Tag: Islam

  • Tak Mahu Membayar Untuk Bagasi Berlebihan, Jemaah Indonesia “Hamil” Pakaian

    Tak Mahu Membayar Untuk Bagasi Berlebihan, Jemaah Indonesia “Hamil” Pakaian

    INDONESIA: Gara-gara mahu membawa banyak barangan pulang ke tanah air namun mahu mengelak daripada bagasi ditimbang dengan berat yang berlebihan, sepasang suami isteri jemaah haji Indonesia ini nekad menyembunyikan kain baju di bahagian perut.

    Cik Fitri dan suaminya, mengikat kain baju tersebut di bahagian perut dan kemudian mereka memakai pakaian yang longgar semata-mata untuk mengelak daripada bagasi mereka ditimbang dengan berat yang berlebihan.

    Hasilnya, pasangan itu kelihatan seperti orang yang hamil.

    MAHU BAWA SEMUA YANG DIBELI PULANG KE TANAH AIR

    Apabila ditanya, Cik Fitri hanya tersipu malu sambil berkata: “Ini bukan hamil, tetapi isinya baju.”

    Cik Fitri yang enggan gambarnya dipetik menambah, beliau sengaja mengubah-suai supaya barang-barang yang dibeli semuanya boleh dibawa pulang ke Indonesia.

    “Saya cuba sahaja dan diberitahu oleh teman-teman,” tambah beliau.

    Yang lucunya, perut suami Cik Fitri, yang agak pendiam, juga kelihatan seperti orang hamil namun beliau seperti acuh tidak acuh meskipun menjadi perhatian ramai.

    Agak kelam-kabut juga apabila Cik Fitri hendak ke tandas dalam keadaan “hamil”.

    PERUT KEMBALI KEMPIS

    Namun begitu, Cik Fitri sempat bergurau sambil memperlihatkan bahagian perut beliau yang sudah kembali kempis kerana kain baju yang disembunyikan itu sudah dilepaskan.

    “Ini, saya sudah tidak hamil lagi,” gurau Cik Fitri sambil bergegas ke tandas.

    Jemaah haji Indonesia sebenarnya diberikan dua bagasi tangan untuk mengisi barangan peribadi serta yang dibeli.

    Satu bagasi boleh diisikan dengan barangan seberat 32 kilogram, manakala beg yang lebih kecil pula boleh diisi maksimum tujuh kilogram.

    Sekiranya Cik Fitri serta suami mengisi bagasi-bagasi tersebut sehingga berat maksimun, bermakna mereka membawa pulang barangan seberat 78 kilogram, mencukupi untuk membawa oleh-oleh buat keluarga di rumah.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Premier Taxi Uncle Picks Up Muslim Passenger Twice In Succession, Later Treats Him To A Drink

    Premier Taxi Uncle Picks Up Muslim Passenger Twice In Succession, Later Treats Him To A Drink

    Strangers’ Lunch – Taxi Uncle & Me

    A Story of the Mid-Autumn Festival, Gratitude, Diversity & Inclusivity
    [Disclaimer: Pardon my unpolished sentences]

    Uncle: Hi good afternoon Sir. Where to Sir?

    It was noon & with mooncake boxes on hand, I boarded the taxi, ready to gift mooncakes to our clients. This is a tradition of our organization & makes part of a relationship building process – in celebration of the Mid-Autumn Festival.

    Uncle: You also like to eat Mooncakes?

    Me: Oh thanks for asking Uncle. These mooncakes are not for me, Uncle. They are for my customers.

    The taxi ride to the customer’s place was filled with rich conversation. Taxi uncle in his 60s sharing with me powerful (and sure-fire) tips on staying healthy.

    Me: Uncle, you are in your 60s but look like you’re in your 40s…

    Uncle: I have a secret to share. You must always think positive and keep yourself happy. And for me, I do breathing exercise twice a day. Do at least 10-minutes of slow and full breathing twice a day. That helps me keep fit. Take care of yourself. You are still young

    Upon reaching the customer’s site, I settled with the taxi uncle & thanked him for the pleasant ride.

    Passed on the mooncakes to the customer and had to get to my next destination for lunch. No nearby bus stops so I decided I had to take a taxi.

    Guess what? Same taxi uncle was there hoping to find a passenger. Again, I boarded his taxi.

    Uncle: Wow, today lucky day for me. Don’t have to wait too long and I get the same passenger!

    Me: Uncle, no It’s my lucky day. If not for you I have to wait long time for taxi here.

    Me: Uncle, you may stop me at any nearby coffeeshop. I would like to have lunch.

    Uncle: Sure. Hey, don’t mind me asking. Are you Muslim? I will bring you to the coffeeshop with more food for you. Better for you.

    Me: Yes uncle. Please do. Hope there is one near here.

    Uncle: Have, quite near. Can I have lunch with you too? I’m getting hungry as well.

    Me: Yes, why not Uncle.

    We reached the lunch place. It was awkward as there was no business/friendship/family relationship between Uncle and me after that taxi ride. There wasn’t anything in it for us to be having lunch together (not family, not friends yet, not colleagues). But there we were, having lunch at the same table. We had a good chat about life and filial piety in the short lunch time.

    Uncle: What drink you want?

    After countless attempts of profusely refusing Uncle’s unsolicited generosity, I gave up & allowed a display of unsolicited generosity by Uncle.

