Tag: Makkah

  • Suami Isteri Berbasikal Ke Makkah Sudah Lepasi 11 Negara, Tinggal 1 Negara Untuk Sampai Destinasi

    Suami Isteri Berbasikal Ke Makkah Sudah Lepasi 11 Negara, Tinggal 1 Negara Untuk Sampai Destinasi

    Sepasang suami isteri Melayu yang sedang dalam perjalanan menunaikan ibadah umrah dengan sekadar mengayuh basikal sahaja, bakal mencapai hajat mereka tidak lama lagi setelah mengembara sembilan bulan lamanya.

    Ya, pasangan rakyat Malaysia itu – Encik Ahmad Mohd Isa, 27 tahun dan isterinya Noradilah Mohd Sapie, 28 tahun memilih untuk mengayuh kenderaan dua roda itu sahaja ke tanah suci.

    Sebelum ini, pasangan itu dilaporkan nekad mencabar keupayaan mereka melakukan ekspedisi berbasikal ‘Kembara Memburu Hikmah’ (KMH), dengan mengayuh basikal dari Malaysia ke Makkah sejauh 17,000 kilometer.

    Setelah bertolak dari Malaysia, mereka perlu melalui 13 buah negara lain dalam tempoh sembilan hingga 12 bulan – iaitu Thailand, Myanmar, India, Nepal, Pakistan, China, Kyrgyzstan, Kazakhstan, Uzbekistan, Afghanistan, Iran, UAE, sebelum menjejakkan kaki ke Arab Saudi selaku negara ke-13.

    Encik Ahmad Mohd Isa dan isterinya Noradilah Mohd Sapie ketika di Khazakhstan.

    TINGGAL 1 NEGARA UNTUK SAMPAI MAKKAH

    Dalam wawancara menerusi kiriman emel dengan BERITAMediacorp, pasangan itu memberitahu bahawa mereka kini sudah berada di Afghanistan, negara ke-11 daripada 12 negara yang perlu dilalui. Ini bermakna tinggal lagi 1 negara perlu direntasi sebelum tiba di Arab Saudi.

    “Alhamdulillah, selama 27 hari kami di Uzbekistan iaitu dari 11 Disember 2016 hingga 6 Januari 2017, sekarang kami sudahpun berada di Afghanistan. Insya Allah, mengikut perancangan kami, perjalanan seterusnya (mengikut urutan) adalah Iran, Amiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi,” kata mereka.

    Menurut Encik Ahmad dan Cik Noradilah, antara cabaran besar yang mereka lalui sepanjang pengembaraan itu adalah masalah komunikasi dengan masyarakat di sesebuah negara.

    “Bahasa yang mereka tuturkan seperti Urdu, Uighur, Parsi dan Bahasa tempatan lain tidak dapat diterjemahkan menggunakan mana-mana aplikasi di internet.

    “Mereka pula kebanyakannya tidak memahami bahasa Inggeris atau Arab. Maka ini menyulitkan komunikasi antara kami untuk saling bertukar-tukar pandangan,” pasangan itu memberitahu BERITAMediacorp.

    Encik Ahmad Mohd Isa dan isterinya Noradilah Mohd Sapie ketika di Kyrgystan.

    PERTAMA KALI BERBASIKAL PADA MUSIM SALJI

    Sungguhpun begitu, pengalaman yang diraih ada juga yang memberi kesan mendalam kepada pasangan yang memang ‘kaki basikal’ dan membesar dengan berbasikal daripada zaman sekolah hingga ke universiti.

    Di laman Facebook KMH, pasangan itu berkongsi “pengalaman hebat” ketika berbasikal pada musim salji di Kazakhstan – menerusi video yang dimuat naik – kerana itulah kali pertama mereka bergelumang dengan salji!

    Ternyata bukan mudah kerana mereka beberapa kali tergelincir. Namun menurut pasangan berkenaan ia “membuatkan hati mereka semakin kental untuk meneruskan perjalanan”.

