Tag: Islam

  • Ciri-Ciri Suami Yang Sweet Dan Romantik

    Ciri-Ciri Suami Yang Sweet Dan Romantik

    1. Call isteri time waktu keje sebab nak cakap rindu.

    2. Peluk isteri secara tiba-tiba.

    3. Puji isteri cantik.

    4. Bergurau senda dengan isteri time baru balik keje.

    5. Kemas rumah atau masak bersama isteri kat dapur.

    6. Urut bahu atau picit kepala isteri dengan sukarela time tengah santai-santai duduk kat sofa sambil tengok TV

    7. Tolak stroller baby atau dukung anak time shopping bersama isteri.

    8. Berada disisi isteri time isteri melahirkan anak.

    9. Sanggup bangun pagi dan masak breakfast untuk isteri.

    10. Belanja isteri pergi shopping sakan dengan ikhlas dan gembira.

    11. Bagi hadiah atau bunga kat isteri walaupun bukan pada hari anniversary ataupun birthday.

    12. Dengar luahan isteri time isteri tengah sedih akibat PMS sambil bagi kata-kata semangat.

    13. Rajin solat berjemaah bersama isteri dan cenderung mengajak isteri lebih dekat dengan Allah.

    14. Buat candle light dinner secara mengejut

    Psst: Dapat suami yang tak romantik pun takpe, terima seadaanya dia. Suami yang penyayang dan bertanggungjawab itu lagi penting. Betul tak?

    **Siapa kat sini dapat suami yang romantik ??

  • Isu Ucap Selamat Perayaan Agama Lain

    Isu Ucap Selamat Perayaan Agama Lain

    Negara Brunei Darussalam berpegang teguh kepada Mazhab Syafie dan juga berpendirian anti-wahabi. Pelita Brunei, penerbitan rasmi Kementerian Penerangan Kerajaan Negara Brunei Darussalam, ada mengeluarkan Irsyad atau Panduan mengenai “Hukum memberi ucapan tahniah sempena perayaan agama lain”. Pada Disember 2015, Sultan Brunei juga pernah bertitah melarang umat Islam di Brunei daripada merayakan perayaan agama lain dan juga mengucap tahniah atau selamat sempena perayaan Krismas, misalnya. Sebab-musabab yang diberikan Kerajaan Brunei Darussalam serupa dengan apa yang diberikan Mufti Menk. (Sila baca perincian yg terdapat pada pautan Pelita Brunei)

    Di Malaysia, Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan panduan terperinci mengenai hukum ucap selamat perayaan agama lain. Dr MAZA (Mufti Perlis) dan Dr Zulkifli Al Bakri (Mufti Wilayah Persekutuan) masing-masing berpendapat ianya harus dilakukan oleh umat Islam. (Sila baca perincian pada pautan-pautan yang disertakan.)

    Di Indonesia, MUI tidak pernah mengeluarkan fatwa melarang umat Islam dari mengucap selamat kepada penganut agama lain sewaktu perayaan mereka, tetapi melarang mereka daripada sama-sama merayakannya, serupa dengan pendirian Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. (Sila baca perincian pautan-pautan yang disertakan.)

    Di antara persoalan yang timbul adalah, apakah pihak-pihak yang melarang, seperti Kerajaan Brunei Darussalam dan Mufti Menk, boleh dianggap sebagai bersikap melampau?

    Dr Zulkifli Al Bakri (Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia) berikan kupasan terperinci terhadap isu ini dengan mengemukakan dalil-dalil terperinci dari kedua-dua pihak yang mengharuskan dan juga yang melarangnya. Setelah membentangkan dalil-dalil dari kedua-dua belah pihak, Dr Zulkifli membuat tarjih untuk mengharuskan seseorang Muslim untuk melakukannya.

    Dalam perbezaan pendapat seperti ini dan juga dalam perkara-perkara lain, apakah pihak yang berlainan pandangan boleh dianggap sebagai berpendirian melampau atau ekstrim?

    Secara peribadi, mengambil pendekatan wasatiyyah lebih selamat rasanya.

    WaLlahua’lam bissowab.

     

     

    Source: Mohd Khair

  • 2 Foreign Islamic Preachers Barred From Entering Singapore For Religious Cruise Due To Their Hardline Teachings

    2 Foreign Islamic Preachers Barred From Entering Singapore For Religious Cruise Due To Their Hardline Teachings

    Two foreign Islamic preachers, whose hardline teachings run counter to Singapore’s multi-cultural and multi-religious values, have been barred from entering the country.

    One of them, Zimbabwean Ismail Menk, has asserted it is blasphemous for Muslims to greet believers of other faiths during festivals such as Christmas or Deepavali.

    The other, Malaysian Haslin Baharim, has advocated that in multi-cultural and multi-religious societies, non-Muslims should be made subservient to Muslims.

    The Ministry of Home Affairs said on Monday (Oct 30) that both men had been engaged to preach on a religious-themed cruise departing Singapore on Nov 25 and returning on Nov 29 but will not be allowed to enter Singapore.

    It added that the decision was made in consultation with the Islamic Religious Council of Singapore (Muis), Singapore Tourism Board and Maritime and Port Authority of Singapore.

    “Ismail Menk and Haslin Baharim had previously had their Miscellaneous Work Pass applications to preach in Singapore rejected. They will not be allowed to get around the ban by preaching instead on cruise ships which operate to and from Singapore,” said the MHA in its statement.

    MUIS, announcing in a separate statement that it had not supported their applications to preach in Singapore, said their teachings “run counter to the values Singaporean Muslims uphold dearly that can contribute to a progressive and thriving religious life in Singapore”.

    The barring of both men comes a month after two Christian preachers were denied entry by the MHA for having made denigrating and inflammatory comments of other religions. They had applied for short-term work passes to speak in Singapore.

    Government leaders have cautioned against foreign preachers whose extremist teachings can spread ill will among people of different religions and threaten social harmony and cohesion.

    Mr Menk and Mr Haslin have both preached in the region and have built a following online.

    The MHA said Mr Menk is known to preach “segregationist and divisive teachings”, citing his assertion that it is “the biggest sin and crime” for a Muslim to wish a non-Muslim “Merry Christmas” or “Happy Deepavali”, while Mr Haslin has expressed views that promote disharmony between Muslims and non-Muslims, whom he describes as “deviant”.

    “Such divisive views breed intolerance and exclusivist practices that will damage social harmony, and cause communities to drift apart. They are unacceptable in the context of Singapore’s multi-racial and multi-religious society,” the MHA said.

    It added: “The Government has a responsibility to safeguard social cohesion and religious harmony in Singapore. Singaporeans too need to play their part, to unequivocally reject and guard against divisive doctrines and preachers who propagate such doctrines, regardless of the faith they represent. They are detrimental to our society and way of life, and will undermine the fundamentals of Singapore’s peace and progress.”

    MUIS said a review of both men’s background and past teachings found that their views contravened the code of ethics of Singapore’s Asatizah Recognition Scheme.

    Under the scheme, all Islamic religious teachers have to be registered before they can teach in Singapore. The schools where they teach also have to be registered.

    MUIS administers the scheme and is also tasked with assessing applications of foreign preachers who want to speak in Singapore.

    It said in its statement that it does not support applications of preachers whose views contravene the scheme’s code of ethics, and “whose ideas are deeply problematic and very unsuited to a multi-religious context in Singapore. This includes teachings with absolutist leanings”.

     

    Source: http://www.straitstimes.com

  • Buat Suami Marah Tu Adalah Perkara Besar

    Buat Suami Marah Tu Adalah Perkara Besar

    Hormat suami ini perkara besar, bukan perkara kecil.

    Apatah lagi buat suami marah bila berbuat perkara yang suami tak suka dan tak izinkan.

    Kalau baca kisah Rasulullah, Umar dan Hafsah. Bagaimana Umar R.A mengingatkan anaknya jangan sesekali menyebabkan suami murka – walaupun niat asal hafsah hanya mahu menyatakan pendirian sahaja. Pun begitu ia tetap salah kerana membuatkan suaminya marah.

    Apatah lagi suaminya itu Rasulullah.

    Itu cerita hafsah. Dia ada ayah seperti Umar yang menegurnya. Dia ada suami seperti Rasulullah yang memaafkannya.

    Bagaimana dengan kita? Adakah kita minta maaf selepas buat suami marah?

    Atas apa alasan sekalipun, rujuk cerita hafsah, secara logiknya dia tidak salah tetapi buat suami murka, tetap satu kesalahan.

    Kita kena banyak baca kisah sahabiyah. Ia bantu kita faham agama ikut kehendak agama yang sebenar.

  • Vaksin VS Konspirasi Yahudi

    Vaksin VS Konspirasi Yahudi

    Setiap kali isu vaksin dibincangkan oleh pakar-pakar perubatan, ada sahaja netizen yang melontarkan persoalan bahawa vaksin itu agenda Yahudi. Mereka terus salin dari sumber yang tidak berwibawa, bahawa wujudnya korelasi vaksin dengan agenda jahat Yahudi. Tetapi jika diperhatikan betul-betul, pernyataan laman yang dipetik itupun hanya berandaian akan hubungkait antara vaksin dan zionis.

