Tag: masjid

  • Masjid Dan Yayasan Rahmatan Lil Alamin Pungut Dana Bantu Mangsa Gempa Bumi Nepal

    Masjid Dan Yayasan Rahmatan Lil Alamin Pungut Dana Bantu Mangsa Gempa Bumi Nepal

    Semua masjid di sini, dengan kerjasama Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF), akan menganjurkan satu usaha pungutan dana khas bagi membantu mangsa gempa bumi di Nepal.

    Orang ramai boleh memberi sumbangan menerusi wang tunai, cek atau secara dalam talian mulai hari ini.

    “… masyarakat Islam Singapura berdoa agar mangsa dan masyarakat di kawasan terjejas Nepal akan diberi kekuatan dan daya ketahanan untuk berhadapan dengan keadaan tragik dan mencabar ini,” kata RLAF dalam kenyataannya semalam.

    Cek harus dibuat atas nama ‘RLAF’ dengan kata-kata ‘Koleksi Khas bagi Mangsa Gempa Bumi di Nepal’ ditulis di belakangnya.

    Sumbangan dalam bentuk wang tunai dan cek harus dihantar ke Bangunan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) di Hab Islam Singapura di 273, Braddell Road, Singapore 579702.

    Sumbangan menerusi dalam talian boleh dibuat dengan melungsuri laman http://www.muis.gov.sg/Services/e-services.html.

    Di samping itu, kotak derma RLAF, yang ditandakan dengan kata-kata “Koleksi Khas bagi Nepal”, akan diletakkan di semua 68 masjid bermula Jumaat ini hingga Khamis depan.

    Sumbangan itu akan disalurkan kepada Mercy Relief, yang menghantar sebuah pasukan bagi memberi bantuan kepada mangsa di Nepal.

    Badan-badan lain turut mengadakan pungutan derma bagi membantu mangsa gempa bumi di Nepal.

    Ini termasuk Palang Merah Singapura (SRC) dan Badan Agama dan Pelajaran Radin Mas (Bapa).

    Angka korban akibat gempa bumi berukuran 7.8 skala Richter yang melanda Nepal pada hari Sabtu itu telah meningkat kepada 3,726 orang, kata seorang jurucakap polis Nepal.

    Pasukan penyelamat di Nepal masih meneruskan usaha mencari mangsa terselamat dalam kejadian dengan menggali sisa runtuhan di ibu kota Kathmandu.

    Tragedi itu juga menyebabkan mereka yang terselamat terpaksa bermalam di jalanan dan membuat khemah di kawasan terbuka.

    Situasi di hospital menjadi sesak sehingga pasukan perubatan terpaksa membina khemah di luar bangunan bagi merawat pesakit.

    Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) telah mengerahkan tiga pesawat C-130 Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) bagi menghantar kumpulan pegawainya dan pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) serta Pasukan Polis Singapura (SPF) melaksanakan usaha bantuan di Nepal.

    Bagaimanapun, Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, menulis di Facebook semalam, berkata tiga pesawat tersebut tidak dapat mendarat di Kathmandu kerana kesesakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kathmandu Tribhuvan.

    Dua pesawat itu telah mendarat di Calcutta, India, dan satu lagi di Patna, India.

     

    Source: http://beritaharian.sg

  • Mufti Perlis: Umat Islam Dinasihatkan Supaya Hangan Mainkan Bacaan Ayat Suci Al-Quran Dalam Masjid

    Mufti Perlis: Umat Islam Dinasihatkan Supaya Hangan Mainkan Bacaan Ayat Suci Al-Quran Dalam Masjid

    KANGAR: Umat Islam dinasihatkan supaya jangan memainkan bacaan ayat suci al-Quran di dalam masjid atau surau seperti sebelum waktu solat.

    Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata ini kerana Nabi Muhammad SAW sendiri melarang jemaah yang berada di dalam masjid membaca al-Quran dengan suara nyaring, inikan pula jika memainkan bacaan yang bunyinya boleh kedengaran hingga ke luar masjid atau surau.

    Beliau menyatakan demikian pada sesi soal jawab program Semarak Dakwah Ehya’ Masjid di Masjid Behor Empiang di Perlis malam tadi.

    Beliau berkata Nabi Muhammad melarang membaca al-Quran dengan suara nyaring dalam masjid kerana ia boleh mengganggu tumpuan jemaah lain yang datang ke masjid untuk beribadah.

    “Jika memasang kaset bacaan al-Quran sebelum masuk waktu solat seperti solat Subuh, tentu akan menggangu orang lain di persekitaran masjid atau surau, yang mungkin sedang tidur, dan ini dilarang oleh Islam,” ujarnya.

    Kepada soalan lain, Datuk Asri berkata umat Islam tidak dilarang untuk berqasidah kerana ia merupakan syair, namun liriknya perlu tidak menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

    Mengenai penggunaan alat-alat muzik, beliau berkata terdapat khilaf (perbezaan pendapat) dalam perkara tersebut kerana terdapat ulama yang membolehkan dan ada yang tidak membenarkannnya.

    Namun bagi beliau secara peribadi, beliau berkata ia boleh digunakan jika tidak membawa kepada keruntuhan akhlak.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Dari Mana Sesetengah Masjid Dapat Duit $1 Juta Untuk Dilabur?

     

    Credit: Berita Harian SG
    Credit: Berita Harian SG

    BARU-BARU ini kita terbaca di akhbar dan mendengar berita di radio mengenai institusi Islam – lima masjid dan sebuah madrasah – yang melabur $14 juta dalam satu skim pelaburan projek pembangunan semula tanah wakaf The Red House di Katong.

    Anak Syarikat Muis, Wareen Investments Pte Ltd, yang menguruskan projek itu.

    Lima masjid itu ialah Masjid An-Nur, Masjid Darul Ghufran, Masjid Al-Mukminin, Masjid Assyakirin dan Masjid Muhammad Salleh (Palmer Road).

    Setiap masjid itu melabur $1 juta, (berjumlah $5 juta) dalam Wakaf Ilmu, Dana Pembangunan Amanah Yal Saif dan Madrasah AlJunied melabur untuk membeli tujuh unit rumah berjumlah $8.95 juta.

    Skim pelaburan tersebut bertujuan mempertingkat wakaf sambil meraih keuntungan yang dijanjikan iaitu Hibah sebanyak 2.1 peratus atau $42,000 setahun bagi setiap masjid setelah genap dua tahun dan modal $1 juta dipulangkan.

    Masyarakat tahu bahawa masjidmasjid kita terkial-kial mencari dana. Oleh itu, sumbangan wang memang sentiasa diharapkan daripada masyarakat Islam di sini.

    Baca selanjutnya di http://beritaharian.sg/

    Sumber: Berita Harian SG

     

  • Penghinaan Terhadap Islam, Quran Di Sumbat Dalam Jamban Masjid

    QurantornMalaysia3 Qurantornmalaysia2 QurantornMalaysia1

    QurantornMalaysia5

    Penghinaan terhadap agama Islam dan kitab suci Al-Quran kalam Allah SWT sudah sampai ke kemuncaknya. Semalam, di Masjid Limbongan, Terengganu kira-kira pukul 1 pagi tadi, perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab ini tidak boleh dipandang ringan dan mereka yang bertanggungjawab mesti dicari dan dihukum.

    Kejadian berlaku jam 1 pagi tadi. Pintu masjid dipecahkan, Al-Quran diselerakkan dan ada yang dibuang di dalam tandas masjid. Tok Imam yang melihat kejadian itu menangis kerana tidak sampai hati melihat Al-Quran diperlakukan sedemikian rupa. Laporan polis juga telah dibuat oleh Adun Kota Putera, YB Mohd Mahdi Musa sebentar tadi.

    Satu tindakan dan siasatan segera perlu dilakukan demi menjaga maruah dan kesucian Rumah Allah dan Al-quran.

    Insiden tersebut sudah pun dilaporkan kepada polis.

    Ringkasan kes:
     
    Pada 4/3/2014 jam lebih  1.30 pagi semasa pengadu sedang buat rondaan KRT/SRS di kawasan Kg Limbongan Kg Raja Besut Trg telah singgah di Masjid Kg Limbongan dapati dalam keadaan baik. Seterusnya pengadu buat rondaan dan singgah di rumah kediaman YB Mahadi Bin Musa yang terletak berhampiran. Pada 4/3/2014 jam l/kurang 2.30 pagi pengadu pergi semula ke kawasan Masjid Kg Limbongan Kg Raja telah dimaklumkan oleh anggota SRS yang membuat rondaan bermotorsikal mengatakan bahawa telah menjumpai Al-Quran dalam keadaan berselerak di depan tangga pintu masuk masjid, di dalam mangkuk tandas,dan di tempat solat. Terdapat juga barang-barang lain seperti kipas dinding dan pintu sliding tempat solat telah dirosakkan dan di pecahkan. Pengadu syaki perbuatan tersebut dikhianati oleh orang yang tidak dikenalpasti.
    polisreportQurantornMalaysia4

    Sumber: Dewan pemuda PAS Negeri Trengganu