Tag: Melayu

  • Aliff Aziz Tamatkan Zaman Bujang 9 September

    Aliff Aziz Tamatkan Zaman Bujang 9 September

    Penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz akan melangsungkan pernikahan bersama tunangnya Bella Astilah pada 9 September.

    Mendedahkan khabar gembira itu kepada Berita Harian Malaysia, penyanyi lagu Sayang Sayang itu bagaimanapun memberitahu bahawa majlis akad nikah beliau akan diadakan secara tertutup pada sebelah pagi, dengan dihadiri kaum keluarga dan sanak saudaranya.

    “Pada sebelah malam hari yang sama, kami akan adakan pula majlis resepsi di Setia Alam,” kata Aliff.

    “Saat ini, segala persiapan sudah hampir sempurna. Harapnya, semua perancangan akan berjalan dengan lancar,” kata Aliff yang akan muncul dengan drama Meh Sandarkan Pada Aku tidak lama lagi.

    Majlis berinai akan berlangsung pada 8 September, lapor Berita Harian Malaysia.

    Aliff dan Bella atau nama penuhnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 22 tahun, bertunang pada bulan Disember 2015.

    Source: Berita MediaCorp

  • Seni Kompang Tak Dihomati Lagi Di Majlis Walimatulurus?

    Seni Kompang Tak Dihomati Lagi Di Majlis Walimatulurus?

    Ini bukan saya kata. Abang Bestman yang kata pada saya bila kompang disuruh berhenti untuk beri laluan kepada pengantin lelaki diperbodoh-bodohkan keluarga pihak pengantin perempuan…

    “Sekarang ni (kesenian) kompang dah tak dihormati”

    Saya setuju dengan abang.

     

    Source: Aee Muhammad

  • Bakal Pengantin Gigit Jari, Wang Cengkeram S$5,000 Dipercayai Dilesapkan Pekerja

    Bakal Pengantin Gigit Jari, Wang Cengkeram S$5,000 Dipercayai Dilesapkan Pekerja

    Harapan beberapa bakal pengantin untuk mendirikan rumah tangga mengalami kegenjotan. Ini apabila wang cengkeram yang diberikan kepada sebuah syarikat penyedia khidmat perkahwinan dipercayai digelapkan salah seorang kakitangannya.

    Syarikat tersebut, yang tidak asing di kalangan masyarakat Melayu/Islam tempatan, sudahpun memberhentikan pekerjanya itu.

    Antara bakal pengantin yang terjejas ialah Cik Siti Fadilah Mansari dan tunangnya, Encik Muhammad Aslam Abdul Halim, yang mendakwa sejumlah S$5,000 daripada S$7,000 wang cengkeram yang sudah dibayar mereka kepada syarikat itu, dilesapkan oleh pekerja berkenaan.

    Menceritakan lanjut kepada BERITAMediacorp, Cik Fadilah berkata kurang setahun sebelum berlangsungnya majlis walimahtul urus beliau, pihaknya difahamkan bahawa kakitangan yang sepatutnya menguruskan majlis beliau sudah diberhentikan kerja.

    “Jadi saya terus telefon: ‘Siapa yang ganti tempat perancang majlis perkahwinan saya?’ Jadi saya buat temu janji berjumpa mereka dan kemudian saya dapat tahu yang perancang majlis saya sebenarnya telah membawa (melesapkan) sejumlah wang saya,” kata Cik Fadilah.

    Cik Fadilah serta tunangnya, Encik Muhammad Aslam, terkejut mendengar berita itu.

    TERSEREMPAK DENGAN DALANG YANG LESAPKAN WANG

    Namun lebih mengejutkan ialah apabila mereka terserempak dengan dalangnya pada hari yang sama.

    Video perbualan mereka sempat dirakamkan, dan lelaki itu berjanji akan meleraikan segala masalah pada Selasa lalu. Malangnya, beliau tidak muncul.

    Mereka sudahpun membuat laporan polis dan masih menantikan hasil siasatannya. Kini yang tinggal hanyalah resit-resit palsu yang dikeluarkan oleh lelaki berkenaan.

    BAKAL PENGANTIN: “KITA TAK SYAK APA-APA”

    Encik Muhammad Aslam berkata: “Kita tak syak apa-apa sebab apa-apa urusan kita buat, pertama, ia dibuat dalam bangunan syarikat.

    “Kedua, dia (memaparkan dirinya seolah-olah dia) seorang yang bagus dan konsultan kanan dan sebagainya, (dia sudah menerima) banyak maklum balas, perkara-perkara baik mengenainya..

    “Jadi kita tak syak apa-apa yang orang dia seperti begitu, perangai dia seperti begitu.”

    CASE: TERIMA 3 LAGI ADUAN SAMA

    Adalah dipercayai ramai lagi pasangan lain turut menjadi mangsa lelaki berkenaan.

    Syarikat penyedia khidmat perkahwinan terbabit difahamkan sudah bersetuju untuk menanggung wang cengkeram S$5,000 yang sudah dibayar Cik Fadilah dan dilesapkan kakitangannya itu.

    BERITAMediacorp juga menghubungi Persatuan Pengguna CASE mengenai kes tersebut dan ia mengesahkan sudah menerima sebanyak tiga aduan yang sama.

    Source: Berita Mediacorp

  • S R Nathan Banyak Sokong Usaha Masyarakat Melayu

    S R Nathan Banyak Sokong Usaha Masyarakat Melayu

    MUIS mengirim surat takziah kepada isteri dan keluarga mendiang Encik Nathan.

    MUIS melahirkan rasa “kesedihan yang mendalam di atas pemergian seorang pemimpin yang sangat dihormati”.

    Ia juga menganggap Encik Nathan sebagai “Presiden berjiwa rakyat” dan pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada negara.

    Menurut MUIS, mendiang Encik Nathan menghadiri banyak acara yang dianjurkan masyarakat Islam.

    Ini termasuklah inisiatif Cabaran Presiden Beriani Amal yang dipeloporinya.

    Dalam laporan berikut, Pengerusi Masjid Khalid, Encik Allaudin Mohamed berkongsi pengalamannya dalam menyediakan beriani amal itu.

    “Encik Nathan kalau pasal beriani, cakap di mana ada jual beriani, kata orang sedap sahaja, dia hendak cuba.Kalau dia makan beriani ada sistem dia sendiri, rasa nasinya dulu, apabila sudah hidu aromanya, letak masala, lepas tu campur daging. Apabila semua sudah cukup, baru makan dengan acarnya. Selagi ada beriani di rumah dia, di peti sejuk, nanti dia akan minta ‘Ada lagi beriani Allaudin?’,” Encik Allaudin memberitahu BERITAMediacorp.

    Selama 16 tahun, Encik Allaudin adalah ‘orang kuat dapur’ yang memasak beriani untuk acara tahunan Beriani Amal.

    Walaupun Encik Nathan tidak lagi menjadi Presiden, Pengerusi Masjid Khalid ini pastikan setiap bulan beliau akan menghantar sebungkus makanan kegemaran Encik Nathan itu ke rumahnya.

    Di sebalik hidangan istimewa ini, sebenarnya tersirat satu lambang.

    Lambang Beriani Amal Cabaran Presiden ini, beliau membuka satu ruang untuk masyarakat kita. Masjid ini bukan satu tempat untuk orang Islam sahaja.

    Selama berinteraksi dengan mendiang Encik Nathan, Encik Allaudin menyifatkannya sebagai seorang yang peramah, mempunyai budi pekerti yang tinggi dan sentiasa prihatin terhadap setiap lapisan masyarakat.

    “Selalu pesanan beliau adalah untuk masyarakat kita dan agama. Akhir-akhir ini berapa kali beliau bercakap mengenai agama sebab terdapat pergolakan Islam di dunia sekarang, beliau banyak prihatin dalam masyarakat Islam Singapura. Satu cerita yang beliau bilang dengan saya, “Allaudin, orang Melayu ini orang paling baik dan mereka senang. Mereka orangnya ‘simple’, tapi orang Melayu ini ada kekuatannya yang kita tidak nampak, cuma mereka terlampau baik jadi mereka tidak menggunakan kekuatan yang ada pada mereka itu untuk mempertengahkan kemahuan mereka.

    “Mereka lebih berkompromi. Mereka selalu mengalah, dan cari jalan yang lebih baik. Itu satu budi pekerti pada orang-orang Melayu yang lain masyarakat tidak ada. