Tag: mecca

  • Saudi Government To Enforce Ban On Transgender People Performing Umrah

    Saudi Government To Enforce Ban On Transgender People Performing Umrah

    KARACHI: The Saudi government has enforced a ban forbidding transgender people from performing Umrah, reported Geo News on Tuesday.

    Transgender people particularly those willing to visit holy land with an aim to perform Umrah would not be issued travel visa.

    Saudi Consul General is said to have issued a notification in this regard, according to Geo News.

    Travel Agents Association of Pakistan has also been informed about the decision taken by the Kingdom of Saudi Arabia.

    Motive for the ban was not immediately known.

     

    Source: www.thenews.com.pk

  • Mohd Khair: Bila Sedang Suasana Aidiladha, Stesen Radio Tak Harus Main Lagu Dangdut

    Mohd Khair: Bila Sedang Suasana Aidiladha, Stesen Radio Tak Harus Main Lagu Dangdut

    Tengah tangkap mood para Hujjaj berwukuf di Arafah, tetiba kat radio keluar pulak lagu Inul bergoyang…

    Mungkin pihak radio boleh pertimbangkan agar lagu-lagu macam Inul bergoyang tu tidak ke udara sewaktu suasana-suasana yang semacam hari ni…

    Sewaktu LKY meninggal, lagu-lagu di radio pun semuanya disesuaikan dengan suasana negara berkabung.

    Rasanya, sewaktu 9 Zulhijjah, lagu-lagu di radio pun boleh disesuaikan dengan suasana para Hujjaj berwukuf di Arafah, sementara sebahagian ummat Islam juga berpuasa Arafah.

    Ni cakap jer…
    Jangan marah ya…
    Harap tidak ada yang tuduh saya ni melampau dan pelampau pulak

    Semoga para Hujjaj yang berwukuf di Arafah terus dapat menyempurnakan Ibadah Haji dengan bermalam di Muzdalifah, melontar Jamrah di Mina dan kemudian membuat Sai dan Tawaf Haji (bagi yang belum melaksanakannya).

    Semoga para Hujjaj kesemuanya meraih Haji yang Mabrur dari ALlah swt.

    Semoga mereka semua selamat kembali ke pangkuan keluarga masing-masing nanti, insyaaALlah.

    Kepada masyarakat Islam yang lainnya,
    Selamat Hari Raya Eidul Adha

     

    Source: Mohd Khair

  • Cuaca Terik, Kering Cabaran Utama Jemaah Haji Singapura

    Cuaca Terik, Kering Cabaran Utama Jemaah Haji Singapura

    Kurang sehari sebelum bermulanya kemuncak ibadah haji, semua jemaah Singapura perlu bersiap sedia menghadapi cuaca yang semakin panas, lagi kering.

    Suhu di Padang Arafah semasa wukuf nanti dijangka mencapai sehingga 45 darjah Selsius, ketika jemaah haji akan paling terdedah kepada terik matahari di kawasan yang terbuka.

    Kalau cuaca waktu malam di Makkah boleh menjunam sehingga 30 darjah Selsius tetapi pada siang harinya suhu dalam musim panas sekarang boleh melebihi 40 darjah Selsius.

    Maka itu semua jemaah Singapura perlu membuat persiapan untuk tidak menghadapi pelbagai masalah yang berkaitan dengan keadaan panas terik dan kering.

    “Jemaah, cabaran mereka yang terbesar sekarang adalah masalah cuaca. Cuaca yang tidak menentu dan agak tinggi dan panas. Mereka juga perlu menyesuaikan diri kepada orang-orang yang baru mereka jumpa sebab cabaran kedua selain cuaca adalah manusia.

    “Dengan karenah manusia yang ramai, bagaimana untuk menjaga keselamatan diri. Yang ketiga adalah diri kita sendiri, bagaimana untuk mengawal diri sendiri kerana ini merupakan rukun Islam kelima, banyak memerlukan kesabaran,” ujar Ustaz Jallaluddin Hassan.

    Pada musim haji tahun lalu, lebih 1,000 kes strok haba atau “heat stroke” berlaku di kalangan para jemaah semasa kemuncak ibadah haji.

    Malah kajian Umrah dan Haji Arab Saudi menunjukkan musim-musim haji akan datang jatuh dalam musim panas bulan September, Ogos, Julai dan Jun di Saudi bagi tempoh 10 tahun akan datang.

    Maka itu, semua jemaah haji dinasihati agar menggunakan payung atau mengelakkan kawasan-kawasan terdedah seberapa mungkin.

    Keadaan disukarkan lagi oleh keadaan orang ramai yang sesak. Dianggarkan lebih dua juta orang akan menjalankan ibadah haji tahun ini.

    Jemaah Singapura seperti ramai jemaah haji merata dunia akan mula bergerak ke Mina untuk tarwiyah hari ini (9 September) dan ke Padang Arafah, esok (10 September).

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Jemaah Haji Singapura Selamat Berlepas Ke Arab Saudi

    Jemaah Haji Singapura Selamat Berlepas Ke Arab Saudi

    Kumpulan terbesar jemaah haji Singapura seramai 467 orang berangkat ke Arab Saudi, petang tadi (5 Sep).

    Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim bertemu dengan mereka di kedua-dua terminal 2 dan 3 Lapangan Terbang Changi untuk mengucapkan selamat berangkat.

    Dr Yaacob juga berkata beliau optimis dengan meningkatnya jumlah penduduk Islam di Singapura, kuota haji 680 orang sekarang akan ditambah pada masa akan datang. Ini sungguhpun rayuan untuk menambah kuota haji bagi jemaah Singapura tahun ini tidak dipenuhi.

    “Kita juga buat rayuan untuk menambahkan lagi kuota yang kita telah diberikan untuk mendapatkan 1,000 setahun.

    “Dengan itu kita akan mempercepatkan lagi peluang bagi jemaah kita untuk memenuhi keperluan haji oleh kerana kita tahu bahawa ada banyak keinginan di kalangan masyarakat kita,” ujarnya.

    BERI JAMINAN MUIS SIAP SIAGA SEDIAKAN PASUKAN PERUBATAN

    Dalam pada itu, Dr Yaacob juga memberi jaminan bahawa Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) bersiap siaga menyediakan pasukan perubatan untuk para jemaah terutamanya di tengah-tengah penularan jangkitan Zika.

    MUIS menghantar 21 anggota delegasi untuk memelihara kesihatan, kebajikan dan keselamatan para jemaah haji Singapura.

    “Lebih penting ialah tanggungjawab setiap jemaah untuk menjaga diri mereka dengan baik, mengambil langkah-langkah berjaga yang tertentu.

    “Tapi kalau ia (sebarang insiden tidak diingini) berlaku, kita ada pasukan perubatan di Arab Saudi untuk menolong jemaah kita untuk mengatasi cabaran-cabaran kesihatan mereka,” kata Dr Yaacob.

    Antara jemaah haji yang berangkat ke tanah suci hari ini ialah Cik Siti ‘Alawiyah Johari, 26 tahun berserta ibu dan ayahnya. Tahun ini merupakan kali pertama mereka menunaikan haji. Segala persiapan dari segi mental dan fizikal sudah dilakukan sebaiknya.

    “Dalam segi persiapan, kita tahu informasi dari segi apa yang kita perlu buat di sana dan juga dari segi mengambil langkah-langkah berjaga tambahan,” ujarnya.

    141 JEMAAH NAIK SCOOT

    Daripada 467 jemaah hari ini, 141 daripadanya berangkat menaiki penerbangan Scoot – tahun pertama ia menyediakan penerbangan ke Jeddah.

    (Gambar-gambar: MUIS)

    Lebih menarik lagi bagi seorang lagi jemaah haji, Cik Sharifah Salmah Alhabshi, 60 tahun, ini merupakan pengalaman pertamanya menaiki Scoot memandangkan kali pertama beliau ke Makkah adalah dengan menaiki kapal laut.

    “Itu dalam akhir tahun 1974, 1975 saya masih budak lagi, saya pergi naik kapal dengan ibu, bapa dengan kakak saya. Jadi kita pergi haji dengan kapal Eastern Malaysia Raya, ia memakan masa 16 hari sampai ke Jeddah,” ujarnya.

    Kumpulan terakhir jemaah haji Singapura dijadual berangkat, lusa.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Payung Terbesar Dunia Di Masjidil Haram Sedang Dipasang

    Payung Terbesar Dunia Di Masjidil Haram Sedang Dipasang

    MAKKAH: Kerja-kerja pemasangan payung lipat paling besar di dunia bermula pada hari Khamis lalu (10 Mac), di halaman bahagian utara Masjidil Haram.

    Ia merupakan yang pertama daripada lapan payung gergasi berteknologi tinggi dan 54 payung lebih kecil yang akan dipasang di Masjidil Haram dalam tempoh enam bulan akan datang.

    Laman Saudi Gazette yang melaporkan demikian menambah, payung itu dibuat di Jerman, dengan setiap payung dilengkapi jam yang besar, skrin yang memberi panduan kepada para jemaah, alat hawa dingin dan kamera pengawasan.

    Setiap payung setinggi 45 meter dan seberat 16 tan.

    Ia akan memayungi kawasan seluas 2,400 meter persegi apabila dibuka.

    Sekitar 25 jurutera, juruteknik khas dan para pakar keselamatan dari Jerman akan menyelia proses pemasangan dan mekanisme operasi elektronik.

    PAYUNGI 400,000 JEMAAH

    Lagi 54 payung yang bersaiz lebih kecil juga akan dipasang di halaman bahagian utara, memayungi kawasan seluas 19,200 meter persegi, lapor laman tersebut lagi.

    Sebagai sebahagian daripada projek itu, 122 bangku untuk para jemaah berehat serta bangunan khidmat akan dibina.

    Kerja-kerja prasarana bagi pemasangan payung-payung itu sudahpun bermula.

    Keseluruhan plaza di bahagian utara masjid bermula dari struktur Peluasan Raja Fahd hingga struktur Peluasan Raja Abdullah akan dilengkapi payung-payung tersebut apabila projek berkenaan siap.

    Kawasan-kawasan dengan tempat teduh itu akan dapat memuatkan sekitar 400,000 jemaah.

    Ketua Presiden bagi Ehwal Dua Masjid Suci menyelia projek itu, dengan kerjasama daripara pakar-pakar dari Kementerian Pendidikan dan syarikat kontrak, yang menjalankan projek peluasan terbesar tapak paling suci Islam.

    PAYUNG IDEA ALLAHYARHAM RAJA ABDULLAH

    Menurut Saudi Gazette, Raja Abdullah mengarahkan pemasangan payung-payung itu di halaman di sekeliling Masjidil Haram pada bulan Disember 2014, iaitu beberapa hari sebelum pemergiannya.

    Ketua Presiden Sheikh Abdulrahman Al-Sudais, mengumumkan bahawa arahan raja itu dikeluarkan bagi menyediakan tempat berteduh di plaza-plaza luaran, sebagai tambahan kepada kawasan-kawasan yang diluluskan dalam projek Peluasan Raja Abdullah, dengan kawasan tambahan sekitar 275,000 meter persegi.

    Lebih 300 payung akan menyediakan tempat berteduh dari matahari untuk para jemaah Masjidil Haram, menurut beliau.

    Sebelum ini hampir 250 payung yang serupa sudah dipasang di plaza-plaza di sekitar Masjid Nabawi yang terletak di Madinah.

    ‘BUNGA-BUNGA’ CANGGIH

    Seperti bunga yang mengembang, setiap payung itu direka untuk lipat dan buka mengikut minit-minit yang ditetapkan supaya mengelak daripada berlanggar antara satu dengan yang lain, menurut laporan Saudi Gazette.

    Operasinya juga mengikut perubahan suhu harian.

    Payung-payung berkenaan dibuka setiap pagi dan ditutup dalam masa kurang tiga minit pada sebelah petang.

    Pada musim panas, payung-payung itu menyediakan teduhan daripada panas matahari.

    Apabila ditutup pada sebelah malam, ia membolehkan baki haba diserap ke lantai dan tembok untuk disalurkan semula ke atmosfera.

    Proses itu berbeza pada musim sejuk, apabila suhu lebih rendah, payung-payung itu tidak dibuka pada sebelah pagi untuk membolehkan matahari memanaskan kawasan tersebut dan dibuka pada sebelah malam untuk mengekalkan haba di bahagian lantai.

    Source: http://berita.mediacorp.sg