    Mereka juga mendakwa sudah ramai doktor-doktor barat yang juga menentang pemberian vaksin. Tanpa mereka sedari bahawa para penentang vaksin negara barat itu sendiri sebahagiannya berideologi Yahudi. Apabila ditanya kepada mereka, berikan nama doktor di Malaysia yang menentang vaksin. Tiada siapa pun boleh memberikan nama. Sejumlah 46,461 orang doktor berdaftar di bawah Majlis Perubatan Malaysia, majoriti menyokong vaksin. Jikalau ada yang menentang, hanyalah doktor yang pelik serta sukar bergaul dengan kebanyakan orang awam. Hanya percaya kepada pendapat peribadi sendiri. Pentingkan diri tanpa melihat kepentingan orang awam.

    Dengan pelbagai alasan yang rapuh, mereka terus memutar-mutar helah yang sama. Sedangkan kesemua kegusaran mereka itu sudah pun dijawab oleh pakar-pakar yang lebih berwibawa bahawa andaian-andaian mereka hanya berpunca dari takut pada diri sendiri dan juga takut dengan merosot jualan produk kesihatan yang mereka jual. Sebahagian besar dari penentang tegar vaksin adalah penjual produk kesihatan.

    Allah beri kita akal untuk berfikir. Ilmu perubatan ini adalah ilmu alat untuk kebaikan manusia. Ianya sesuatu yang baik dan sudah hilang dari orang Islam. Sebagaimana disebut oleh Rasulullah SAW:
    “Al hikmah (kebijaksanaan/ilmu) itu adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka dimana sahaja ia dapati, dialah yang berhak terhadapnya” [Maksud hadis riwayat Imam Tirmizi]

    Kita terdoktrin dengan yahudi, yahudi, yahudi atau Barat! Segala apa yang datang dari barat perlu ditolak? Sedangkan sebahagian besar penulisan ilmu perubatan ditulis oleh orang Islam jua. Mereka cedok dan kembangkan ilmu itu dari cendekiawan muslim juga. Banyak alatan pembedahan adalah direka oleh saintis muslim, barat yang menirunya dan mendakwa mereka buat. Kitab Tibb Nabawi karangan Ibnu Sina yang tebal berjilid itu masih wujud dan bongkar oleh barat satu persatu. Barat bukan bermakna yahudi, walau sebahagian mereka adalah yahudi! Facebook pun dari yahudi! Telefon samsung pun yahudi! Jika begitu, kita sudah menjadi yahudi? Menggunakan ilmu alat ini tidak menjadikan kita Yahudi atau zionis. Nauzubillahi min zaalik.

    Ilmu imunologi yang sebahgiannya membicarakan mengenai vaksin juga dipelopori oleh saintis ulung Islam bernama Al Razi. Penemuan dan permulaan pembangunan ilmu imunisasi dimulakan oleh saintis Islam yang hebat sekitar abad ke 15 dahulu. Malah penemuan konsep imunisasi bagi penyakit measles (campak) dan Smallpox (cacar) adalah dari Al Razi. Konsep yang sama, cuma barat mengembangkan ilmu itu.

    Saya ke Gaza 2012 melihat Hospital Central Gaza, mereka menggunakan sepenuhnya ubatan (termasuk vaksin) dan teknologi perubatan barat! Takkan lah mereka menolak kebaikan (perubatan moden) ini walaupn Gaza dibantai oleh israhell laknatullah setiap hari.

    Saya melihat sendiri sistem perubatan dan kesihatan Arab Saudi sepanjang 3 kali penglibatan rombongan perubatan haji, mereka juga menggunakan sepenuhnya perubatan ‘barat’ yang kononnya Yahudi itu. Malah mereka mewajibkan semua jemaah haji disuntik vaksin meningococcal! Adakah mereka bebal atau turut dipengaruhi Yahudi? Adakah mereka tidak melihat ini agenda Yahudi Freemason? Dek kerana vaksin tidak dibuat dalam negara-negara Islam?

    Saya tahu isu Rockfeller dan vaksin, tetapi mana bukti mereka membunuh umat? Tetapi kita sendiri melihat bukti atas kapasiti penjagaan kesihatan yang semakin maju termasuk penggunaan vaksin, kematian bayi semakin menurun.

    Wallahuaklam

     

     

    Source: Dr Suhazeli Abdullah