    This simple journey led to me going into a mode of self-realisation. I have penned down here some lessons learned with most of it being a reminder to me & possibly to all reading this.

    Lessons Learned:
    1. There should be no hierarchy in life.
    2. Obstacles to mutual respect are unnatural & can be easily overcome.
    3. Respect one and all.
    4. Celebrate diversity & inclusivity
    5. Give thanks.

    *Premier Taxi Uncle. Unfortunately I did not take down your name/mobile number but here’s thanks to you & wish you all the best !

    [This post has been forwarded to Premier Taxis as a compliment to Uncle]

     

    Source: Irfan Mustapha

  • Lebih 3,000 Penduduk Ke Pelbagai Rumah Ibadat, Saling Belajar Tentang Agama lain

    Lebih 3,000 Penduduk Ke Pelbagai Rumah Ibadat, Saling Belajar Tentang Agama lain

    Lebih 3,000 penduduk dari sembilan kawasan undi berjalan bersama dalam satu semangat perpaduan.

    Bermula dari kawasan undi masing-masing, mereka membuat persinggahan di rumah-rumah ibadah sepanjang jalan.

    Para penduduk Bukit Batok misalnya menyaksikan upacara sembahyang di sebuah gereja.

    Penduduk Bukit Gombak pula ke Masjid AlKhair berpeluang mempelajari rukun Islam dengan lebih mendalam manakala beberapa penduduk lainnya melawat sebuah kuil Taoist.

    Acara ini sebahagian daripada daya usaha Kumpulan Bina Keyakinan Antara Kaum atau IRCC untuk menggalak keharmonian kaum dan agama di Singapura.

    Source: Berita MediaCorp

  • Musim Umrah Mungkin Akan Dilanjutkan Kepada 10 Bulan

    Musim Umrah Mungkin Akan Dilanjutkan Kepada 10 Bulan

    RIYADH: Saranan untuk melanjutkan musim umrah daripada lapan bulan kepada 10 bulan sedang dipertimbangkan kerajaan Arab Saudi.

    Demikian menurut laporan media Arab Saudi yang menukil sumber-sumber yang maklum tentang perkara itu.

    Saranan itu, yang mahu merangkumkan bulan Muharram dan Syawal ke dalam musim umrah, dibuat sebagai sebahagian daripada visi baru bagi Makkah dan Madinah, menurut sumber tersebut seperti yang ditukil laman Arab News.

    Visa-visa umrah buat masa ini adalah bagi tempoh antara bulan Safar dengan hujung bulan Ramadan.

    Saranan itu juga seiring dengan objektif-objektif Visi Saudi 2030, yang bertujuan menaikkan jumlah jemaah umrah daripada lapan juta kepada 30 juta menjelang 2030.

    Visi itu juga bermaksud memperkaya perjalanan keagamaan dan kebudayaan para jemaah di Arab Saudi menerusi kerja-kerja binaan dan peluasan muzium-muzium dan tapak-tapak bersejarah dan penuh budaya.

    Menurut visi tersebut, muzium Islam terbesar di dunia akan dibina, mengumpul, menyimpan, mempamer dan merakam barang-barang yang bertujuan untuk mendidik para pengunjung tentang sejarah Islam yang kaya.

    Sementara itu, Dewan Keusahawanan dan Industri Makkah (MCCI) menganjurkan bengkel untuk membincangkan secara terperinci laluan-laluan bagi pertumbuhan mampan dalam semua sektor perniagaan di Makkah menerusi haji and umrah, lapor Arab News.

    Pengerusi MCCI, Mahir Jamal berkata tempoh selanjutnya adalah apabila projek-projek besar di Makkah selesai, untuk menampung jumlah masyarakat Islam yang kian bertambah di dunia.

    Terdapat sekitar 1.62 bilion muslim di dunia, mewakili 23 peratus penduduk dunia.

    “Inilah yang mendorong para pemimpin kita yang berwibawa untuk menjangkakan jumlah jemaah yang meningkat bagi ibadah haji dan umrah daripada lapan juta kepada 30 juta menjelang 2030,” kata beliau.

    Program Perubahan Nasional 2020 juga membentangkan matlamat-matlama strategik bagi Kementerian Haji dan Umrah, lapor laman Arab News.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Jenazah Tuan Guru PAS Dr Haron Din Akan Dikebumi Di Amerika

    Jenazah Tuan Guru PAS Dr Haron Din Akan Dikebumi Di Amerika

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jenazah Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din akan dikebumikan di San Francisco, Amerika Syarikat.

    Beliau dimaklumkan mengenai perkara itu selepas berhubung dengan keluarga Allahyarham Haron.

    “Baharu bercakap dengan keluarga TG Dt Dr Harun Din (Tuan Guru Datuk Dr Haron Din). Keluarga sepakat pengkebumian di San Francisco.

    “Solat jenazah di Masjid An-Nur di sana,” katanya dalam catatan terbaharunya di laman Twitter rasmi beliau hari ini (16 Sep).

    Sebelum ini, Dr Ahmad Zahid memaklumkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau sudah menguruskan penghantaran jet ke Amerika Syarikat bagi membawa pulang jenazah tokoh agama itu.

    Allahyarham Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.

    Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya.

    Allahyarham meninggalkan isteri Datin Khatijah Salleh serta dua anak lelaki dan tiga anak perempuan.

    Source: Berita MediaCorp

deneme bonusu