Tag: deejay

  • Nona Kirana Kongsi Cerita Bekerja Pada Bulan Ramadan

    Foto TAUFIK A. KADER
    Foto TAUFIK A. KADER

    SETIAP hari sepanjang Ramadan sekitar 6 petang, suaranya mengisi ruang udara, sekali gus menghiburkan semua, termasuk kaum Hawa yang sibuk menyiapkan juadah berbuka puasa.

    Penyampai radio, Nona Kirana, memastikan setiap rancangan yang diatur serta disiarkan mengikut jadual dan tepat pada masanya, termasuk iklan dan rakaman rancangan kerohanian yang dinantikan pendengar. Bayangkan tekanan yang dihadapi Nona kerana perlu memainkan azan maghrib tepat pada waktuya, laungan yang ditunggu masyarakat Islam untuk berbuka puasa.

    “Mengelolakan ruangan 6 petang hingga 10 malam di Warna, terutama semasa Ramadan ini, memang banyak cabarannya. “Memang stres kerana semasa ruangan ini ada banyak rancangan tajaan dan komersial yang perlu diputarkan,” ujar penyampai radio Warna 94.2FM ini.

    Menurut Nona, beliau perlu banyak membuat ‘kira-kira’ ala cikgu Matematik untuk memastikan semua iklan dapat diputarkan tepat pada masanya sebelum azan. “Setiap iklan pastinya mempunyai tempoh tersendiri sama ada 30 saat, 53 saat atau satu minit 2 saat.

    “Jadi misalnya jika azan ialah 7.17, kita perlu buat kiraan dan memastikan semua iklan dapat diputarkan sebelum hikmah Ramadan dan azan. “Bayangkan kalau ada 10 hingga 13 iklan, memang kelam-kabut dibuatnya. “Ketepatan itu penting. Tak boleh lambat walau satu saat pun,” ujar Nona lagi.

    Bertugas di bilik siaran pada waktu tersebut juga bermakna beliau terpaksa berbuka seorang diri di bilik siaran dari Isnin hingga Jumaat. Masa bersama keluarga terpaksa dikorbankan demi menjalankan tugas.

    “Saya sebenarnya setiap bulan puasa kadang-kadang tak reti makan makanan luar. Saya lebih suka masakan ibu,” kata Nona, ibu tiga anak, Muhammad Haris, 10 tahun; Mohamed Khair Ashayr, tiga tahun; dan Mohamed Khair Ashraf, sembilan bulan. “Tetapi saya tak cerewetlah. Apa ibu saya masak, saya bungkus sebagai bekalan untuk berbuka di tempat kerja,” kata Nona, yang terbiasa dengan keadaan ini kerana ini tahun kedua beliau mengendalikan ruangan berbuka.

    Berbuka sambil bertugas juga harus dijaga supaya tidak kekenyangan, kata Nona, 30 tahun, Kadangkala, hanya segelas air, kurma dan menjamah sedikit makanan yang dibawa.

    “Ini kerana selepas 10 minit azan berkumandang, saya perlu membaca berita sukan. Berita 7.30 malam selalunya dibaca oleh penyampai lain. “Jadi, penting untuk saya atau penyampai yang perlu membaca berita itu tidak memakan makanan yang berat-berat. Kalau tidak, ‘semput’ nak baca! “Tetapi kalau tercungap-cungap nak baca masih okaylah jugak, boleh berhenti ambil nafas. Tapi kalau tiba-tiba sedawa on air, macam mana? Lagi teruk!” gelaknya.

    Menurut Nona, setiap hari sebelum berbuka, beliau akan sempat menelefon rumah menanyakan keadaan anak-anak. “Pada mulanya, anak saya yang sulung, Khair Ashayr, sering bertanya mana Mama setiap kali masa berbuka. Tetapi alhamdulillah, beliau mula faham sekarang.

    “Mujur saya ada ibu dan pembantu yang sering memastikan makan minum budak-budak terjaga,” kongsi Nona, yang kelihatan begitu manis selepas mengenakan hijab sekitar Mei lalu. Menurut Nona, beliau sebenarnya berfikir untuk berhijab pada 18 Jun iaitu pada hari lahirnya yang ke-30.

    Tetapi, beliau mengubah fikiran dan memakainya sebulan lebih awal. “Suami saya memang banyak memberi nasihat dan perangsang kepada saya. Sebelum ini juga, beliau sering membawa saya menghadiri syarahan dan ceramah berkaitan agama. “Apabila saya mengongsi niat saya, suami saya berkata mengapa saya mahu tangguh melakukan sesuatu yang baik? Saya mendengar nasihatnya dan mengenakan hijab secepat mungkin. Beliau juga bersyukur akhirnya saya memilih untuk berhijab,” ujar Nona.