    “MAKANAN TIDAK PUTUS-PUTUS”

    Selain itu layanan baik yang diterima cukup membuatkan mereka tersentuh.

    “Pelbagai bentuk layanan dan bantuan yang di luar jangkaan kami terima daripada insan-insan berhati mulia sepanjang perjalanan ini dan semuanya membuat kami tersentuh.

    “Sejak memasuki negara-negara ‘STAN’ (Pakistan, Kyrgyzstan, Kazakhstan, Uzbekistan, Afghanistan, Kazahstan), rezeki dalam bentuk makanan tidak putus-putus. Kami tidak sempat untuk berasa lapar.

    “Setiap kali dijemput makan, makanan penuh terhidang atas meja, kata mereka, ini adalah adat budaya mereka untuk memanjakan tetamu dengan pelbagai jenis hidangan.

    “Semoga Allah merahmati hidup mereka yang memberikan bantuan, sokongan dan mendoakan kami sama ada kami tahu atau tidak. Setiap kebaikan itu ada balasan dan rahmat di sisiNya.”

    MAHU “SUJUD SYUKUR DEPAN KAABAH”

    Setelah sekitar sembilan bulan perjalanan mereka, iaitu sejak April 2016, kini Cik Noradilah dan suaminya semakin hampir ke destinasi utama, yang diidam-idamkan setelah sekian lama.

    Ketibaan mereka di Makkah nanti pasti menjadi satu detik bersejarah dalam kehidupan mereka dan tiada tolok bandingnya.

    BERITAMediacorp diberitahu sebaik sahaja menjejakkan kaki di Makkah, perkara pertama yang ingin dilakukan adalah “bersujud syukur di hadapan Kaabah”.

    RINDU DAKAP IBU BAPA

    Encik Ahmad dan Cik Noradilah dijangka berada di Makkah menunaikan umrah selama dua minggu sebelum pulang ke pangkuan keluarga tercinta di Malaysia.

    “Kami rindu sekali menjejakkan kaki ke tanah air sendiri selepas ke tanah suci Makkah dan Madinah. Selain itu kami juga rindu ingin mendakap kedua-dua ibu bapa kami yang tidak putus-putus mendoakan perjalanan kami agar sentiasa lancar dan selamat,” luah pasangan kembara ini.

    Encik Ahmad Mohd Isa dan isterinya Noradilah Mohd Sapie ketika di Nepal.

    Selain melakukan misi kemanusiaan di setiap negara yang dijelajah, pasangan suami isteri itu turut membawa cabaran merekod data berkaitan sejarah, budaya dan kehidupan masyarakat Islam.

    Turut mengiringi misi KMH itu ialah Mohd Nur Aiman Mohd Zaid, 27 tahun, dan Amirul Ariff Abd Wahab, 28, yang bertindak sebagai kru penggambaran video.

    Perkembangan semasa ekspedisi itu boleh diikuti melalui facebook Kembara Memburu Hikmah.

    Encik Ahmad dan Cik Noradilah yang berasal dari Selangor, dijangka menamatkan misi itu dan tiba di Masjidil Haram pada April 2017.

     

     

    Source: BeritaMediacorp

  • Puak Houthi Tembak Peluru Berpandu Ke Arah Makkah, Perbuatan Dikutuk Keras

    Puak Houthi Tembak Peluru Berpandu Ke Arah Makkah, Perbuatan Dikutuk Keras

    Enam anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) menerajui kutukan keras terhadap serangan peluru berpandu Khamis lalu (27 Okt) dilancarkan kumpulan militan Houthi Yaman ke kota suci Makkah.

    Saudi Gazette melaporkan GCC menyatakan serangan Houthi terhadap Makkah adalah “bukti penolakan mereka untuk mematuhi masyarakat antarabangsa dan keputusannya”.

    Menteri Ehwal Luar Amiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Abdullah Bin Zayed, seorang anggota pakatan Arab dan GCC, menyalahkan Iran, yang menyokong Houthi.

    “Rejim Iran sedang menyokong kumpulan pengganas yang melancarkan roket ke Makkah. Adakah ini rejim Islam seperti yang didakwa?” katanya melalui Twitter.

    Bahrain juga mengutuk perkara itu semalam (28 Okt) melalui satu kenyataan dihantar ke Al Arabiya News Channel dengan menyatakan “menyasarkan tapak suci itu melambangkan penghinaan secara langsung kepada golongan Muslim merata dunia dan melahirkan kebencian dan jenayah agama bagi kumpulan militan.

    Qatar juga memberi respons dengan menyatakan pelancaran serangan peluru berpandu ke Makkah itu menghalang usaha untuk meleraikan krisis Yaman secara aman.

    Laporan Saudi Gazette menambah Majlis Shura Saudi turut mengutuk serangan peluru berpandu itu.

    Presiden majlis itu Sheikh Abdullah Al-Asheikh berkata serangan yang disokong ejen-ejen rejim Iran di Yaman adalah pencabulan kesucian Tempat Ibadah Allah.

    “Tindakan jenayah ini menyakiti perasaan lebih satu bilion Muslim merata dunia,” katanya sambil menambah tindakan sebegitu akan memperkukuhkan keazaman Kerajaan Arab Saudi itu untuk mengekang dan mengenal pasti sesiapa yang cuba untuk menyerang keselamatan negara dan rakyat negara itu.

    Pakatan Arab yang berjuang di Yaman menyatakan pada Khamis lalu bahawa ia memusnahkan peluru berpandu itu 65km dari bandar suci tersebut sebelum ia dapat menyebabkan sebarang kerosakan, dan membalas serangan itu di tapak pelancarannya di Yaman, menurut kenyataan tersebut yang ditukil Saudi Press Agency.

    Saudi Gazette menambah Houthi mengesahkan melancarkan peluru berpandu Burkan-1 ke Arab Saudi dalam satu kenyataan menerusi agensi medianya, tetapi menambah ia disasarkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah.

    Source: Berita MediaCorp

  • Cuaca Terik, Kering Cabaran Utama Jemaah Haji Singapura

    Cuaca Terik, Kering Cabaran Utama Jemaah Haji Singapura

    Kurang sehari sebelum bermulanya kemuncak ibadah haji, semua jemaah Singapura perlu bersiap sedia menghadapi cuaca yang semakin panas, lagi kering.

    Suhu di Padang Arafah semasa wukuf nanti dijangka mencapai sehingga 45 darjah Selsius, ketika jemaah haji akan paling terdedah kepada terik matahari di kawasan yang terbuka.

    Kalau cuaca waktu malam di Makkah boleh menjunam sehingga 30 darjah Selsius tetapi pada siang harinya suhu dalam musim panas sekarang boleh melebihi 40 darjah Selsius.

    Maka itu semua jemaah Singapura perlu membuat persiapan untuk tidak menghadapi pelbagai masalah yang berkaitan dengan keadaan panas terik dan kering.

    “Jemaah, cabaran mereka yang terbesar sekarang adalah masalah cuaca. Cuaca yang tidak menentu dan agak tinggi dan panas. Mereka juga perlu menyesuaikan diri kepada orang-orang yang baru mereka jumpa sebab cabaran kedua selain cuaca adalah manusia.

    “Dengan karenah manusia yang ramai, bagaimana untuk menjaga keselamatan diri. Yang ketiga adalah diri kita sendiri, bagaimana untuk mengawal diri sendiri kerana ini merupakan rukun Islam kelima, banyak memerlukan kesabaran,” ujar Ustaz Jallaluddin Hassan.

    Pada musim haji tahun lalu, lebih 1,000 kes strok haba atau “heat stroke” berlaku di kalangan para jemaah semasa kemuncak ibadah haji.

    Malah kajian Umrah dan Haji Arab Saudi menunjukkan musim-musim haji akan datang jatuh dalam musim panas bulan September, Ogos, Julai dan Jun di Saudi bagi tempoh 10 tahun akan datang.

    Maka itu, semua jemaah haji dinasihati agar menggunakan payung atau mengelakkan kawasan-kawasan terdedah seberapa mungkin.

    Keadaan disukarkan lagi oleh keadaan orang ramai yang sesak. Dianggarkan lebih dua juta orang akan menjalankan ibadah haji tahun ini.

    Jemaah Singapura seperti ramai jemaah haji merata dunia akan mula bergerak ke Mina untuk tarwiyah hari ini (9 September) dan ke Padang Arafah, esok (10 September).

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Antara Kelakuan Jemaah Haji Indonesia Buat Pegawai Haji Geleng Kepala

    Antara Kelakuan Jemaah Haji Indonesia Buat Pegawai Haji Geleng Kepala

    INDONESIA: Ibadah haji merupakan seruan Ilahi bagi umat Islam yang memiliki kemampuan baik dari segi kewangan ataupun jasmani.

    Namun, menurut pengalaman Panitia Penyelenggara Ibadah Haji (IPHI) Kota Cirebon, Indonesia, terdapat pelbagai kelakuan para jemaah dari negara itu yang boleh membuat sesiapa sahaja geleng kepala.

    Malah sebahagian daripadanya terpaksa melibatkan campur tangan polis.

    BAWA BERKOTAK-KOTAK ROKOK, UBAT KUAT UNTUK DIJUAL

    Menurut Ketua IPHI kota itu, Slamet, jemaah haji dari Indonesia, khususnya Jawa Barat adalah yang paling menyusahkan.

    Mereka seringkali membawa pelbagai barangan yang tidak perlu kerana mahu berjimat.

    Ada yang membawa periuk nasi, termos, berkotak-kotak rokok dan juga ‘ubat kuat’ untuk dijual di tanah suci.

    “Rokok dibawa berkotak-kotak. Demikian juga ubat kuat. Di tanah suci harganya mahal, jadi mereka boleh menjualnya dengan harga lima kali ganda berbanding harga di Indonesia,” menurut Encik Slamet.

    Selain itu, pernah juga terjadi pada tahun 2011, di mana seorang petugas ibadah haji (PPIH) di Arab Saudi menjumpai beras dan periuk nasi di dalam beg seorang jemaah yang berasal dari Solo.

    BAWA LEBIH 5 KILOGRAM BERAS, PERIUK NASI

    Ketua Sektor PPIH Arab Saudi, Aranto berkata, beg yang dibawa jemaah berkenaan terlalu berat.

    Rupa-rupanya, bukan sahaja pakaian, malah terdapat juga beras melebihi lima kilogram dan juga makanan kering serta telur.

    “Itu yang membuatkan beg beliau lebih berat berbanding beg-beg jemaah lain,” jelas Encik Aranto.

    Menurut salah seorang jemaah yang menginap di Hotel Holiday Villa, Madinah, jemaah itu membawa peralatan dan makanan tersebut bagi menyiapkan sarapan pagi setiap hari.

    “Kalau sarapan, beliau mahu masak mi segera atau nasi,” ujar jemaah tersebut.

    Pada tahun 2014, kerajaan Arab Saudi menetapkan undang-undang baru di mana para jemaah haji tidak dibenarkan memasak makanan sendiri.

    “Undang-undang dari kerajaan Arab Saudi dikuatkuasakan sebagai mencegah daripada kebakaran dan dimaklumkan kepada para jemaah Indonesia. Sekiranya jemaah haji tetap memasak nasi atau membawa masakan sehingga mengeluarkan aroma, sistem penggera akan berbunyi,” menurut Ketua Daker Makkah Endang Jumali.

    Meskipun begitu, masih terdapat jemaah haji dari Indonesia yang tidak bersetuju dengan undang-undang baru tersebut dan menentangnya.

