Tag: ibu

  • Kalau Ibu Meninggal Dunia Apa Patut Kita Lakukan Untuk Menutup Aib. Anak Lelaki Wajib Ambik Tahu!!!

    Kalau Ibu Meninggal Dunia Apa Patut Kita Lakukan Untuk Menutup Aib. Anak Lelaki Wajib Ambik Tahu!!!

    Kalau ibu ditakdirkan meningggal dunia di tengah malam, buat langkah ini dulu untuk menjaga aib ibu kita, sebelum panggil orang kampung datang urus mayat. Jangan biar satu kampung tahu aib ibu kita hanya sebab kita malas nak membaca ilmu ini!! 😔
    1. Jangan cemas
    2. Maklumkan kpd ahli jawatankuasa masjid terdekat. InsyaAllah orang masjid akan membantu uruskan jenazah. (kena simpan no tel ahli jwtkuasa masjid)
    3. Sementara itu sapu minyak di kelopak mata arwah untuk lembutkan kemudian cuba rapatkan mata arwah jika masih terbuka.
    4. Begitu juga dengan tangan, sapu2 sedikit minyak di kedua2 siku untuk lembutkan kemudian letakkan kedua-dua tangan di atas perut.
    5. Letak sesuatu yg agak berat sikit spt gunting besi atas perut, supaya tak masuk angin.
    6. Kelopak mata kalau payah nak tutup,letakkan syiling
    7. Tangan diikat dengan perca kain.
    8. Kepala hingga dagu juga elok ikat dgn perca kain.
    9. Jika ada darah yang keluar dari hidung/telinga, sumbatkan dengan kapas untuk menahan darah dari terus menitik keluar
    10. Selimutkan arwah dengan kain yang dapat menutup seluruh jasad dari kepala hingga kaki.. boleh guna sebarang kain samada kain batik panjang dsb, asal saja dapat menutupi jenazah
    11. Rehatlah dan cubalah untuk tidur dulu sementara menunggu subuh kalau kematian berlaku seawal jam 12 atau 1 pagi.
    12. Mesti ada pengesahan kematian dari doktor klinik/hospital.
    13. Bila dapat surat pengesahan tersebut baru buat laporan di balai polis berhampiran.
    14. Polis kemudiannya akan keluarkan Permit Pengkebumian/surat mati untuk urusan pengkebumian jenazah.
    Menjadi ahli khariat kematian samada di surau berdekatan rumah/masjid.
    Jika kita tiada khairat kematian, hanya perlu ada sejumlah RM520(mungkin jumlah RM berbeza di masjid lain) untuk pengurusan jenazah dari awal urusan dimandikan, dikafankan sehinggalah selamat dikebumikan(wang boleh serah kemudian, pihak masjid boleh dahulukan).
    Pihak masjid yang akan menghubungi penggali kubur untuk menyediakan tempat, begitu juga urusan kain kapan dan sebagainya. waris simati tidak perlu bimbang tentang semua perkara itu.
    Patut juga kita ambil tahu nama-nama ajk masjid, yang lebih baik lagi kenal dan cam wajah2 mereka.
    Ramai yang tidak tahu dan tak terfikir tentang adanya kemungkinan perkara itu tiba-tiba terjadi dalam rumah masing2.
    Harus bersedia menghadapi kematian. Mati yang pasti.
    “Barang siapa yang memandikan seorang muslim, seraya dia menyembunyikan dengan baik, maka Allah akan memberikan ampunan 40 kali kepadanya. Dan barangsiapa membuatkan lubang untuknya lalu menutupinya maka akan diberlakukan baginya pahala seperti pahala orang yang memberinya tempat tinggal kepadanya sampai hari kiamat kelak. Dan barang siapa mengkafaninya, niscaya Allah akan memakaikan kepadanya dihari kiamat kelak, pakaian dari kain sutra tipis dan pakaian sutera tebal syurga.”
    (HR. Hakim dan Baihaqi)
  • Rudy Marican: Apa Dah Jadi Dengan Masyarakat Islam Kita, Mak Sendiri Pun Tak Ambil Kisah?

    Rudy Marican: Apa Dah Jadi Dengan Masyarakat Islam Kita, Mak Sendiri Pun Tak Ambil Kisah?

    Malam ne hati saya rasa amat sedeh hingga saya jadi sanggat emotional dan tak tahu macam mana nak tolong satu lagi mak chik yang di tinggalkan oleh anak anak nya!

    Lima anak dewasa dan satu pun tak takut Allah bila dengan hati yang keras mereka tak nak ambil tahu pasal mak langsung walaupun mak dah tua dan sakit! Macam mana saya tak menagis dalam kesedehan bila dengar macik ne mengadu pada saya. Anak anak bergadoh dengan satu sama lain tak nak jaga mak!!!

    Apa dah jadi pada masyarakat Islam saya? Kenapa mereka buat begini pada mak sendiri ?

    Ada kah mereka tak sedar yang mereka juga akan tua dan anak anak akan buat yang sama pada mereka?

    Ada kah mereka tak faham agama kita…ia itu cara yang paling senang nak masok shurga ia lah jaga orang tua kita dengan penuh kaseh sayang ..walaupun kita tak ada cukup duit…dan hidup kita penuh dengan cabaran???

    Tapi kalau dengan hati penuh ikhlas dan kaseh sayang kita tetap jaga orang tua kita…Allah akan memberi kita ganjaran yang amat besar..kenapa kita maseh nak dengar bisikan Shaitan???? Saya sedeh sanggat kerana saya sendiri dah tanamkan mak kesayangan saya!!

    Saya bermohon kapada anda tolong lah buat perubahan sebelum terlambat kalau anda rasa anda dalam golongan ne…saya tak ada niat nak kecikkan hati sesiapa ya…cuma saya amat sedeh bila macik menangis kat saya..

    Memang mak kita tak sempurna sepenuhnya…tapi kita pun tak sempurna kan? Jadi ingat satu aje…kita boleh pileh kawan…tapi kita tak boleh pileh mak…itu juga ujian kita dari Allah semasa dalam dunia sementara ne!

    Tiap tiap hari kita berdoa supaya Allah maafkan dosa dosa kita , tapi tanpa kita sedari dosa besar kita terhadap mak kita…bila kita tak bantu sikit pun kepada mak yang mengandongkan kita 9 bulan dan kemudian mengalami kesakitan yang amat dahshat untok melahirkan kita!

    Saya berdoa anda cuba lah …memang jaga mak kadang kadang ujian nya berat tapi Allah dah janji Janna kan…? Mesti lah cabaran nya berat sikit…sabar lah…banyak doa supaya kita lulus ujian ne dengan cemerlang…

    Saya berdoa malam ne …kalau saya dapat menpengarohi satu anak untok menjaga mak atau ayah dengan penuh ikhlas dan kaseh sayang…saya akan amat bershukur pada Allah!

    Salam dari saya dan maafkan saya kalau bahasa saya kurang sempurna ya!

     

    Source: Rudy Marican

  • Ibu Tunggual Berjuang Tanggung 4 Anak Dan Ibu Tua

    Ibu Tunggual Berjuang Tanggung 4 Anak Dan Ibu Tua

    Setiap hari, ibu tunggal Azizah Mohamed Noor bangun pada 5.00 pagi untuk bersiap sedia di flat dua biliknya di Lengkok Bahru untuk ke kerja.

    Flat dua bilik itu juga dikongsi beliau bersama empat orang anaknya dan ibunya yang berkerusi roda.

    Pada 5.30 pagi beliau keluar untuk memulakan tugas pertamanya sebagai seorang pekerja pembersihan separuh masa bagi pusat kegiatan warga tua NTUC Silver Ace.

    Dua jam kemudian, beliau pulang ke rumah untuk menyiapkan sarapan bagi kesemua di rumah, termasuk anak bongsu beliau, Siti Nur Jannah, 6 tahun, yang memerlukan perhatian istimewa – Jannah mengalami gangguan masalah tumpuan dan hiperaktif (ADHD) dan kelengahan pertuturan.

    Beliau bersama ibunya, Cik Fatimah. (Gambar: Sonia Yeo)

    Ibu beliau Fatimah yang berusia 72 tahun pula menghidapi kencing manis, tekanan darah tinggi dan paras kolesterol yang tinggi, dan memerlukan suntikan insulin dua kali sehari, yang dilakukan Azizah sendiri – satu pada waktu pagi dan satu lagi pada sebelah malam.

    Pekerjaan kedua beliau, seorang penghantar bagi khidmat online Lazada, memerlukan beliau ke pelbagai tempat di Bukit Merah.

    Walaupun berasa penat, Azizah berkata beliau akan terus berusaha, dan selalu menyelesaikan tugas-tugasnya sebelum 3.00 petang, supaya dapat memberinya masa yang cukup untuk pulang ke rumah dan menantikan anaknya pulang dari sekolah dengan menaiki bas sekolah.

    Kemudian, beliau akan terus menyiapkan hidangan bagi makan malam.

    Mungkin apa yang digambarkan ini nampak payah, tetapi Azizah berkata beliau sudah mengalami masa-masa yang lebih susah dulu.

    Pada tahun 2010, beliau menganggur dan susah mendapatkan rezeki bagi anak-anak dan ibu beliau selepas bercerai dengan bekas suami.

    “Saya tidak ada wang, satu sen pun tiada,” katanya, menyifatkan pengalaman itu sebagai “tidak boleh dilupakan”.

    “Saya tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan bantuan kewangan. Satu hari, ibu saya menyertai NTUC Silver Ace sebagai seorang anggota dan dari sana, saya mengenali penyelianya, yang bertanyakan jika saya mahu bekerja di sana.”

    DETIK PERUBAHAN BAGI AZIZAH

    Di sanalah Azizah mendapat saranan mengenai cara-cara untuk merancangkan bantuan kewangan.

    Selepas itu, anak beliau, Muhammad Nurazizul, 22 tahun, memberitahunya mengenai Khidmat Sosial Beyond, yang merubah hidupnya.

    Selepas menyertai Khidmat Sosial Beyond – sebuah pertubuhan yang bekerjasama dengan belia kekurangan – sebagai seorang sukarelawan, beliau menyertai kumpulan pembuat kuih-muih, yang menjual barangan mereka semasa musim perayaan.

    Sekarang beliau mendapat pendapatan tambahan sekitar S$800 hingga S$900 bagi setiap projek membuat kuih atau kek yang diambilnya.

    “Saya rasa gembira kerana saya dapat membuat ramai kawan daripada jawatankuasa itu – sekitar 30 orang. Tambahan lagi, saya dapat pendapatan tambahan,” kata beliau.

    PELIBATAN DALAM PERSEMBAHAN KOMEDI SECARA LANGSUNG

    Azizah adalah salah seorang daripada mereka yang dapat manfaat daripada inisiatif amal Khidmat Sosial Beyond – sebuah persembahan komedi berseorangan secara langsung, Living Together. No Holds Barred.

    Persembahan semalam saja akan diadakan pada 16 November ini, bertujuan untuk berkongsikan kisah keadaan miskin di Singapura.

    Derma-derma daripada persembahan itu akan disalurkan kepada Khidmat Sosial Beyond dan para penerimanya – sebagai contoh kumpulan pembuat kuih-muih Azizah, yang akan menerima lebih banyak dana untuk membeli bahan-bahan membuat kuih atau kek.

    Living Together. No Holds Barred akan menampilkan komedi mengenai landskap perumahan Singapura yang berbilang kaum dan nasional, dan akan menerjun ke dalam isu-isu yang menjejas rakyat Singapura dengan sekitaran paling dekat di hati mereka – rumah mereka.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Hasil Bantuan Netizen, Bayi Didodoikan Lagu Nyanyian Mendiang Ibunya

    Hasil Bantuan Netizen, Bayi Didodoikan Lagu Nyanyian Mendiang Ibunya

    Bayi bernama J.J. ini tidak akan pernah dapat bertemu dengan ibunya, kerana wanita itu meninggal dunia sebaik sahaja dia dilahirkan.

    Namun kini, bayi itu dapat didodoikan dan membesar dengan lagu-lagu nyanyian mendiang ibunya.

    Ini setelah para netizen di Internet membantu bapa bayi itu, Encik Jared Buhanan-Decker, menukar format lagu-lagu yang dinyanyikan dan dirakamkan isterinya semasa hayatnya, agar ia dapat dimainkan semula, lapor CNN.

    Lebih istimewa lagi, salah satunya ialah lagu dodoi yang ditulis mendiang Cik Sharry Buhanan-Decker khas untuk anak mereka yang ketika itu masih dalam kandungan.

    Menurut CNN, Cik Sharry meninggal dunia empat bulan lalu setelah melahirkan J.J. menerusi pembedahan Caesarean, akibat embolisme cecair amnion yang berlaku apabila cecair di sekitar janin memasuki saluran darah si ibu.

    Cik Sharry Buhanan-Decker. (Gambar: LoveSharred.com)

    Suami mendiang, Encik Buhanan-Decker, kemudian secara kebetulan menemui enam rakaman lagu nyanyian Cik Sharry yang ditulis sendiri oleh mendiang, termasuk lagu dodoi untuk anak lelaki mereka.

    Malangnya, Encik Buhanan-Decker tidak dapat menukar format lagu-lagu itu untuk memainkannya semula, lapor CNN yang menukil KUTV.

    Oleh kerana terdesak dan ingin sekali mendengar semula suara nyanyian isteri tercinta, beliau ke laman Reddit dan meminta bantuan para netizen di sana.

    Dalam beberapa jam sahaja, menurut CNN, puluhan orang menawarkan bantuan mereka, dan akhirnya, Encik Buhanan-Decker dapat sekali lagi mendengar nyanyian mendiang isterinya.

    Lebih menyayat hati, lirik lagu itu seolah-olah merupakan mesej wanita itu kepada suami dan anak mereka.

    Ia berbunyi “Baby, jangan risau/Saya okey, saya baik-baik sahaja,” kata Encik Buhanan-Decker, yang menulis tentang kehidupannya bersama J.J. setelah kematian isterinya di sebuah blog, Love Sharred.

    “Saya rasa (lagu-lagu) itu sedikit sebanyak memberi kesan kepadanya (bayinya), mendengar suara ibunya,” katanya kepada KUTV.

    Source: Berita MediaCorp

  • Ibu Dipenjara 8 Tahun, Dera Anak Kandung 4 Tahun Sendiri Hingga Maut

    Ibu Dipenjara 8 Tahun, Dera Anak Kandung 4 Tahun Sendiri Hingga Maut

    Seorang wanita berusia 34 tahun yang mendera anak lelakinya berusia empat tahun dengan kejam sehingga anaknya maut di hospital beberapa hari kemudian, dipenjara selama lapan tahun pada Jumaat (29 Julai).

    Anak Noraidah Mohd Yussof meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian kepalanya termasuk keretakan tempurung kepala dan pendarahan otak.

    Satu bedah siasat mendapati tanda-tanda penderaan yang berpanjangan kerana lebih 30 kesan luka pada seluruh badan Mohammad Airyl Amirul Haziq Mohamed Afriff.

    Pihak pendakwa meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sekurang-kurangnya 12 tahun ke atas Noraidah, sambil menyifatkan kes tersebut sebagai salah satu kes penderaan anak yang paling menyayat hati.

    Pada perbicaraan sebelum ini, Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Noraidah naik berang apabila anaknya yang berusia empat tahun itu tidak tahu menghitung sehingga nombor 18 dalam Bahasa Melayu.

    Dia membelasah anaknya, menolak kanak-kanak itu ke lantai dan memijak lutut budak itu.

    Kemudian, dia menerkam leher budak lelaki itu, mengangkat dan menahannya pada bahagian tembok. Airyl jatuh ke lantai dan tidak boleh bergerak sama sekali.

    Airyl kemudian dibawa ke hospital dan meninggal dunia empat hari kemudian pada 5 Ogos 2014 selepas keluarganya memilih untuk tidak terus menggunakan sistem sokongan hidup.

    Pihak pendakwa menolak hujah pihak pembela yang mendakwa wanita itu mengalami kemurungan dan sindrom Asperger.

    Meskipun Noraidah tidak didapati mengalami sebarang gangguan mental oleh pakar psikiatrik Institut Kesihatan Mental Dr Subhash Gupta, pihak pembela mengemukakan pakar psikiatrik mereka sendiri, iaitu Dr Tommy Tan yang mendiagnosis wanita itu mengalami kemurungan dan sindrom Asperger.

    Semasa menjatuhkan hukuman ke atas Noraidah, Hakim Lee Seiu Kin menerima dapatan Dr Subhash yang mendapati bahawa meskipun Noraidah menunjukkan beberapa aberasi pada tingkah lakunya – termasuk cenderung bertindak terburu-buru, mempunyai tahap toleransi yang rendah terhadap kekecewaan dan sering menyalahkan orang lain – namun ini tidak bermakna dia mengalami sebarang gangguan mental yang ketara.

    Source: http://berita.mediacorp.sg