    Menurutnya, setiap kali tiba Ramadan, beliau sering terkenang arwah neneknya yang meninggal dunia pada 2008. “Saya ni memang cucu manja. Setiap Ramadan, nenek akan layankan kerenah saya, walaupun saya sudah meningkat dewasa. “Beliau sering memasakkan lauk-pauk kegemaran saya untuk sahur. Maklumlah, saya ni jenis yang susah bangun sahur,” kata Nona, yang tinggal bersama arwah nenek sejak bayi lagi.

    Nona menambah, antara lauk kegemaran neneknya yang dirindui ialah lauk rasam masakan orang India. Buat masa ini, Nona – yang merupakan pekerja kontrak dengan MediaCorp – sibuk dengan kerja sambilannya sebagai ejen hartanah.

    “Ekoran jadual saya yang agak ketat ketika ini, saya sendiri belum sempat bertarawih. Hujung minggu pula saya sibuk membawa para pelanggan melihat rumah. Jadi memang sibuk sangat. “Demi memastikan saya dapat menghabiskan masa bersama anak-anak, saya akan membawa mereka sekali setiap kali pergi melihat rumah.

    “Sedang saya sibuk melayan pelanggan, suami akan membawa anak-anak meneroka dan bermain di taman-taman permainan berdekatan dengan rumah yang dilihat itu.

    “Yang penting, kami sekeluarga semua bersama,” kata wanita peramah itu.

    Sumber: http://beritaharian.sg/gah/pengorbanan-nona-kirana

    letters to R1C banner

    YOUTUBE: youtube.com/user/rilek1corner

    FACEBOOK: facebook.com/rilek1corner

    TWITTER: twitter.com/Rilek1Corner

    WEBSITE: rilek1corner.com

    EMAIL: [email protected]

    FEEDBACK: rilek1corner.com/hubungir1c

  • Fiza O, DJ KC Timang Cahaya Mata Lelaki

    Credit: ST
    Credit: ST
    Credit: https://www.facebook.com/i.like.fizao
    Credit: https://www.facebook.com/i.like.fizao

    DjKC baby fizababy

    DEEJAY popular Ria 89.7FM Fiza O telah selamat melahirkan anak sulungnya, seorang bayi lelaki, semalam.

    Fiza O atau nama sebenarnya Nur Hafiza Osman, 32 tahun telah mengongsi berita gembira itu di laman Facebooknya awal pagi tadi.

    Fiza telah bernikah dengan deejay rancangan Misteri Jam 12, Abdul Karim Sadali, atau lebih dikenali sebagai KC pada Oktober 2012. Sebelum ini, Fiza pernah mengalami keguguran selepas hamil lapan minggu.

    Sumber: Berita Harian SG

     

    EDITOR’S NOTE

    Rilek1Corner tumpang gembira dengan berita ini. Mesti cute kan anak mereka? 🙂

    Tahniah kepada Fiza O dan suami DJ KC. Semoga kehadiran cahayamata putera yang pertama ini menambah lagi keceriaan dann kebahagian rumahtangga kalian berdua. Amin.

  • DJ KC Berkongsi Pengalaman Di Jalanraya

    10365602_754978237888067_5042665999957160614_o

    Credit: https://www.facebook.com/djkcpage
    Credit: https://www.facebook.com/djkcpage

    Topik menarik perhatian saya dalam singamaksima. Saya ingin berkongsi pengalaman peribadi saya.

    Jumaat lalu kenderaan saya dilanggar dari belakang dan bumper kenderaan saya kelihatan kemek. Beberapa minit ketika sedang bertukar butiran bersama pemandu, datang seorang jejaka dan menghampiri saya suruh bawa kenderaan saya ke workshop-nya untuk diperbaiki dan dia boleh tolong claim. Pelik juga, dengan cepat dia sampai dan dari mana dia menjelma.

    Auntie yang melanggar saya kelihatan marah, bingit tapi saya kata baik-baik I will call you dan beredar pergi. Saya ada juga tanya pendapat beberapa pihak apa perlu buat ada yang kata – claim ajer. Setelah 2 hari, saya cuba tolak bumper yang termasuk dan kereta kelihatan seperti biasa *tadaaa (cuma ada 2 garis ajer)

    Bukan apa tak sampai hati pula nak menyusahkan orang lain. Hari ini kita buat orang takut lain kali kita pula kena cukup-cukup dengan orang lain.

     

    Authored by DJ KC who works at RIA89.7FM