Tag: makanan

  • Ahmad Stokin: Usah Bertelagah Tentang Isu Halal/Haram Di Bazaar Ramadan, Ada Isu-Isu Lebih Penting Untuk Masyrakat Tangani

    Ahmad Stokin: Usah Bertelagah Tentang Isu Halal/Haram Di Bazaar Ramadan, Ada Isu-Isu Lebih Penting Untuk Masyrakat Tangani

    Pd pandangan ambo masaalah “halal/haram” tu doh jadi masaalah individu. Dlm keadaan mcm ni kita bertelagah sesama sendiri pong tak guna ya tak. Pasai apo, silap nyo kito2 sendiri tak bersatu padu,tak bersatu hati. 30% kita tak setuju dongan cara masaalah ni di tangani, tapi 70% tak kesah langsong,Lagi pong dari pihak atas2 lagi tak pernah ada “aturan ketat” yg di kenakan dan sebahgian peniaga2 ni pong amek kesempatan nak cari untung jln mudah.

    Ada komen2 yg kito terbaca, yg meroyan tak tentu hala, tuduh 2 dan salahkan pihak2 tertentu. Soalan ambo salah siapo sebonarnyo ni.
    Pendapat ambo, salah kito2 lah. Antaronyo mungkin pendidikan ugama kito yg “asas” pon kito tak ado ya tak. apo ke tidak nyo, kalau ada komen yg “eleh yg penting nawaitu” hehehe ambo tanyo apo sebonarnyo nawaitu ko tu dik?

    Soalan ambo : Apo bezanyo gerai berkenaan dibazaar yg tak ado sitikepit halal dongan gerai/warong/kedai prata rojak meegoreng n briyani si muthusami yg selama ini org2 kita langgani bertahun2 lamanya??? (wajib jawap tau) kehkehkeh

    Cara kita tangani masaalah ini dgn mudah ialah kalau kita tau satu2 gerai tu menjual barangan yg tak halal, kita bersatu hati STOP jangan langgani gerai tu, “Tak ada pelanggan KOMPOM tutup bisnis dia” kankankan. Jadi kunci nya tu saja “bersatu hati” lah kita.

    P/s ambo lebeh suko kalau kita lebeh pikirkan, lebeh perihatin tentang issue “TUDUNG” kita. Apasal ramai yg tak peduli? Apasal perjuangan terbengkalai separuh jalan, doh bertahun tahun pon kan.

    Ohhhh Pelisssss jgn ckp itu masaalah lain ok,itu tetap masaalah kita.

    Selamat berbuka nanti maghrib (pd yg puasa lahhhhh) hehe

     

    Source: Ahmad Stokin

  • Nasi Lemak Wak Kentut Antara 40 Nasi Lemak Terbaik Malaysia

    Nasi Lemak Wak Kentut Antara 40 Nasi Lemak Terbaik Malaysia

    KUALA LUMPUR: Nasi Lemak, gabungan citarasa pelbagai kaum, menjadi hidangan yang digemari semua lapisan masyarakat.

    Malah, makanan itu turut mendapat tempat di hati pelancong asing.

    Namun, Nasi Lemak dari kawasan yang berbeza mempunyai keunikannya tersendiri sama ada dari segi rasa dan cara penyediaannya.

    INISIATIF ‘I EAT NASI LEMAK’

    Bagi memperkenalkan keunikan itu, FriedChilies mengambil inisiatif memperkenalkan program ‘I Eat Nasi Lemak’ yang mengumpulkan 40 penjual atau pembekal nasi lemak terbaik dari seluruh Malaysia.

    Acara yang dianjurkan buat kali ketiga dan bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir 5.00 petang tadi (5 Nov). Pesta nasi lemak itu berjaya menarik kehadiran sekuarng-kurangnya 15,000 penggemar hidangan tersebut ke Pusat Konvensyen TM.

    Salah satu perniagaan nasi lemak, Nasi Lemak Angah. (Gambar: FB FriedChilies)

    Ketua Pegawai Eksekutif FriedChilies, Mohd Adly Rizal berkata lebih 100 perniagaan nasi lemak dari seluruh negara dinilai sebelum dipilih bagi menyertai acara itu tahun ini.

    “Kami mengambil masa tiga bulan mencari dan mencuba nasi lemak untuk dapatkan 40 yang terbaik,” katanya kepada Bernama.

    KENTUT BUKAN SEBARANG KENTUT

    Encik Mohd Adly berkata antara ‘hero’ nasi lemak yang dibawa khas daripada luar Kuala Lumpur adalah Nasi Lemak Wak Kentut (Kulai), Nasi Lemak Ujong Pasir dari Melaka, Nasi Lemak Habib (Batu Pahat), dan Che Pah Corner.

    “Kami menjangkakan lebih 38,000 pinggan nasi lemak termasuk lauk disediakan bagi acara ini,” katanya.

    Nasi Lemak Wak Kentut antara gerai yang mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung dalam program ‘I Eat Nasi Lemak’ itu.

    Pengunjung yang beratur panjang untuk mencuba nasi lemak Wak Kentut. (Gambar: FB FriedChilies)

    PEMBELI TETAP MAHUKAN ‘KENTUT’

    Menurut pengusahanya Suhirah Sabarin, 39 tahun, perniagaan dan nama unik itu diwarisi daripada bapanya yang diberi gelaran Wak Kentut oleh penduduk sekitar Kulai, Johor.

    “Kami pernah mahu menukar nama, namun pelanggan tetap kami tidak setuju kerana nama itu sudah sebati dalam ingatan mereka.

    “Keistimewaannya adalah nasi lemak itu sendiri diperbuat daripada santan asli yang menjadikannya lebih lemak dan wangi, selain ayam goreng rangup,” katanya.

    Ayam goreng di gerai nasi lemak Warung Rindu. (Gambar: FB FriedChilies)

    NASI LEMAK BANTU GOLONGAN MISKIN

    Bagi pengasas ‘The Nasi Lemak Project’, Mastura M.Rashid, 26 tahun, menjual nasi lemak bukan hanya semata-mata mahu mengaut keuntungan, tetapi beliau turut membantu golongan miskin di bandar memulakan perniagaan mereka.

    “Di bawah projek ini, kami menggalakkan pendapatan isi rumah kurang daripada
    RM900 (S$290) sebulan mempelajari cara memasak dan berniaga nasi lemak bagi menampung kehidupan daif mereka.

    “Kami turut menjalankan perniagaan nasi lemak secara dalam talian, keuntungan itu digunakan dalam kerja-kerja amal membantu gelandangan dengan memberi tuisyen kepada kanak-kanak setinggan dan Projek Perumahan Rakyat,”
    katanya.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Harga Barangan Makanan Diturunkan Hampir 70% Di UAE

    Harga Barangan Makanan Diturunkan Hampir 70% Di UAE

    ABU DHABI: Harga bagi 5,000 barangan makanan akan dikurangkan sehingga 70 peratus di pasar-pasar raya di serata Amiriah Arab Bersatu (UAE) sepanjang Ramadan ini.

    Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Ekonomi UAE, menurut laporan akhbar tempatan, The National.

    Langkah-langkah lain bagi memastikan harga barangan makanan terus rendah pada bulan puasa termasuk lebih banyak import, perjanjian dengan para pembekal dan ratusan pemeriksaan yang akan dijalankan, kata pengarah jabatan perlindungan pengguna kementerian itu, Dr Hashem Al Nuaimi.

    Potongan harga dan subsidi bagi 5,000 barangan makanan itu bernilai Dh250 juta (S$92 juta), kata Dr Al Nuaimi.

    Menurut The National, Dr Al Nuaimi berkata, pihaknya mengadakan mesyuarat dengan 55 pembekal barangan makanan asas, seperti beras, tepung, minyak, jus dan susu, serta dengan 540 pasar raya dan cawangan lain untuk menggesa mereka menaikkan jumlah import.

    Ini, katanya, agar keperluan yang meningkat semasa Ramadan dapat dipenuhi namun pada masa yang sama, memastikan harga barangan makanan kekal rendah.

    Pihaknya juga merancang untuk menjalankan lebih 400 pemeriksaan terhadap pasar-pasar di UAE untuk memastikan para peruncit memberikan diskaun tersebut.

    Potongan harga pada barangan makanan pada Ramadan kali ini, adalah lebih tinggi berbanding Ramadan lalu, kata ketua pegawai operasi Almaya Supermarkets, Bejoy Thomas.

    Encik Thomas ditukil The National sebagai berkata, pihaknya mengurangkan harga beberapa barangan makanan asas seperti beras, minyak, produk susu dan ayam beku sebanyak 50 hingga 70 peratus menjelang Ramadan.

    Ini katanya, hasil harga komoditi yang lebih rendah, pengurangan kos pengedar dan usaha secara bersama oleh para peruncit.

    Menurut The National, warga UAE, Mohammed Al Dhaheri, 73 tahun, memuji langkah pemerintah namun katanya, jarang melihat harga makanan dikurangkan semasa bulan Ramadan.

    “Setiap tahun kita dengar harga akan dikurangkan, tetapi sebenarnya, harga tidak pernah turun,” katanya.

    Source: http://berita.mediacorp.sg