Man Dayak, Pemain Dram Lefthanded, Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Pemain dram Lefthanded yang dikenali dengan nama Man Dayak meninggal dunia sekitar 12 tengah malam (15 Mac) setelah mengadu sesak nafas.

Menurut laporan Berita Harian Malaysia, vokalis kumpulan itu, Nash dihubungi dan mengesahkan berita kematian Man Dayak atau juga dikenali sebagai Abdul Rahman Othman. Beliau dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung.

Allahyarham berusia 54 tahun.

“Saya mendapat panggilan tengah malam dan terus bergegas ke rumah arwah di Skudai Kiri, Johor.

“Syukur saya sempat sempat sampai dan bersama rakan-rakan termasuk Man Kidal menguruskan jenazah arwah,” jelas Nash seperti ditukil oleh Berita Harian Malaysia.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Bukit Alif, Jalan Tampoi, Johor Bahru.

Menurut laporan Berita Harian Malaysia, Nash menyifatkan arwah sebagai seorang sahabat yang berbakat besar dalam bidang muzik.

“Arwah membuat keputusan berhenti daripada kumpulan Lefthanded kerana mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan.

“Beliau mempunyai jiwa yang besar dan fokus dalam melakukan sesuatu kerja. Arwah juga antara pemain drama terbaik negara,” tambah Nash kepada akhbar Malaysia itu.

Selain Nash, Man Dayak dan Man Kidal, Leftahanded turut dianggotai Yan dan Allahyarham Samad yang meninggal dunia pada tahun 2008 pada usia 45 tahun.

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *