Tag: kulat

  • Rumah Shah Iskandar Dipenuhi Kulat

    Rumah Shah Iskandar Dipenuhi Kulat

    KUALA LUMPUR: Kediaman yang selama ini menjadi tempat berteduh dan berlindung bertukar menjadi penuh berkulat selain lembap akibat kebocoran di bahagian siling rumah membuatkan pelakon Shah Iskandar tidak keruan jadinya.

    Hal itu disedari Shah yang juga pemenang trofi Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2013 sekembalinya beliau dari penggambaran drama di Cherating, Pahang selama dua hari.

    Shah mengakui terpaksa meminta jasa baik produksi Zeel Production hari ini untuk mengecualikan dirinya daripada menjalani penggambaran drama Bib bagi menguruskan masalah kondominium yang didiaminya di Damansara Perdana.

    “Saya sendiri jadi geli tengok baju, sofa, kasut dan beg contohnya tumbuh kulat. Selalunya saya ingat paip di sinki akan bocor yang menyebabkan berlakunya lantai basah. Ini kebocoran berlaku dari atas siling. Peliknya hanya saya yang mengalaminya.

    “Sejak pagi tadi saya terpaksa bertemu pihak pengurusan kondominium untuk menyelesaikan masalah ini. Tapi hanya petang tadi, saya mendapat perkembangan terkini apa tindakan pihak mereka selanjutnya. Itupun selepas kali kedua saya ke pejabat mereka.

    “Akhirnya pihak pengurusan menjelaskan berlaku kebocoran paip dari atas siling. Mereka akan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.

    “Saya pula terpaksa mengetepikan barang di satu sudut supaya tidak lagi ditimpa air. Berkemungkinan saya kena tidur hotel malam ini,” katanya yang turut terpaksa memindahkan dua kucing peliharaan ke tempat lain sehingga rumahnya bersih seperti sedia kala.

    Source: bharian.com.my

  • Roti Hotdog Giant Berkulat Dan Berulat!

    rotiulatgiant1

    Menggelikan… itulah perasaan apabila pertama kali melihat gambar-gambar roti sosej yang diupload oleh seorang pengguna facebook di dalam akaun peribadinya.

    Puan Bie Jackson mendakwa roti sosej yang dibeli suaminya telah berkulat dan berulat. 6 keping gambar yang dimuatnaik beliau turut menunjukkan tanda harga pasaraya Giant. Lokasi Pasaraya Giant tersebut terletak di Kelombong, Sabah.

    rotikulatgiant_1

    “Suami membeli roti ini di kedai yg tertera d kolombong. Dgn harga rm5. Malangnya sesampai ja d rumah kita ingin menjamunya kelihatan hot dog yg d gunaan suda berkulat yg lebi malang berulat. Nasib la aku ni jenis keluarkan sosej dr roti br mkan. Dgn itu boikot giant utk roti jenis ini.” Menurut Caption dalam gambar tersebut

    Melalui tinjauan kami, gambar-gambar tersebut telah mencecah lebih 2000 share. Pihak pengurusan Giant perlu memberikan respon segera mengenai kejadian ini kerana ia pasti memberikan reputasi buruk kepada pasaraya terkenal itu

    rotikulatgiant2rotikulatgiant3

    Sumber: Nescafeais & Tengok TV Online