Tag: Malaysia

  • Sultan Kelantan Dipilih Yang Di-Pertuan Agong Yang Ke 15

    Sultan Kelantan Dipilih Yang Di-Pertuan Agong Yang Ke 15

    Dalam pertemuan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-242 yang diadakan hari ini, agenda utama yang digariskan adalah pemilihan Yang di-Pertuan Agong ke-15.

    Mesyuarat Majlis Raja-Raja Khas tersebut dipengerusikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertembat di Istana Negara, Kuala Lumpur.

    Keputusan daripada perbincangan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-242 masih lagi belum dikeluarkan secara rasmi, tetapi terdapat perkhabaran yang menyatakan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V akan mengambil alih sebagai YDP Agong Malaysia yang baharu menggantikan Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah yang akan berakhir 12 Disember ini.

     Keputusan tersebut berdasarkan sistem penggiliran yang diamalkan oleh Majlis Raja-Raja dalam memilih Yang di-Pertuan Agong Negara sejak dahulu lagi.

    Terdapat beberapa faktor yang akan dipertimbangkan oleh Majlis Raja-Raja menerusi undi rahsia bagi menentukan pengganti seterusnya seperti baginda yang dilantik berkenan untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong dan tidak mengalami kelemahan atau ketidakupayaan mental.

    Selain itu, baginda yang dilantik adalah merupakan raja yang berada di kedudukan teratas, mendapat sokongan sekurang-kurangnya lima raja lain serta bukan seseorang yang telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua penggal berturut-turut.

    Mengikut kebiasaan sebelum proses pemilihan berlangsung, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja terlebih dahulu akan menanyakan raja yang seterusnya dalam senarai giliran mengenai kesediaannya untuk dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

    Dalam masa yang sama, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong mulai 13 Dis 2016 untuk tempoh lima tahun.

     

    Source: www.ohmymedia.cc

  • Kind Malaysian Man Helped Stranded Singaporean Couple Pay To Tow Car, Couple Hasn’t Repaid Him

    Kind Malaysian Man Helped Stranded Singaporean Couple Pay To Tow Car, Couple Hasn’t Repaid Him

    Good morning folks. I’m from JB. On 04/10/15 around 9am, I saw a Honda Odyssey 2006 black or bronze not sure, registration number SGH 3105 L was parked by the roadside with the hood open near Petronas Jalan Bukit Chagar.

    I stopped my car to help and I saw a Malay couple was in the car. The guy’s name was Mohd Sharel and the girl was Syazwani if I’m not mistaken. According to them, he worked as a bouncer at an Indian pub in SG and lives in Jurong. After talking to them, they said they just bought a new battery for the car but before going in SG, the car broke down.

    Even after trying to jump start several times. After several workshop guys came to see, they have mentioned to bring to workshop to diagnose the car. Almost 1 hour plus i was with him to figure out a way for him. He said he wants to tow the car back to SG since he bought this car from a used car dealer recently so they provide warranty but he has no money and no one is answering his call to help.

    I called a friend of mine who does towing services and asked the price to tow back to SG. It was RM750. He asked if I could help him to pay first and then later after a week he will come back JB to pay me. Out of goodwill I paid but almost 1 year now and there’s no news. He is still using the same number, he answers but he acts as if he doesn’t know me. Attached some pictures. Just be careful with both of them. Please share the post to create awareness.

    Source: www.allsingaporestuff.com

  • 5 Lelaki Dipenjara, Didenda Kerana Lakukan Aksi ‘Wheelie’, ‘Superman’

    5 Lelaki Dipenjara, Didenda Kerana Lakukan Aksi ‘Wheelie’, ‘Superman’

    Tiga lelaki masing-masing dipenjara antara dua dan empat hari serta denda RM5,500 (S$1,800) oleh Mahkamah Trafik Malaysia hari ini (10 Okt), selepas mengaku bersalah menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya dengan melakukan aksi ‘Wheelie’ serta ala ‘Superman’.

    Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan menjatuhkan hukuman penjara empat hari ke atas jurujual barangan telekomunikasi Mohamad Saiful Shamsudin yang berusia 27 tahun, dan pembantu mekanik Khairul Azizi Ahmad, 23.

    Sementara itu penganggur, Mohammad Fariez Farhan Md Nor, 20, dipenjara dua hari dan mahkamah memerintahkan kesemua mereka menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda itu.

    Mohamad Saiful didakwa menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya sambil melakukan aksi ala ‘Superman’ yang membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan lain di susur keluar Taman Melawar, berhampiran susur Balai Bomba KL pada 2.30 pagi, semalam (9 Okt).

    Khairul Azizi dan Mohammad Fariez Farhan pula didakwa menunggang motosikal sambil melakukan aksi wheelie di Jalan Tunku Abdul Rahman pada 8.05 dan 11.05 malam, semalam (9 Okt).

    Di mahkamah sama, seorang jurujual Muhamad Ikhwan Zamarudin, 24, dijatuhi hukuman penjara tiga hari dan denda RM5,500 (S$1,800) manakala seorang penghantar surat Mohamad Hafiz Zulhawari Nikman, 19, dihukum penjara dua hari dan denda RM5,500 (S$1,800) selepas mengaku bersalah melakukan kesalahan sama.

    Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas kedua-dua tertuduh itu bermula hari ini (10 Okt) dan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

    Kesemua mereka didakwa di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun, denda sehingga RM15,000 (S$5,000), serta lesen percubaan dibatalkan dan hilang kelayakan menunggang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun.

    Source: Berita MediaCorp

  • 16 Lelaki, Termasuk Pelajar Universiti Ditahan Di Malaysia Kerana Terlibat Dengan Kumpulan Pengganas

    16 Lelaki, Termasuk Pelajar Universiti Ditahan Di Malaysia Kerana Terlibat Dengan Kumpulan Pengganas

    Seorang pelajar universiti awam dan seorang warga asing adalah antara 16 lelaki ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan kumpulan pengganas.

    Ketua Polis Negara Malaysia Khalid Abu Bakar berkata kesemua mereka yang berusia antara 20 dan 38 tahun ditahan Bahagian Anti-Pengganasan Cawangan Khas Bukit Aman di sekitar Selangor, Kelantan, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah antara 21 September hingga 6 Oktober lalu.

    “Mereka yang ditahan terdiri daripada (lima) peniaga; (empat) juruteknik; (dua) penganggur; seorang guru kaunseling di sekolah kerajaan; seorang kakitangan bank; seorang pengurus eksekutif; seorang pencari barangan antik dan
    seorang pelajar,” katanya dalam kenyataan hari ini (9 Okt).

    PELAJAR UNIVERSITI RANCANG SUSUP MASUK KE SYRIA

    Encik Khalid berkata seorang pelajar berusia 20 tahun yang menuntut di sebuah universiti di Johor, ditahan ketika pulang ke tanah air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, pada 22 September lalu.

    Menurutnya suspek berlepas ke Istanbul, Turki pada 7 September lalu dan ditahan pihak berkuasa Turki pada keesokan harinya kerana merancang untuk menyusup masuk ke Syria bagi menyertai kumpulan pengganas di negara itu.

    “Tangkapan yang dibuat pihak berkuasa Turki itu adalah hasil maklumat Cawangan Khas Bukit Aman,” katanya.

    BAI’AH DENGAN MUHAMMAD WANNDY MOHAMED JEDY

    Menurut Encik Khalid, seramai 14 lagi suspek warga tempatan yang ditangkap disyaki
    merupakan anggota pengganas ISIS daripada kumpulan yang diketuai Muhammad Wanndy Mohamed Jedy.

    Kesemua mereka disyaki berbai’ah secara online kepada Muhammad Wanndy dan menyalurkan dana kepadanya, katanya.

    Beliau juga menambah, dalam operasi itu polis turut menahan seorang lelaki warga asing berumur 32 tahun yang dipercayai berasal dari Utara Afrika kerana disyaki menganggotai Kumpulan Jabhat Al Nusra di Syria.

    “Lelaki itu ditangkap di Selangor pada 25 September lalu. Hasil siasatan juga mendapati suspek beberapa kali menyusup masuk ke Malaysia sejak Mei lalu. Semasa di Malaysia, suspek disyaki terlibat dalam sindiket pemalsuan dokumen perjalanan bagi kegunaan Kumpulan Jabhat Al Nusra,” katanya.

    Source: Berita MediaCorp

  • Masjid Terapung Baru Di Malaysia Bakal Jadi Ikon Pelancongan Terbaru

    Masjid Terapung Baru Di Malaysia Bakal Jadi Ikon Pelancongan Terbaru

    Kedah bakal mempunyai satu lagi ikon pelancongan dengan wujudnya sebuah Masjid Terapung di daerah itu yang menelan kos RM15 juta (S$5 juta) dan dijangka siap menjelang 2018.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom berkata pembinaan masjid di atas tanah berkeluasan 2.19 hektar itu akan turut melengkapkan landskap Yan sebagai daerah pelancongan.

    “Masjid ini dijangka dapat memuatkan 1,021 jemaah pada satu-satu masa dan akan menjadi bangunan ikon serta masjid pertama di negeri ini yang dibina di atas permukaan laut, hanya menggunakan tiang tanpa penambakan laut,” katanya.

    Beliau bercakap pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Pecah Tanah Tapak masjid itu hari ini (3 Okt).

    Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang juga Tunku Temenggong Kedah, Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan menyempurnakan majlis perasmian pecah tanah masjid berkenaan yang turut dihadiri Menteri Besar, Ahmad Bashah Md Hanipah.

    “Pembinaan masjid mengambil kira struktur bangunan yang berupaya menahan tekanan ombak, bagaimanapun pada masa hadapan kita akan memikirkan untuk membina tembok lagun untuk mengekalkan air di kawasan bawah masjid khususnya ketika air surut, memandangkan kawasan pantai Yan adalah berlumpur.

    “Kita menerapkan konsep moden namun dalam masa sama mengekalkan ciri-ciri tradisional masjid dan senibina Islam, bahkan masjid juga mesra Orang Kurang Upaya (OKU) dan turut menyediakan laluan khas untuk OKU, selain anjung tinjau” katanya.

    Ruang solat utama terletak pada jarak kira-kira 40 meter dari darat.

    Source: Berita MediaCorp