarakat akan lebih lagi, bukan sahaja dikalangan Melayu sendiri malahan daripada masyarakat yang lain2 juga.

Ini kerana hampir semua orang Melayu sedar yang Pemerintah hanya menpergunakan diri mereka dengan permainan politik kerana takut menerima kenyataan dimana Presiden pemilihan Pemerintah dalam pilihanraya Presiden kali ini akan kalah.

Jika Pemerintah benar2 ikhlas mahukan bangsa minoriti Melayu memegang jawatan yang tertinggi itu kenapa Pemerintah menukar skim pemilihan langsung oleh konsensus Parlimen kepada pengundian raayat dimana umum semua tahu yang masyarakat kita belum lagi setara dengan kebolehan masyarakat bangsa2 lain.

Hairan Pemerintah hanya mulai sedar bila mereka tersepit dan kini segala alasan tidak akan dapat memenangi lagi hati nurani masyarakat Melayu walaupun dihadiahkan jawatan Presiden itu.

Presiden Melayu kita kali ini jika ianya terpilih akan dipersendakan dan kali ini akan lebih gelak dan memalukan lagi daripada yang dahulu dan puisi ‘Mati Pucok’ dari saudara Damanhuri Bin Abas politikus dari SDP sangat jelas kebenaran nya.

Poetry by Mr Damanhuri Abas

Mati Pucuk – Sempena Bulan Bahasa

Maruah bangsa tidak berharga.
Bila pemimpin dipilih sesuka.
Mati pucuk pimpinan bangsa.
Tinggal boneka bahan jenaka.

Diangkat mahkota dibilang Raja.
Mulut terbuka tanpa suara.
Disuruh senyum Raja gembira.
Kuasa konon ditipu bangsa.

Dimata semua pembodek Kuasa.
Melayu layu tidak semua.
Akan ku tuntut Maha Kuasa
Biar ku papa Maruahku Ada.

Mati pucuk pimpinan bangsa.

✏️ Ismail L. A.

Source: Mohamed Ismail Ismail

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *