Tag: kuantan

  • Kes Anak Dirantai Pada Tong Gas Sebab Tidak Mahu Ke Sekolah; Bapanya Merupakan Seorang Anggota Tentera

    Kes Anak Dirantai Pada Tong Gas Sebab Tidak Mahu Ke Sekolah; Bapanya Merupakan Seorang Anggota Tentera

    Hanya kerana anaknya tidak mahu ke sekolah, seorang bapa bertindak kejam hingga sanggup mengikat kanak-kanak berusia 10 tahun itu pada tong gas, dengan menggunakan rantai, di sebuah rumah di Indera Mahkota, di sini, semalam.

    Tindakan tidak berperikemanusiaan lelaki terbabit terbongkar selepas sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan melakukan pemeriksaan di rumah tersebut selepas menerima maklumat kira-kira pukul 10 pagi.

    Ekoran pemeriksaan yang dilakukan pasukan polis berjaya menyelamat mangsa serta menahan lelaki terbabit yang merupakan anggota tentera di Kem Batu 10, Jalan Gambang di sini bersama isterinya.

    Difahamkan, mangsa merupakan anak ketiga daripada lima beradik.

    Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, ketika pemeriksaan, pihaknya cuba mengetuk pintu hadapan rumah itu namun tiada jawapan sebelum polis membuat pemeriksaan di tingkap belakang rumah.

    “Hasil pemeriksaan dilakukan polis menemukan seorang kanak-kanak hanya memakai seluar berada dalam keadaan leher diikat pada tong gas dengan menggunakan rantai selain berkunci,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

    Tambah Abdul Aziz, polis terpaksa memecah masuk ke dalam rumah itu dan cuba mengejutkan mangsa namun kanak-kanak terbabit tidak sedarkan diri kerana pengsan.

    Ujar beliau, pihaknya kemudian meminta bantuan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan bagi membuat rawatan kepada mangsa.

    “Siasatan awal mendapati, mangsa baru sehari iaitu kelmarin tidak ke sekolah menyebabkan bapanya bertindak di luar dugaan,” katanya.

    Beliau berkata, bapa kanak-kanak itu ditahan reman selama seminggu bermula hari ini di Lokap Balai Polis Kuantan manakala ibunya yang berusia 30 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016.

     

    Source: http://www.astroawani.com

  • MDA Allows Local Tertiary Institutions To Show Film on Exiled Chinese Communists

    MDA Allows Local Tertiary Institutions To Show Film on Exiled Chinese Communists

    tan pin pin

    SINGAPORE & JOHOR BARU – The Media Development Authority is giving leeway to institutions of higher learning to show films that are restricted or not allowed, including To Singapore With Love.

    It also said it has accepted a request from the Yale-NUS College to screen the film on Singapore’s political exiles, for classroom teaching and discussion only.

    The 70-minute documentary, by local film-maker Tan Pin Pin, 44, received a “Not Allowed for All Ratings (NAR)” classification from the MDA last Thursday.

    That was because the film’s contents “undermine national security” and distort the legitimate actions of security agencies as acts that victimise innocent individuals, the MDA had said.

    Films classified as NAR are not allowed for public exhibition or distribution.

    In its most recent statement on Friday, MDA said it “recognises that lecturers and students of media or related courses at tertiary institutions may require access to a wider variety of films, including films that are classified R21 or NAR.

    “Some leeway is provided to these institutions to screen films for educational purposes, on condition that these films have either been previously classified by the MDA, or prior approval has been sought from the MDA before the films are acquired.”

    Also on Friday, more than 350 Singaporeans crossed the Causeway to Johor Baru to catch Tan’s film, which was showing as part of an annual Freedom Film Festival.

    The film has already been shown in Petaling Jaya and will go to Kuantan and Penang next.

    In total, more than 410 people attended, with at least 20 on the waitlist. This was almost triple the number of participants that organisers were anticipating.

    Organisers had to book an extra, larger room to accommodate viewers.

    The documentary film includes interviews with nine political exiles who fled Singapore and now live in Britain and Thailand. Most were members or supporters of the Communist Party of Malaya, according to the MDA.

    It has been touring the international film circuit for about a year, and will make its way to the Philippines and London in the next few weeks.

    Source: http://www.straitstimes.com/news/singapore/more-singapore-stories/story/singaporeans-arrive-johor-baru-screening-documentary-sin#9

  • Semua Jenis Kerang Pelabuhan Kuantan Bahaya Dimakan

    Semua Jenis Kerang Pelabuhan Kuantan Bahaya Dimakan

    Kuantan: Jabatan Perikanan negeri mengesahkan semua jenis kerang sekitar perairan Pelabuhan Kuantan, Tanjung Gelang, di sini, mengandungi toksin jenis `Paralytic Shellfish Poisoning (PSP)’ yang boleh menyebabkan kematian.

    Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, toksin itu dikesan menerusi pemeriksaan dilakukan Jabatan Perikanan terhadap sampel tiram di kawasan itu susulan kejadian lapan pekerja Indonesia yang mengalami keracunan makanan selepas makan tiram yang dikutip di kawasan terbabit pada 1 Ogos lalu.

    Katanya, keputusan yang diperoleh menunjukkan bacaan toksin PSP bagi sampel tiram berkenaan melebihi daripada standard piawaian ditetapkan iaitu melebihi 80 mikrogram (ug) bagi 100 gram.

    “Bacaan toksin PSP yang diperoleh bagi sampel itu adalah di antara 317 hingga 3,560 ug/100g.

    “Sehubungan itu, kita nasihatkan orang ramai supaya tidak mengutip atau memakan kerang-kerangan di kawasan itu sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

    Sumber: https://my.news.yahoo.com/semua-jenis-kerang-di-perairan-pelabuhan-kuatan-bahaya-081207805.html

    letters R1C

    YOUTUBE: youtube.com/user/rilek1corner

    FACEBOOK: facebook.com/rilek1corner

    TWITTER: twitter.com/Rilek1Corner

    WEBSITE: rilek1corner.com

    EMAIL: [email protected]

    FEEDBACK: CONTACT RILEK1CORNER