Tag: Islam

  • Nak Berhijab Ke Tak?

    Nak Berhijab Ke Tak?

    “Kenapa kau asik pakai tak senonoh je.. bila kau nak tutup aurat??”

    Almost everyday, aku membebel dengan dia.

    “Nampak cleavage laaaaa.. tak malu eh?”

    “Diyaaaaam ar..!!!”

    “Orang cakap baik2.. tanak dengar. Lantak kau la”

    Aku selalu doakan.. hopefully.. one day dia akan tutup aurat. Aku sayang dia sangat2.. and aku takut dia makin selesa tak tutup aurat.

    Ramai ladies are blessed with beautiful hair, skin and body. And its difficult untuk our species hide our flawlessness.

    Satu masa dulu, aku dengan arwah adik aku suka buat rambut.
    Every 6 months, kita tukar hairstyle.
    Beratus duit habis atas rambut.
    Kejap perm. Kejap rebond.
    Kejap merah. Kejap hijau. Kejap perang.
    Kejap panjang. Kejap pendek.
    Jahanam rambut.

    Tiap kali tukar hairstyle, rasa macam supermodel keluar dari saloon.
    Ada angin tau.. macam heroine hindustan..
    Feel so so pweety..

    Aku mula berhijab seriously sejak umur 21 tahun. And sepanjang aku berhijab, ramai yang nak tengok rambut aku. Aku ni vain. Suka sangat orang puji. And masa baru2 berhijab, tempted giler nak tunjuk orang gambar2 aku yang tak berhijab.. especially kalau yang nak tengok tu kawan2 lelaki.

    “Nak tunjuk ke tak eh..”

    Berkali2 soalan tu bermain dalam otak aku..

    And usually aku akan tanya dia..

    “Kau gila eh? Baik takyah pakai tudung kalau nak tunjuk! Selenge sak..”

    Ye tak ye eh..

    Fast forward, one day.. dia duduk depan cermin and tetiba mengamuk.. ramas shawl and buang atas katil. Mata dia berair. Geram.

    Aku nampak dari jauh.. and masuk bilik..

    “Kau da kenapa?”

    “Aku tak tau pakai.. pakaikan pls..”

    “K.. aku gosokkan balik eh?”

    Sambil aku serkup kepala dia..
    Aku pinkan bawah dagu dia..

    Dia kata..

    “Bhen.. Allah paksa aku berhijab.. finally aku berhijab”

    She broke down..
    Aku was so heartbroken..
    Dia berhijab lepas chemo..
    She lost her beautiful hair..
    Aku hugged dia kuat2..

    “Tak semua dapat peluang ni Zah.. ramai yang masih hanyut..”

    “Yea.. aku bersyukur sangat2.. Allah sayang aku..”

    Bila kau nak berhijab?

    Tell me..

    Nak tunggu sampai Allah “paksa”?

    Or nak tunggu sampai da tak bernyawa..?

    Jangan biarkan kain kapan jadi hijab kita yang pertama..

    Belum ready? Bila akan ready?
    Belum baik? Perintah berhijab is baligh.. bukan baik.

    May Allah SWT makes us amongst those yang suka nak tutup aurat..

    Tutup aurat ni bukti cinta kita pada Allah SWT..

    Kita dengar perintah Allah.. dan kita ikut..
    No questions..
    No arguments..

    Makin cantik perempuan.. makin patut dia sembunyikan kecantikan dia..

    And the bad news is.. kalau namanya perempuan, memang Allah da jadikan cantik..

    Tutuplah aurat.. sebelum terlambat..

    Today aku dapat 2 PM on someone yang baru diagnosed with cancer. Every other day, mesti ada.

    Tunggu apa lagi? Life kita terlalu short. Kita takde masa da..

     

     

     

    Source: Khainis Tahir

  • Adakah Solat Kita Sah? Mari Kita Kaji Syarat Sah Solat

    Adakah Solat Kita Sah? Mari Kita Kaji Syarat Sah Solat

    Bukan bermakna syarat sah solat ini untuk orang yang mudah lupa sahaja. Ia adalah untuk semua orang Islam. Anggap pengetahuan ‘basic’ itu sebagai ulangkaji untuk kita semua. Kita selalu mengerjakan solat. Kita seronok bersolat. Tapi sedarkah kita apakah syarat sah solat itu sebenarnya? Mari kita ‘refresh’ pengetahuan kita berkenaan syarat sah solat. Syarat sah ini adalah dipetik dari kitab Munyatul Musolli (Idaman orang yang Solat) karangan Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani. Orang yang memelihara dan mendirikan solat adalah merupakan hamba Allah yang mencari kemenangan. Untuk memperolehi nikmat kemenangan di dalam solat, seseorang itu haruslah memelihara segala syaratnya.

    • Mengetahui Masuk Waktu Solat
      • Seseorang itu harus mengetahui masuknya waktu solat dengan penuh yakin atau separuh yakin (zhan) bagi setiap waktu yang hendak dikerjakan
      • Tidak sah solat sekiranya seseorang itu tidak mempunyai ilmu untuk mengetahui waktu masuknya sesuatu solat wajib yang hendak dikerjakan.
    • Kiblat
      • Mengetahui arah kiblat yang menjurus ke arah Kaabah
    • Menutup Aurat
    • Lelaki – Menutup aurat antara pusat dan lutut
    • Perempuan – keseluruhan tubuh melainkan muka dan tapak tangan
    • Mengetahui Cara Mengerjakan Solat
      • Dengan mengetahui rukun dan sunat di dalam setiap pergerakan solat
    • Bersih dari Hadas
      • Bersih dari hadas kecil dan hadas besar
    • Bersih dari Najis
      • Bersih dari najis yang tidak dimaafkan pada tubuh, pakaian dan tempat solat
      • Tidak boleh bersentuh najis dengan sebahagian dari badannya
    • Berhenti dari berkata-kata
      • Berhenti dari mengeluarkan kata-kata dengan sengaja selain dari bacaan Al Quran, zikir dan doa
      • Solat adalah batal walapun berkata-kata dengan dua huruf
    • Meninggal atau melebihkan Rukun
      • Meninggalkan atau melebihkan rukun perbuatan dengan sengaja seperti sujud tiga kali atau rukuk dua kali
      • Wajib meninggalkan perbuatan yang bukan perbuatan solat seperti melompat, memukul dan melangkah secara berturut-turut

     

     

    Source: Islam Itu Indah

     

  • UPDATE: Malaysia Will Not Bar The 2 Islamic Preachers From Speaking In Public Unlike Singapore, Says Home Minister

    UPDATE: Malaysia Will Not Bar The 2 Islamic Preachers From Speaking In Public Unlike Singapore, Says Home Minister

    Malaysia’s Home Minister Ahmad Zahid Hamidi said on Tuesday (Oct 31) that the country will not stop two Islamic preachers from speaking in public, following Singapore’s move to bar the two men from entering the Republic.

    Singapore on Monday barred Zimbabwean Ismail Menk and Malaysian Haslin Baharim as their hardline teachings ran counter to Singapore’s multi-cultural and multi-religious values.

    Datuk Seri Zahid, who is also Deputy Prime Minister, said the duo has so far not caused any tensions among Malaysia’s various religions or ethnic groups.

    “So far, these two religious speakers have not suggested anything that goes against our understanding of cultural and religious diversity to the point of causing social, racial and religious tensions in Malaysia,” he was quoted saying by the Bernama news agency.

    “Thus far, Malaysia is satisfied with what they are doing and does not intend to take similar action (as Singapore’s) as they are not wrong in our eyes,” he said.

     

     

    Source: http://www.straitstimes.com

  • Kubur Nur Aliya Syifa Digali Semula Untuk Siasatan Atas Kecuaian

    Kubur Nur Aliya Syifa Digali Semula Untuk Siasatan Atas Kecuaian

    ALOR SETAR, KEDAH – Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia selepas terkena serpihan batu pengasah di dada kiri ketika bapanya sedang mengasah mata pisau mesin remput di luar rumah, Jumaat lalu. Dalam kejadian jam 5.30 petang Jumaat, mangsa, Nur Aliya Syifa Murad, 5, kemudian dibawa ke Klinik 1Malaysia sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan. Jenazah mangsa kemudian dikebumikan pada jam 11 pagi Sabtu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Besar.

