Tag: kubur

  • Suara Yang Didengar Mayat

    Suara Yang Didengar Mayat

    Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga: Keluarga, Hartanya, Dan Amalnya.
    Ada Dua Yang Kembali Dan Satu Tinggal Bersamanya; Keluarga Dan Hartanya Akan Kembali Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.
    .
    Ketika Roh Meninggalkan Jasad…
    Terdengar Suara Dari Langit Memekik,
    “Wahai Fulan Anak Si Fulan..
    Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia,
    Atau Dunia Yang Meninggalkanmu? Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Harta Kekayaan,
    Atau Kekayaan Yang Telah Menumpukmu?
    Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia,
    Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu? Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu.?”
    .
    Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan….
    Terdengar Dari Langit Suara Memekik,
    “Wahai Fulan Anak Si Fulan…
    Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat Mengapa Kini Terkulai Lemah?
    Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara? Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa?
    Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia Mengapa Kini Raib Tak Bersuara?
    .
    Ketika Mayat Siap Dikafan…
    Suara Dari Langit Terdengar Memekik,
    “Wahai Fulan Anak Si Fulan Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha Allah Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah Wahai Fulan Anak Si Fulan…
    Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan.”
    .
    Ketika Mayat Diusung….
    Terdengar Dari Langit Suara Memekik,
    “Wahai Fulan Anak Si Fulan.. Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Tobat, Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat.”
    .
    Ketika Mayat Siap Dishalatkan….
    Terdengar Dari Langit Suara Memekik, “Wahai Fulan Anak Si Fulan.. Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik, Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.”
    .
    Ketika Mayat Dibaringkan Di Liang Lahat….
    Terdengar Suara Memekik Dari Langit, “Wahai Fulan Anak Si Fulan… Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini ?
    Wahai Fulan Anak Si Fulan… Dahulu Kau Tertawa Kini Dalam Perutku Kau Menangis.
    Dahulu Kau Bergembira Kini Dalam Perutku Kau Berduka, Dahulu Kau Bertutur Kata Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa.”
    .
    Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian…. Allah Berkata Kepadanya, “Wahai Hamba-Ku….. Kini Kau Tinggal Seorang Diri Tiada Teman Dan Tiada Kerabat Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap.. Mereka Pergi Meninggalkanmu.. Seorang Diri Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku Hari Ini,…. Akan Kutunjukan Kepadamu Kasih Sayang-Ku Yang Akan Takjub Seisi Alam Aku Akan Menyayangimu Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya.
    Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman, “Wahai Jiwa Yang Tenang Kembalilah Kepada Tuhanmu Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba-Ku Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku”.
    .
    Anda Ingin Beramal Shaleh…?
    Tolong Kirimkan Kepada Rekan-Rekan Muslim Lainnya Yang Anda Kenal.
    Nasihat KUBUR:
    1. Aku adalah tempat paling gelap maka terangilah aku dgn tahajjud.
    2. Aku adalah tempat yg paling sempit maka luaskanlah aku dgn silaturahmi.
    3. Aku adalah tempat yg paling sepi maka ramaikanlah aku dgn perbanyak baca Al-Quran.
    4. Aku adalah tempatnya Munkar dan nakir bertanya, maka persiapkanlah jawabanmu dengan perbanyak mengucap kalimat “Laa ilaaha Illallaah”

     

    Source: Noraini Manap

  • Kenapa Kita Dilarang Duduk Atas Kubur? Ini Alasannya.

    Kenapa Kita Dilarang Duduk Atas Kubur? Ini Alasannya.

    Kubur menjadi tempat tinggal terakhir bagi manusia yang meninggal dunia. Di sana, jenazah akan memasuki fasa alam barzah dan menunggu hari kiamat tiba. Tidak ada yang tahu, bagaimana keadaan mayat saat berada di sana.Semuanya menjadi rahsia Allah. Pada waktu tertentu, biasanya keluarga akan mengunjungi kubur untuk menziarahi ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Hal ini dilakukan untuk mendoakan atau sekadar membersihkan kawasan kubur saja. Namun dalam pelaksanaan aktiviti itu manusia sering kali melakukan hal yang salah atau dilarang.

    Salah satunya adalah menduduki atau melangkahi kuburan yang bukan milik keluarganya. Ternyata hal ini sangat dilarang oleh Rasulullah. Larangan duduk di atas kubur karena seperti itu termasuk menghinakan kubur. Dari hadits Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

    لَأَنْ يَجْلِسَ أَحَدُكُمْ عَلَى جَمْرَةٍ فَتُحْرِقَ ثِيَابَهُ فَتَخْلُصَ إِلَى جِلْدِهِ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَجْلِسَ عَلَى قَبْرٍ

    “Seandainya seseorang duduk di atas bara api sehingga membakar pakaiannya sampai kulitnya, itu lebih baik baginya dibandingkan duduk di atas kubur.” (H.R Muslim, no. 1612). Hadits ini menunjukkan bahwa duduk di atas kubur termasuk dosa besar karena ancaman yang keras seperti ini.

    Makhluk yang bernyawa pasti akan mengalami kematian. Tidak perlukan waktu lama, jasad tanpa nyawa ini harus dimakamkan di tempat terakhir mereka di kubur. Tidak ada lagi teman di sana. Sahabat sejati pergi, bahkan keluarga pun tidak mahu menemani. Bila waktu telah memanggil, maka teman sejati hanya tinggal amal. Berdasarkan pendapat majoriti Ulama, gambaran syurga dan neraka itu terjadi di barzakh, dan itu merupakan dalil penetapan adanya siksa kubur. Bagi mereka yang beriman dan bertakwa selama hidup, maka akan merasakan nikmat kubur. Namun jika sebaliknya yang dilakukan, maka mereka merasakan kubur seperti di neraka.

    Beruntung jika yang dirasakan oleh mayat ini adalah nikmat kubur. Namun begitu siksanya bagi mereka yang mendapatkan azab. Mereka merasakannya siang dalam malam. Seperti yang dijelaskan Allah dalam Alquran. Bagaimana laknatullah, Firaun disiksa oleh Allah pagi dan petang. “Maka Allah memeliharanya dari kejahatan tipu daya mereka, dan Fir’aun beserta kaumnya dikepung oleh azab yang amat buruk. Kepada mereka ditunjukkan neraka pada pagi dan petang, dan pada hari terjadinya kiamat, (dikatakan kepada malaikat), ‘Masukkanlah Fir’aun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras.’” (QS. Al-Mu’min [40]: 45-46).

    Hal inilah yang mungkin juga dialami oleh saudara kita sesama muslim yang telah meninggal. Lalu kita dengan mudahnya ketika datang ke kubur mendudukinya atau bahkan melangkahinya. Rasulullah SAW bersabda yang artinya: “Janganlah kalian duduk di atas kubur dan jangan solat menghadap kepadanya,” (Diriwayatkan Muslim).

    Rasulullah juga bersabda, “Seandainya salah seorang dari kalian duduk di atas bara api kemudian bara api tersebut membakar pakaiannya dan mengenai kulitnya, itu lebih baik baginya daripada duduk di atas kuburan,” (Diriwayatkan Muslim). Berdasarkan hadist di atas, majoriti ulama menyatakan bahawa hukum duduk di atas kuburan adalah makruh. Tindakan ini dianggap sebagai sikap tidak hormat kepada si mayat. Sementara itu Imam Abu Zakariya Muhyiddin Yahya Ibnu Syaraf Al-Nawawi menegaskan bahawa tidak hanya duduk diatas kubur muslim yang dihukumkan makruh begitu juga memijaknya kecuali kerana adanya keperluan yang mendesak (hajat).

    Misalnya kerana tidak boleh sampai pada kubur yang dituju semasa melaksanakan ziarah kubur kecuali dengan melalui dan memijak kubur lain, maka hukumnya adalah boleh (tidak makruh) demikian juga duduk diatas kubur yang dianggap mayat yang ada didalam kuburan tersebut telah hancur dan tidak tersisa lagi, maka hukum duduk diatas kuburan yang semacam itu adalah boleh (tidak makruh). Imam Nawawi juga menyatakan bahwa bermalam dikubur adalah makruh kerana hal itu (bermalam dikuburan) dapat menyebabkan kekacauan. Imam Syihabuddin Ahmad Ibnu Ahmad Ibnu Salamah Al-Qulyubi juga menambahkan bahawa hukum buang air besar dan buang air kecil diatas kuburan orang muslim adalah haram. Saudara seiman, kita tidak pernah tahu apa yang sedang terjadi didalam kubur si mayat yang kita duduki atau pijak itu. Kita hanya tahu, bahawa kubur ini seperti rumah, menjadi tempat tinggal jenazah yang sudah wafat.

    Wallahua’lam

     

    Source: VM

  • Ingat Mati

    Ingat Mati

    Siapa yang pernah ada kematian dalam family, akan faham sangat apa tu sebenarnya nasihat “ingat mati”.. Siapa yang pernah nampak the end to end process.. cara uruskan jenazah family members.. Siapa yang pernah nampak someone yang very much alive.. tiba2 kaku.. biru.. Try kejut si mati tu..

    “Betul ke kau da mati? Betul ke.. takkan la.. kau muda lagi”

    Dia da takkan respond lagi.
    Badan dia da expired.
    Badan dia ni defective ke?
    Muda nya da tak boleh pakai lagi..
    Tutup mata.. and imagine hari terakhir kita pulal kat atas muka bumi ni..

    Kita semua akan mati..
    Kita semua ada title bakal “jenazah”..
    Kita semua bakal lepak kat pusara aman.. atau abadi..
    15 years lepas tu, waris kita.. kalau ada..
    Kalau takde.. someone akan gali kubur kita..
    Kumpulkan tulang2 kita..
    And masukkan dalam liang lahad baru..

    Apa ada pada kita masa tu?
    Nak kerek dengan kecantikan?
    Kerek ar..
    Nak bangga dengan position, education, harta and pangkat..
    Anak Sultan ke anak pengemis ke..
    Satu hari akan jadi tulang..

    Kita hidup kat dunia mungkin paling lama pon 60 tahun. Orang sekarang da tak hidup lama.
    Aku ngan kau ni, mungkin tak jumpa hari tua.
    Mungkin tak jumpa pon hari esok..

    Jangan biarkan urusan dunia ni tergantung..
    Maafkan salah orang pada kita..
    Hutang kasi settle..
    Jangan hurt orang..
    Biar orang buat kita..
    Selalu present the best version of ourselves pada orang..
    Konon2 ni la hari terakhir aku..
    Ni yang terbaik aku dapat layan kau..

    Kita ni roh yang berpakaian jasad..
    Takde makna rupa and body yang cantik.. yang hot.. tergelek sana.. tergelek sini..
    Jadi idaman mana2 lelaki..
    Kalau dahi, hidung..
    Tapak tangan.. lutut..
    Dan jari2 kaki..
    Tak pernah sentuh tanah..
    Takde makna rambut ikal mayang..
    Kalau taknak ikut perintah Allah untuk tutup.
    Takde makna anak2 yang ramai..
    Kalau tak bagi didikan agama yang cukup..

    Hari mati kita, anak2 sibuk update kat FB..
    Konon rindu bila kita da takde..
    Setakat rindu je nak buat apa..
    Aurat taknak tutup..
    Berpelukan dengan boyfriend kat tanah kubur..
    Konon sedih.. rindu..

    Makin lama.. makin kurang kepercayaan kita pada alam kubur..
    Dan alam akhirat..
    Makin lama.. makin tak kisah..
    Jangan sampai hari mati kita, baru mata kita “terbukak”..
    Baru nak percaya..
    Rupanya betul benda2 ni semua..
    Allah tak tipu..
    Rasulullah SAW pon tak tipu..
    Aku je yang selama ni tertipu..

     

    Source: Khainis

  • Maklumat Penting Mengenai 35,000 Kubur Islam Yang Terjejas Di Pusara Abadi

    Maklumat Penting Mengenai 35,000 Kubur Islam Yang Terjejas Di Pusara Abadi

    35,000 kubur orang-orang Islam di Pusara Abadi akan terjejas dengan proses penggalian semula dan pengambilan tapak tanah bagi projek perluasan Pangkalan Udara Tengah, di bahagian barat laut Singapura.

    45,500 kubur Cina juga akan terjejas dalam proses itu, menjadikan kesemuanya 80,500 kubur terjejas di Choa Chu Kang.

    Ini diumumkan secara bersama dalam satu kenyataan media hari ini (18 Jul) oleh Kementerian Pembangunan Negara (MND), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Penguasan Tanah Singapura (SLA).

    MULAI SEPTEMBER INI, 5,000 KUBUR ISLAM BOLEH DITUNTUT

    Mulai September ini, sebanyak 5,000 kubur orang Islam di Pusara Abadi, dan 45,000 kubur orang Cina, akan menjalani mendaftaran untuk dituntut.

    Proses tuntutan dan pendaftaran itu melibatkan plot-plot kubur Pusara Abadi bagi Blok 19 dan Blok 20.

    Kesemua kubur itu sudah memenuhi tempoh pengebumian selama 15 tahun.

    Notis bagi penggalian lagi 30,000 kubur orang Islam akan keluarkan kemudian, setelah kubur-kubur itu juga mencapai tempoh pengebumian 15 tahun.

