Ingat Mati

Siapa yang pernah ada kematian dalam family, akan faham sangat apa tu sebenarnya nasihat “ingat mati”.. Siapa yang pernah nampak the end to end process.. cara uruskan jenazah family members.. Siapa yang pernah nampak someone yang very much alive.. tiba2 kaku.. biru.. Try kejut si mati tu..

“Betul ke kau da mati? Betul ke.. takkan la.. kau muda lagi”

Dia da takkan respond lagi.
Badan dia da expired.
Badan dia ni defective ke?
Muda nya da tak boleh pakai lagi..
Tutup mata.. and imagine hari terakhir kita pulal kat atas muka bumi ni..

Kita semua akan mati..
Kita semua ada title bakal “jenazah”..
Kita semua bakal lepak kat pusara aman.. atau abadi..
15 years lepas tu, waris kita.. kalau ada..
Kalau takde.. someone akan gali kubur kita..
Kumpulkan tulang2 kita..
And masukkan dalam liang lahad baru..

Apa ada pada kita masa tu?
Nak kerek dengan kecantikan?
Kerek ar..
Nak bangga dengan position, education, harta and pangkat..
Anak Sultan ke anak pengemis ke..
Satu hari akan jadi tulang..

Kita hidup kat dunia mungkin paling lama pon 60 tahun. Orang sekarang da tak hidup lama.
Aku ngan kau ni, mungkin tak jumpa hari tua.
Mungkin tak jumpa pon hari esok..

Jangan biarkan urusan dunia ni tergantung..
Maafkan salah orang pada kita..
Hutang kasi settle..
Jangan hurt orang..
Biar orang buat kita..
Selalu present the best version of ourselves pada orang..
Konon2 ni la hari terakhir aku..
Ni yang terbaik aku dapat layan kau..

Kita ni roh yang berpakaian jasad..
Takde makna rupa and body yang cantik.. yang hot.. tergelek sana.. tergelek sini..
Jadi idaman mana2 lelaki..
Kalau dahi, hidung..
Tapak tangan.. lutut..
Dan jari2 kaki..
Tak pernah sentuh tanah..
Takde makna rambut ikal mayang..
Kalau taknak ikut perintah Allah untuk tutup.
Takde makna anak2 yang ramai..
Kalau tak bagi didikan agama yang cukup..

Hari mati kita, anak2 sibuk update kat FB..
Konon rindu bila kita da takde..
Setakat rindu je nak buat apa..
Aurat taknak tutup..
Berpelukan dengan boyfriend kat tanah kubur..
Konon sedih.. rindu..

Makin lama.. makin kurang kepercayaan kita pada alam kubur..
Dan alam akhirat..
Makin lama.. makin tak kisah..
Jangan sampai hari mati kita, baru mata kita “terbukak”..
Baru nak percaya..
Rupanya betul benda2 ni semua..
Allah tak tipu..
Rasulullah SAW pon tak tipu..
Aku je yang selama ni tertipu..

 

Source: Khainis

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *