Tag: Malays

  • Sejarah Penting Kampung Tempe Di Singapura Dibongkar Dan Kini Dibukukan

    Sejarah Penting Kampung Tempe Di Singapura Dibongkar Dan Kini Dibukukan

    Bagi generasi muda Singapura, ramai yang biasa makan tempe, namun mungkin tidak pernah mendengar tentang Kampung Tempe. Mungkin mereka lebih biasa dengan nama Masjid Al-Huda?

    Sekitaran di mana terletaknya masjid tersebut sekarang, dahulunya merupakan kawasan Kampung Tempe, iaitu sebuah perkampungan kecil yang ditubuhkan pada awal tahun 1905 oleh sekumpulan orang Jawa.

    Kini, Kampung Tempe tinggal kenangan dan mungkin namanya hanya akan meniti di bibir para penduduknya.

    Namun, terdapat kisah-kisah menarik tentang Kampung Tempe yang perlu masyarakat tahu.

    Oleh itu, buku ‘Kampung Tempe – Suara-suara Dari Sebuah Kampung Melayu’ (Kampung Tempe – Voices from a Malay Village), yang menghimpunkan kisah-kisah menarik tentang kampung tersebut daripada bekas para penduduknya sendiri, diterbitkan.

    Menurut penulis buku tersebut, Cik Hidayah Amin, buku ini penting kerana ia merakamkan kisah-kisah menarik Kampung Tempe yang tidak diketahui ramai.

    “Buku ini penting, kerana tidak banyak buku sejarah Melayu yang ditulis dalam bahasa Inggeris. Maka orang bukan Melayu boleh sama-sama membacanya,” Cik Hidayah memberitahu BERITAMediacorp mengenai buku dwibahasa itu.

    Cik Hidayah menambah bahawa buku ini diharap dapat menarik minat ramai untuk mengenali sejarah penting Kampung Tempe.

    “Banyak isu-isu menarik tentang Kampung Tempe termasuk sebuah madrasah – iaitu Bustanul Arifin, yang pengasasnya ialah Ustaz Hj Ahmad Sondhaji Mohamad. Buku ini mengupas bagaimana madrasah ini memenuhi keperluan penduduk Kampung Tempe pada lewat 80-an,” tambah beliau.

    Jika namanya Kampung Tempe, maka dari kampung itu jugalah datangnya tempe pada waktu itu.

    Buku itu turut menerangkan dengan lebih lanjut tentang proses pembikinan serta penjualan tempe di kampung tersebut.

    Malah, tempe-tempe yang dibekalkan di Singapura pada waktu itu adalah dari kampung tersebut.

    Menurut penulis bersama buku tersebut, Dr Yahaya Sanusi yang juga merupakan bekas penduduk Kampung Tempe, beliau menulis buku itu demi mendalami asal usul beliau.

    “Tujuan saya menulis buku itu adalah untuk mencari jawapan kepada soalan dari mana saya datang, siapa moyang saya, apa yang berlaku ketika itu,” kongsi Dr Yahaya kepada BERITAMediacorp.

    “Setiap kampung itu penting walaupun yang sekecil kampung tempe, maka kalau kita tidak mengkaji sejarahnya, gambaran Singapura itu seperti tidak sempurna,” tambah beliau.

    Buku ‘Kampung Tempe – Voices from a Malay Village’, akan dilancarkan pada Sabtu (23 Jul) sempena pameran ‘Pusaka: Warisan dan Budaya Jawa di Singapura’.

    Source: Berita MediaCorp

  • Family Upset About Caterer’s No-Show For Hari Raya Eve Dinner

    Family Upset About Caterer’s No-Show For Hari Raya Eve Dinner

    Lontong, rendang, and sambal prawns – that was what she was looking forward to serving her extended family at a special meal on July 5, the eve of Hari Raya Aidilfitri.

    But the food, which cost her $600, did not appear on the dining table.

    Ms Darniyati Majid, 46, is among several customers of a catering company who claim they did not receive what they ordered and also did not get refunds.

    Attempts by The New Paper to contact the owners of the company several times last week were unsuccessful.

    A search with the Accounting and Corporate Regulatory Authority (Acra) shows that the business is still listed as a live company.

    Ms Darniyati, a quality inspector, said: “My mother is not feeling well, so I wanted to order a feast for her to host 30 to 40 family members visiting on Hari Raya eve.”

    On July 4, a day before the delivery, she sent a Facebook message to the company to confirm the delivery timing, but there was no reply.

    Ms Darniyati said she was “so worried I could not sleep” so on the morning of July 5, she contacted another catering company to order food for the dinner. It cost her $300.

    Later that day, someone from the catering company sent her a message via Facebook, promising to refund her for the non-delivery, but she did not get a refund.

    On July 6, she made a police report. A police spokesman told TNP a report was lodged and investigations were ongoing.

    Another customer, graphic designer Zara Samsudin, 37, had ordered iftar (breaking of fast) meals for the entire duration of the fasting month.

    From June 7 to June 24, the orders were fulfilled, but from June 27, she stopped receiving any food.

    Ms Zara said: “The owner messaged me to say that her cook had been injured (due to an incident involving) hot oil.”

    She said the company gave her a full refund of $145 on July 5.

    Other customers have not been as lucky.

    At least four people, who posted messages online complaining about the caterer, told TNP they did not receive their orders and refunds. They said they could not reach the owners after Hari Raya.

    The amounts owed are between $69 and $149, according to their claims.

    One of them, housewife Sheree Deen, 28, said: “The owner keeping quiet would not assuage our worries.”

    When reporters visited the owner’s flat in Woodlands last week, he was not in. A woman at the flat, who declined to be named, said the catering business had closed down the week before.

    PAGE TAKEN DOWN

    The company’s Facebook page, which has been taken down since Tuesday night, listed the address of a food stall in Sembawang.

    When TNP visited the stall last week, the cooksaid the owner was in Johor Baru.

    Mr Seah Seng Choon, executive director of the Consumers Association of Singapore (Case), advised that consumers seeking for refunds from a registered business may file a claim with the Small Claims Tribunal (SCT).

    Mr Seah added: “If they get a judgment in their favour but the business refuses to pay, they can enforce the judgment by way of a writ of seizure and sale to recover their money.”

    Case said no complaints have been registered against the catering company in the past.

    Consumers can contact Case for advice on filing a claim at the SCT via their hotline at 6100-0315.

    Ms Darniyati said: “I hope caterers won’t take orders if they can’t cope. I would not want this to happen to anyone.”

     

    Source: The New Paper

  • Pelakon Adi Putra Dilapor Senyap-Senyap Nikah Lagi

    Pelakon Adi Putra Dilapor Senyap-Senyap Nikah Lagi

    Pelakon kelahiran Singapura yang sudah menebarkan sayapnya di negara jiran sekali lagi terpalit kontroversi baru-baru ini.

    Adi Putra, didakwa sudah bernikah kali kedua secara senyap-senyap, lapor laman Astro Gempak.

    Perbuatannya itu terdedah setelah gambar yang menunjukkan beliau bersama seorang wanita berpakaian sedondon dalam sekitaran majlis pernikahan tersebar menerusi aplikasi Whatsapp.

    Sebelum gambar-gambar itu tersebar, laporan Harian Metro menyatakan pelakon KL Gangster itu didakwa berkahwin kali kedua dengan seorang janda anak satu baru-baru ini.

    Perbuatan Adi Putra mengejutkan ramai orang, termasuk isterinya, Aida Yusof, 41 tahun, yang dikatakan tidak mengetahui berita perkahwinan suaminya itu.

    Astro Gempak cuba menghubungi Adi Putra namun tidak berhasil.

    Menurut laman mStar, Adi Putra membatalkan majlis Aidilfitri bersama kelab peminatnya, yang dijadual hari ini (17 Jul), pada saat-saat akhir.

    Beliau memuat naik gambar di laman Instagramnya memohon maaf kerana terpaksa membatalkan perjumpaan tersebut.

    “Assalammualaikum wmb. Saya memohon maaf kepada semua hotlovers kerana perjumpaan raya dan ulang tahun hotlovers esok 17 Julai, harus dibatalkan atas sebab-sebab yang tertentu. Saya sekali lagi mohon kemaafan,” katanya dalam laman sosial itu.

    Pada bulan Disember 2013, Adi Putra pernah mencetuskan kontroversi setelah beliau dilaporkan mempunyai skandal dengan isteri orang dari Johor sehingga melibatkan laporan polis dan disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, menurut laporan mStar.

    Namun, kes itu ditutup dan diklasifikasikan sebagai “no further action” atau tiada tindakan lanjut.

    Rumah tangga Adi Putra dengan Aida sebelum ini juga pernah berdepan dengan masalah apabila beliau memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur terhadap Aida pada 11 Mei 2012 namun membatalkan hasrat itu kemudiannya.

    Pasangan Adi Putra dan Aida sudah bernikah sejak 14 April 2006 namun tidak dikurniakan cahaya mata, tetapi mengambil seorang anak angkat perempuan berusia empat tahun, menurut mStar.

    Source: Berita MediaCorp

  • Hari Raya Tahun Ini Yang Terakhir Di Dakota Crescent Bagi Penduduk Islam

    Hari Raya Tahun Ini Yang Terakhir Di Dakota Crescent Bagi Penduduk Islam

    Hari Raya tahun ini adalah yang terakhir di Dakota Crescent bagi para penduduk Islam di kawasan itu.

    Flat-flat yang dibina pada 1958 itu bakal dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek pembangunan semula.

    Meskipun akur dengan keputusan tersebut, sebahagian penduduk berasa keberatan untuk berpindah kerana mempunyai kemudahan serta jiran-jiran yang baik.

    Bagi seorang penduduk, Cik Rohani Mahmood, keriangan Syawal tahun ini bercampur-baur dengan rasa sedih.

    Setelah 14 tahun mendiami flat 2 bilik di Blok 6 Dakota Crescent, beliau terpaksa berpindah pada Disember nanti.

    Sambutan Hari Raya di Dakota Crescent mungkin tidak semeriah di rumah lamanya di Pasir Ris dan Yishun kerana kebanyakan penduduk di sini merupakan warga senja. Namun lebih utama bagi Cik Rohani adalah kemudahan pengangkutan yang baik di kawasan itu.

    “Baru-baru kakak pindah di sini agak susah sikit sebab MRT belum siap, masih kotor, nyamuk banyak. Kami buka almari, nyamuk terbang-terbang, banyak air di longkang-longkang.

    “Tetapi selepas dua tahun kakak tinggal di sini, MRT pun dah siap, Alhamdulillah, sangat bagus. Cuma kakak kadang-kadang tidak mahu fikirkan yang ini adalah hari raya terakhir di sini sebab kalau difikirkan memang sedih,” kata Cik Rohani.

    Cik Rohani, seorang ibu tunggal, tinggal di flat itu bersama salah seorang daripada empat anaknya. Dua anaknya sudah berhijrah ke luar negara.

    Rumah itulah tempat anggota keluarganya berkunjung dari rantauan sempena Syawal.

    Anak Cik Rohani, Rifqi Mohd Kamil, berkata: “Memori yang paling manis adalah tahun lepas, bila kakak saya dari Amerika Syarikat semua turun, berkumpul bersama di sini. Saya rasa itulah yang membuat saya dan keluarga saya gembira.”

    Seperti Cik Rohani, Cik Wahidah Said juga akan berpindah dari Dakota Crescent ke sebuah flat sewa yang dibina berhampiran di Cassia Link.

    Cik Wahidah, 87 tahun, sudah tinggal di kawasan itu sekitar 40 tahun. Menurut salah seorang anaknya, para penduduk di situ, tidak kira kaum atau agama, sangat rapat dan mengambil berat antara satu sama lain, terutama terhadap mereka yang uzur dan lanjut usia.

    “Mengapa nenek suka tinggal di sini? Kawan-kawan datang menjenguk nenek, tanya khabar, bagus,” kata Cik Wahidah.

    Semangat kejiranan yang kuat itu membentuk identiti unik estet perumahan di Dakota Crescent.

    Kesemua 17 blok flat di Dakota Crescent yang merupakan antara yang tertua di Singapura, akan dirobohkan di bawah pelan pembaharuan estet Mountbatten.

    Source: Berita MediaCorp

  • Jumlah Melayu/Islam Yang Ke Klinik Lonjak Hingga 30% Selepas Seminggu Beraya

    Jumlah Melayu/Islam Yang Ke Klinik Lonjak Hingga 30% Selepas Seminggu Beraya

    Bilangan anggota masyarakat Melayu/Islam yang mendapatkan rawatan di klinik-klinik, melonjak antara 10 peratus hingga 30 peratus selepas seminggu berhari raya. Ini berbanding puratanya pada hari-hari biasa.

    Dalam perkataan lain, lebih ramai orang Melayu/Islam berjumpa doktor bagi penyakit seperti batuk, sakit tekak, selesema dan sakit perut, setelah lima atau tujuh hari berlebaran.

    Demikian pandangan para doktor perubatan yang ditinjau BERITAMediacorp berhubung fenomena ‘pasca Hari Raya’ itu.

    Selepas sebulan berpuasa yang merehatkan perut dan mengawal pemakanan, kemeriahan Hari Raya lazimnya disambut dengan pelbagai makanan dan juga minuman-minuman bergas dan manis-manis.

    Hari ini (14 Julai) sudah masuk minggu kedua bulan Syawal, namun nampaknya lebih ramai orang Melayu akan berhari raya pula di klinik-klinik.

    Dr Muhammad Iqbal Abdullah dari Senja Gateway Family Clinic berkata, bilangan anggota masyarakat Melayu/Islam yang mendapatkan rawatan di klinik-klinik selepas seminggu berhari raya, meningkat hampir 10 atau 20 peratus, iaitu lebih tinggi daripada biasa.

    Dr Saiful Nizam Subari dari MyHealth Medical Centre pula berkata, jumlah itu meningkat sekitar 10 peratus “kalau untuk minggu pertama.”

    Biasanya, menurut mereka, kes-kes itu berkaitan dengan jangkitan atau penyakit saluran pernafasan atas, dan juga berkaitan sakit perut seperti gastrik atau buang-buang air.

    DOKTOR: ELAK MAKAN MINUM SECARA TIDAK TERKAWAL

    Para doktor memberi amaran bahawa perbuatan makan minum secara tidak terkawal yang seolah-olah ‘balas dendam’ selepas sebulan berpuasa, dan perbuatan makan pelbagai macam juadah, serta ditambah dengan penat berhari raya hingga larut malam, boleh menjejas sistem kekebalan tubuh.

    Bahkan, jika pemerhatian Dr Saiful Nizam dijadikan sandaran, lebih ramai lagi orang Melayu/Islam diramal dibelenggu ‘sakit Hari Raya’ pada hari-hari mendatang.

    Kata beliau: “Biasanya saya menjangka untuk melihat kemuncaknya (jumlah pesakit) mungkin pada minggu kedua atau minggu ketiga selepas hari raya.

    “Jadi ini mungkin disebabkan oleh perbuatan kunjung mengunjung dan sebagainya, dan proses dan masa yang diperlukan untuk penyakit itu menular.”

    Dr Muhammad Iqbal pula melihat satu lagi trend, iaitu para pesakit lazimnya bersesak-sesak ke klinik pada hari Isnin dan Selasa selepas hujung minggu pertama Lebaran.

    Kata beliau: “Rumah terbuka diadakan pada hari Sabtu dan Ahad, jadi mereka mengunjungi 10 hingga 20 rumah setiap hari.

    “Jadi hari Isnin, mereka terus kena ciri birit, penat dan sebagainya. Jadi saya rasa itu sebab kebanyakan orang jatuh sakit pada hari Isnin. Dan juga kadang-kadang klinik tidak buka pada hari Ahad, jadi mereka hanya ke doktor pada hari Isnin.”

    GEJALA “OVER RAYA”

    Malah ada doktor yang menyifatkan gejala itu sebagai “over Raya” atau terlebih berHari Raya. Lantaran itu, mereka menggalak masyarakat supaya mengambil sikap berpada-pada.

    Walaupun para doktor akur pentingnya budaya kunjung mengunjung semasa Syawal, mereka juga menarik perhatian bahawa kegiatan seperti itu juga boleh menjadi kenderaan untuk ‘berkongsi’ penyakit.

    NASIHAT DOTOR: BERSIHKAN TANGAN, JUADAH SIHAT

    Jadi apakah yang boleh anda lakukan?

    Dr Saiful Nizam berkata: “Contohnya, semasa kita berjabat tangan, mungkin kalau kita nak cuci tangan di depan orang itu, kita tak selesa lah kan.

    “Tapi mungkin kita boleh berbuat sesuatu. Cuci tangan pakai steril yang mungkin kita boleh gunakan selepas kita keluar daripada rumah itu dan sebagainya.”

    Ditanya harapan beliau tentang antara huraian kepada fenomena ‘pasca Hari Raya’ ini, Dr Iqbal pula berkata, antara lain masyarakat perlu menyajikan lebih banyak juadah sihat semasa Hari Raya.

    “Sepatutnya lebih ramai penyedia makanan yang memberikan masakan-masakan yang lebih berkhasiat yang kurang gula dan kurang lemaknya. Saya rasa lebih banyaklah penyedia yang harus menyediakan juadah-juadah ini,” kata beliau.

    Pendek kata, pilihan untuk tidak ‘beraya’ dengan doktor di klinik, terletak di tangan yang empunya diri.

    Source: Berita MediaCorp