    LANGGAR UNDANG-UNDANG BAWA MINUMAN KERAS

    Malah, seorang bakal jemaah haji yang akan berangkat ke tanah suci didapati membawa sekitar setengah liter minuman keras hasil penapaian yang dimasukkan ke dalam botol.

    Menurut jemaah berkenaan, minuman itu adalah ubat kuat, anti-penat supaya beliau lebih bertenaga untuk menjalankan ibadah haji di tanah suci.

    Minuman tersebut dijumpai petugas semasa melakukan pemeriksaan ke atas beg-beg jemaah, pada Jumaat (26 Ogos), lantas merampasnya sebagai bukti.

    Menurut seorang petugas bernama Avsec Bandara, jemaah yang membawa minuman keras itu merupakan seorang lelaki yang berasal dari Sulawesi Barat.

    Beliau menambah, minuman tersebut dirampas bukan sahaja kerana ia mengandungi alkohol malah ia boleh menyebabkan letupan di dalam pesawat.

    Selain minuman keras, petugas turut merampas beberapa barangan lain milik bakal jemaah.

    Source: berita.mediacorp.sg

  • Impian Meniggal Dunia Di Makkah Termakbul Bagi Seseorang Mangsa Kren Tumbang

    Impian Meniggal Dunia Di Makkah Termakbul Bagi Seseorang Mangsa Kren Tumbang

    IPOH: “Impian mak untuk meninggal dunia di Makkah termakbul,” kata anak ketiga Allahyarham Rusiah Suar, 56 tahun.

    Hariyanti Ahmad Badri, 31 tahun, berkata beliau reda kerana itu adalah ketentuan Ilahi.

    “Dia ada beritahu teringin sangat nak meninggal di Makkah. Kami reda sebab perkara itu memang diidamkan oleh umat Islam.

    “Saya menyangka itu adalah satu gurauan. Bagaimanapun sebagai anak saya sedih atas pemergiannya,” katanya kepada pemberita di kediamannya.

    Beliau berkata berita pemergian ibunya dimaklumkan kepada keluarganya oleh Tabung Haji (TH) yang datang ke rumah pada kira-kira 7.45 malam Ahad (13 Sep).

    “Pihak Tabung Haji beritahu menemui mayat ibu di sebuah hospital di Makkah, namun mereka tidak memaklumkan bagaimana insiden itu berlaku.

    Hariyanti berkata dia dimaklumkan TH akan menguruskan proses pengebumian ibunya di Makkah.

    Anak ketiga daripada lima beradik itu berkata rakan sebilik ibunya memaklumkan bahawa arwah rebah dan pengsan ketika insiden itu berlaku.

    “Selepas menerima berita insiden itu, saya meminta suami menelefon kawan ibu saya untuk bertanya keadaan yang berlaku dan dia memberitahu ketika melakukan saie, kren jatuh, mak saya terus rebah.

    “Ketika itu kawan-kawan mak nak tolong tetapi orang di sana tidak benarkan…selepas itu kawan-kawan mak terus terputus hubungan dengan mak,” katanya.

    Sementara itu, Nor Haizan, 34 tahun, berkata ibunya teruja untuk menunaikan ibadah haji.

    “Semasa di Tabung Haji Kelana Jaya, mak sempat bergurau dengan kami dan nampak dia teruja. Semasa melakukan persiapan, mak nak semua barang-barang keperluan baru dan dibeli awal,” katanya.

    Nor Haizan terkilan kerana pemergian ibunya seminggu sebelum Aidiladha sama seperti Allahyarham ayahnya yang menghembuskan nafas terakhir sehari sebelum Aidiladha pada 2007.

    “Saya reda kerana itu sudah ketentuan,” katanya sambil menambah solat jenazah ghaib telah dilakukan selepas maghrib semalam dan majlis tahlil akan dijalankan hari ini (14 Sep).

    Source: http://berita.mediacorp.sg