    Bagaimanapun, polis membuka kertas siasatan kes kematian Nur Aliya Syifa, selepas mendapat perintah mahkamah untuk menggali semula kubur kanak-kanak itu bagi proses siasatan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 304 A Kanun Keseksaan kerana kecuaian menyebabkan kematian yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

    “Proses menggali kubur itu akan dilakukan pagi esok (hari ini) dengan dihadiri pakar patologi untuk bedah siasat semula di HSB. Selepas siasatan selesai, kita akan serahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya. Menurut bapa mangsa, Murad, berumur 40-an berkata, ketika kejadian itu, dia berada di luar rumah dan sedang mengasah mata pisau mesin rumputnya sementara Nur Aliya Syifa pada ketika itu masih berada di dalam rumah. Ketika sedang mengasah, tiba-tiba batu pengasah itu pecah dan serpihannya terpelanting.

    “Pada mulanya ia terkena pada kereta dahulu sebelum terkena dada kiri anak. Saya tidak sedar bila dia berada di luar rumah. Dalam keadaan anak yang berlumuran darah dan lemah itu, saya terus mengangkat dan membawanya ke klinik 1Malaysia sebelum dia dihantar ke HSB,” katanya.  Difahamkan, Murad telah memberi keterangannya kepada pihak polis untuk membantu siasatan.

  • Macam Mana Nak Tahu Pasangan Kita Setia Atau Tidak?

    Macam Mana Nak Tahu Pasangan Kita Setia Atau Tidak?

    Setia, senang diucap tapi susah nak dilakukan. Ada beberapa faktor yang menyebabkan pasangan hilang kepercayaan lalu kesetiaan hilang.

    Bagaimana anda boleh menjadi seseorang yang setia atau melihat seseorang itu seorang yang setia.

    1. Menghormati Antara Satu Sama Lain

    Pasangan yang setia akan mendengarkan dengan teliti antara satu sama lain.

    2. Menggunakan media sosial dengan sebaiknya

    Mereka akan menjaga interaksi mereka dengan kawan yang berlainan jantina. Menjaga mata, tangan dan hati. Di laman sosial, mereka akan mengelakan untuk menggoda dan tergoda seperti chatting bagi mengelakan wujudnya ketidaksetiaan.

    3. Menjaga Hal Peribadi

    Pasangan yang setia akan selalu menjaga hal peribadi untuk anda dan pasangan sahaja. Jika jadi sesuatu, si dia akan cepat-cepat cari anda dan cerita segalanya kepada anda. Selain itu, pasangan setia akan menjaga perkara peribadi agar tidak bocor ke media sosial.

    4. Sentiasa Beri Sokongan

    Sokongan dan dorongan sangat penting dalam sebuah perhubungan. Pasangan setia akan sentiasa memberikan sokongan anda. Jika ada seseorang yang memalukan anda, pasangan anda akan membela anda dan bukan ikut terketawa.

    5. Berkemunikasi Secara Profesional Dengan Orang Yang Berlainan Jantina

    Pasangan yang baik akan bertindak seolah-olah pasangan mereka ada disisinya. Dengan itu, mereka akan menjaga jarak dengan mereka yang berlainan jenis. Mereka juga tidak akan bermain mata, menyentuh mahupun cuba untuk menggoda.

    6. Selalu Buat Keputusan Bersama

    Dalam satu hubungan, membuat keputusan adalah sesuatu perkara yang penting. Pasangan yang setia akan berbincang untuk menentukan keputusan mana yang lebih penting.

    7. Bersifat Terbuka

    Pasangan yang setia akan bersifat terbuka. Mereka tidak akan menyimpan rahsia baik tentang perkara kecil dan besar.

    8. Mengutamakan Pasangan

    Bila berlaku sesuatu, pasangan yang setia akan segera memberi tahu kepada pasanganya. Mereka akan mengutamakan pasangan berbanding kawan, orang tua mahupun media sosial.