    (Gambar kawasan kubur Islam yang terjejas bewarna hijau dan kuning Gambar: NEA) 

    30,000 kubur itu terletak di blok-blok berikut:

    Blok 15
    Blok 21
    Blok 22
    Blok 25
    Blok 26
    Blok N-1-1
    Blok N-1-2
    Blok N-1-3
    Blok N-1-4

     

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Abdul Rahman Mohamed: Hukum Membuat Dapur Kubur

    Abdul Rahman Mohamed: Hukum Membuat Dapur Kubur

    Kemusykilan Rakyat

    Hukum Membuat Dapur Kubur dan Tanya MUIS

    Soalan
    Baru2 ini ada satu keluarga yg kematian ibunya, sebahgian adik beradik mahukan agar kubur ibunya itu dibina dapur seperti yg dilakukan ke atas kebanyakkan kubur2 yg berada di tanah perkuburan sedang sebahgian tidak bersetuju

    Terjadi semacam pertelingkahan dikalangan adik beradik tersebut dan ada di antara mereka katanya telah menghubungi Hotline Muis dan diberi tahu oleh ‘ustaz’ yg menjawab agar jangan terpengaruh dengan asatizah yg diluar sana yg telah ‘rusak’ akidahnya dengan mengatakan ini bid’ah itu bid’ah dan membuat dapur di atas kubur pun bid’ah!

    Kesimpulan katanya, ‘ustaz Muis’ mengatakan boleh sahaja membelanjakan duit utk membina dapur kuburan.

    Saya menjawab masalah ini dengan 2 kenyataan.

    Pertama: Jika benar adanya ‘ustaz Muis’ yg berkata sebegitu maka “celakalah” ke atas ‘ustaz’ tersebut! Jika engkau membuat kenyataan sedemikian berdasarkan kejahilan maka seharusnya engkau tidak layak utk berada ditempat sedemikian utk mengelirukan dan menyesatkan orang lain. Jika engkau mengatakan sedemikian adalah kerana mahu menyembunyikan kebenaran dan haq, maka itu lebih celaka lagi!

    Sila renungkan salah satu hadits antara banyak2 hadits yg menyebut tentang larangan meninggikan kubur melebihi sejengkal.

    Makruh tahrim meninggikan kubur dan membuat binaan di atasnya sebagaimana yang dibuat oleh kebanyakan orang hari ini. Menurut sunnah bahawa kubur tidak boleh ditinggikan melebihi sejengkal dari paras tanah. Hal ini berdasarkan hadith, daripada Ali bin Abu Talib RA, katanya, Abu al-Hayyaj al-Asadiy berkata:

    أَلاَّ أَبْعَثُكَ عَلَى مَا بَعَثَنِى عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ لاَ تَدَعَ تِمْثَالاً إِلاَّ طَمَسْتَهُ وَلاَ قَبْرًا مُشْرِفًا إِلاَّ سَوَّيْتَهُ

    Maksudnya: “Aku menyampaikan pesanan Rasulullah SAW kepadaku bahawa jangan ditinggalkan patung-patung kecuali setelah engkau hancurkannya, begitu juga dengan kubur yang binaannya tinggi kecuali setelah engkau ratakannya.”

    Kedua: Jika kenyataan yg sedemikian adalah dia’yah sebahgian adik beradik keluarga tersebut utk menurut hawa nafsu mereka dengan cara menfitnah MUIS maka celakalah ke atas orang yg telah membuat fitnah tersebut.

    Nota Tambahan
    Dalam kitab al-majmu’, an-Nawawi Rahimahullah dengan jelas mengatakan:

    قال أصحابنا رحمهم الله : ولا فرق فى البناء بين أن يبنى قبة أو بيتا أو غيرهما ، ثم ينظر فإن كانت مقبرة مسبلة حرم عليه ذلك ، قال أصحابنا ويهدم هذا البناء بلا خلاف… وإن كان القبر فى ملكه جاز بناء ما شاء مع الكراهة ولا يهدم عليه
    Ertinya: Sahabat-sahabat kami Rahimahumullah berkata: “Tidak ada beza dalam membina binaan itu di antara membina kubah atau rumah atau selain keduanya. Kemudian hendaklah diperhatikan, jika tanah perkuburan itu adalah perkuburan musabbalah (tanah perkuburan orang awam) adalah haram ke atasnya berbuat sedemikian: Sahabat-sahabat kami berkata (lagi): “Dan hendaklah dirobohkan binaan tersebut tanpa ada pertikaian (para sahabat-sahabat kami)… (Al-Majmu’: 5/260)

    Hukum haram mendirikan sebarang binaan yang tersebut di atas juga adalah berdasarkan kepada hadits Jabir Radhiallahu ‘anhu katanya:

    نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يجصص القبر وأن يقعد عليه وأن يبنى عليه
    (رواه مسلم)

    Maksudnya: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam menegah daripada diplaster kubur dan diduduki di atasnya serta dibina binaan di atasnya.

     

    Source: Abdul Rahman Mohamed