Tag: Jepun

  • Commentary: Kenapa Tak Boleh Minum Arak? Orang Jepun Mabuk Pun Maju!

    Commentary: Kenapa Tak Boleh Minum Arak? Orang Jepun Mabuk Pun Maju!

    Siti Kasim memuatnaik status menunjukkan beberapa keping gambar semasa lawatannya ke sebuah kawasan yang menempatkan ratusan tong arak di Jepun.

    Sengaja mencabar atau tidak, ini telah mengundang kemarahan orang ramai. Wanita ini lantang menyuarakan isu-isu yang bertentangan dengan agama Islam seperti LGBT dan sebelum ini juga ada mempertikai hukum korban semasa Raya Aidiladha.

    “Saya tak nampak orang Jepun mabuk dan memberi masalah kepada masyarakat, sebaliknya merekalah bangsa yang paling produktif di dunia,” antara maksud terjemahan dalam statusnya. Pendiriannya mendapatkan pelbagai reaksi dari netizen.

    Menjadi pertanyaan, adakah satu perlian dari Siti gara-gara pesta arak yang dibatalkan penganjurannya baru-baru ini?

    Untuk makluman, ini bukanlah sekali dia mengeluarkan kenyataan begini.

     

    Source: Facebook

  • Orang Malaysia Buat Hal Di Jepun Lagi, Kali Ini Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai

    Orang Malaysia Buat Hal Di Jepun Lagi, Kali Ini Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai

    Kisah sebelum ini mengenai seorang rakyat Malaysia membuat perangai tidak elok semasa berada di negara Jepun baru sahaja reda, kali ini muncul pula kisah terbaru mengenai rakyat negara kita tidak mengikut peraturan semasa menggunakan bilik solat pelbagai agama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, Jepun.

    Seorang pengguna laman sosial Facebook, Tok Sheikh memuatnaik status serta gambar insiden berkenaan yang berlaku di lapangan terbang tersebut.

    Menurutnya, dia mengetahui kejadian itu setelah berborak dengan rakyat Malaysia di Jepun ketika sedang makan di sebuah restoran halal di sana.

    “Gambar tersebut diambil semasa mereka ingin menggunakan ruang solat (wanita) dan mendapati dua orang perempuan telah tidur dan basuh pakaian mereka di situ,” ujarnya.

    “Mereka turut sidai pakaian di dalam bilik itu sedangkan papan kenyataan sudah menyatakan apa yang tidak boleh dibuat ketika berada di dalam ruang solat berkenaan,” jelasnya.

    Dia yang juga bekerja dengan syarikat pelancongan dan sentiasa berulang-alik ke negara itu berasa kesal dengan tindakan rakyat Malaysia yang tidak prihatin serta tidak mematuhi peraturan menggunakan kemudahan awam di sana.

    “Sekiranya nanti kemudahan seperti ini ditarik balik, ia akan menjadi masalah kepada semua pelancong yang ingin solat di tempat yang disediakan,” sambungnya.

    “Kepada mereka yang ingin belajar melancong ke luar negara, hendaklah juga belajar menjaga adab kerana kita membawa nama negara,” tambahnya lagi.

    “Jika perkara seperti ini terus berlaku, ia amat memalukan kerana nila setitik rosak susu sebelanga,” ujarnya sebelum mengakhiri perbualan.

    Diharap kita semua dapat menjaga tingkah laku semasa berada di luar negara kerana kita bukan sahaja melancong, tetapi kita juga membawa nama negara jika melakukan perkara tidak elok di negara orang seterusnya menjejaskan imej dan nama negara.

     

    Source: https://www.vitdaily.com

  • Aman Samat: Lt Adnan Saidi – Pejuang Bumi Tercinta

    Aman Samat: Lt Adnan Saidi – Pejuang Bumi Tercinta

    Leftenan Adnan b Saidi – Al Fateha

    14 Februari
    gugur seorang pahlawan sejati
    Leftenan Adnan bin Saidi
    demi mempertahankan ibu pertiwi
    dari serangan Jepun bertubi-tubi
    Bukit Chandu tempat terjadi

    biar putih tulang jangan putih mata
    menjadi pegangan semua anggota
    titisan darah terakhir dengan rela
    walau bekalan peluru hampir tiada
    menentang musuh dengan waspada
    meneruskan perjuangan walaupun cedera
    inilah pertempuran paling sengit di Singapura

    sedarlah rakyat Singapura sekelian
    keberanian ketaatan Leftenan Adnan
    tidak ada pada diri pejuang sekarang
    bukan kerana wang atau kedudukan
    demi negara jiwa dikorbankan
    wajar beliau diagungkan
    diingati zaman ke zaman
    dikenang setiap tahunan
    menjadi ikutan generasi akan datang

    Leftenan Adnan Saidi
    kau sentiasa lekat di hati

    Aman Samat
    13 February 2017

     

     

    Source: Aman Samat

  • Bukit Candu  – Satu Penghormatan Bagi Leftenan Adnan Saidi

    Bukit Candu – Satu Penghormatan Bagi Leftenan Adnan Saidi

    februari ini
    kuingat kembali
    bukit candu
    yang menjadi medan terakhir
    desingan peluru tembakan
    bertukar ganti merobek kedamaian
    dan tusukan-tusukan bayonet
    yang menghiris pedih
    cucuran merah darah
    masih terasa hangatnya
    mengalir di relung masa
    basah di hati bangsanya
    kanvas ceritera duka
    mengungkap makna
    di bingkai sejarah
    ini bumi yang dipijak
    sebati dengan jasadnya
    amanah setia di pundak
    mempertaruh seluruh jiwa
    kau tanamkan sumpah
    membentengi raga pertiwi
    biar tewas bergalang tanah
    bertahan terus
    dan pantang berputih mata
    biar takdir menentukan akhirnya
    demi sebuah perjuangan

    di bulan februari ini
    tidak lagi kuhadiahkan
    sekuntum mawar merah
    buat kekasih
    biar kuhidupi kenangan
    mengirim sepotong doaku
    buat seorang perwira
    dan sekawan perajurit
    wira nusa berjasa.

    ROHMAN MUNASIP

    14 Februari 2016

     

    Source: http://beritaharian.sg