Tag: Man Kidal

  • Man Kidal Menyerah Diri Kepada Pihak Polis

    Man Kidal Menyerah Diri Kepada Pihak Polis

    Atas nasihat rakan-rakan dan bagi membersihkan nama baiknya dan keluarga, dia menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman,” kata pemain gitar popular, Man Kidal, 54, mengenai pembabitan anaknya, Mohd Shefflee, 32, atau Elly dalam perniagaan ‘money game’ dan melarikan jutaan ringgit wang pelabur seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini. Man atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Mahmood berkata, anaknya itu menyerah diri minggu lalu bagi memberi keterangan dan hanya dibebaskan Ahad lalu.

    Man berkata, berikutan dakwaan yang tular itu, keluarganya menjadi mangsa cemuhan netizen di media sosial. “Kepada mereka yang tidak henti-henti mencemuh, menuduh dan melontarkan tohmahan terhadap anak saya, hentikan segera kerana ia turut membabitkan nama saya dan seluruh keluarga kami. Serahkan kepada polis dan biar mereka melakukan tugas mereka. Pada masa sama kami sedang mengumpul bukti untuk membuktikan Elly tidak bersalah,” katanya. Man berkata, Elly kini menguruskan perniagaannya seperti biasa dan akan terus memberikan kerjasama kepada polis sehinggalah kes itu selesai.

    Man berkata, anaknya itu tidak pernah melakukan kegiatan itu. Menerusi syarikatnya Global Tijari Holdings Berhad, dia mengeluarkan pelbagai produk termasuk untuk kesihatan. “Dia ada kilang dan produk keluarannya memang berdaftar. Ada lebih 1,000 pelabur yang melabur dalam perniagaan itu tetapi hanya 80 orang yang mendakwa Elly menipu mereka. Mungkin perkara itu terjadi kerana ketika menandatangani kontrak, mereka tidak membaca dan memahami syarat serta terma tertentu yang terkandung dalam kontrak itu dengan jelas. Antaranya ialah keuntungan yang akan diagihkan kepada pelabur berdasarkan keuntungan yang diperoleh syarikat. Jika pada tempoh tertentu, syarikat tidak memperoleh keuntungan, maka ia turut memberi kesan kepada pelabur dan bukannya Elly melarikan wang pelabur seperti yang didakwa,” katanya.

     

    Source: Harian Metro

  • Man Dayak, Pemain Dram Lefthanded, Meninggal Dunia

    Man Dayak, Pemain Dram Lefthanded, Meninggal Dunia

    KUALA LUMPUR: Pemain dram Lefthanded yang dikenali dengan nama Man Dayak meninggal dunia sekitar 12 tengah malam (15 Mac) setelah mengadu sesak nafas.

    Menurut laporan Berita Harian Malaysia, vokalis kumpulan itu, Nash dihubungi dan mengesahkan berita kematian Man Dayak atau juga dikenali sebagai Abdul Rahman Othman. Beliau dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung.

    Allahyarham berusia 54 tahun.

    “Saya mendapat panggilan tengah malam dan terus bergegas ke rumah arwah di Skudai Kiri, Johor.

    “Syukur saya sempat sempat sampai dan bersama rakan-rakan termasuk Man Kidal menguruskan jenazah arwah,” jelas Nash seperti ditukil oleh Berita Harian Malaysia.

    Jenazah Allahyarham akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Bukit Alif, Jalan Tampoi, Johor Bahru.

    Menurut laporan Berita Harian Malaysia, Nash menyifatkan arwah sebagai seorang sahabat yang berbakat besar dalam bidang muzik.

    “Arwah membuat keputusan berhenti daripada kumpulan Lefthanded kerana mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan.

    “Beliau mempunyai jiwa yang besar dan fokus dalam melakukan sesuatu kerja. Arwah juga antara pemain drama terbaik negara,” tambah Nash kepada akhbar Malaysia itu.

    Selain Nash, Man Dayak dan Man Kidal, Leftahanded turut dianggotai Yan dan Allahyarham Samad yang meninggal dunia pada tahun 2008 pada usia 45 tahun.

    Source: http://berita.mediacorp.sg