Musim Umrah Mungkin Akan Dilanjutkan Kepada 10 Bulan

RIYADH: Saranan untuk melanjutkan musim umrah daripada lapan bulan kepada 10 bulan sedang dipertimbangkan kerajaan Arab Saudi.

Demikian menurut laporan media Arab Saudi yang menukil sumber-sumber yang maklum tentang perkara itu.

Saranan itu, yang mahu merangkumkan bulan Muharram dan Syawal ke dalam musim umrah, dibuat sebagai sebahagian daripada visi baru bagi Makkah dan Madinah, menurut sumber tersebut seperti yang ditukil laman Arab News.

Visa-visa umrah buat masa ini adalah bagi tempoh antara bulan Safar dengan hujung bulan Ramadan.

Saranan itu juga seiring dengan objektif-objektif Visi Saudi 2030, yang bertujuan menaikkan jumlah jemaah umrah daripada lapan juta kepada 30 juta menjelang 2030.

Visi itu juga bermaksud memperkaya perjalanan keagamaan dan kebudayaan para jemaah di Arab Saudi menerusi kerja-kerja binaan dan peluasan muzium-muzium dan tapak-tapak bersejarah dan penuh budaya.

Menurut visi tersebut, muzium Islam terbesar di dunia akan dibina, mengumpul, menyimpan, mempamer dan merakam barang-barang yang bertujuan untuk mendidik para pengunjung tentang sejarah Islam yang kaya.

Sementara itu, Dewan Keusahawanan dan Industri Makkah (MCCI) menganjurkan bengkel untuk membincangkan secara terperinci laluan-laluan bagi pertumbuhan mampan dalam semua sektor perniagaan di Makkah menerusi haji and umrah, lapor Arab News.

Pengerusi MCCI, Mahir Jamal berkata tempoh selanjutnya adalah apabila projek-projek besar di Makkah selesai, untuk menampung jumlah masyarakat Islam yang kian bertambah di dunia.

Terdapat sekitar 1.62 bilion muslim di dunia, mewakili 23 peratus penduduk dunia.

“Inilah yang mendorong para pemimpin kita yang berwibawa untuk menjangkakan jumlah jemaah yang meningkat bagi ibadah haji dan umrah daripada lapan juta kepada 30 juta menjelang 2030,” kata beliau.

Program Perubahan Nasional 2020 juga membentangkan matlamat-matlama strategik bagi Kementerian Haji dan Umrah, lapor laman Arab News.

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *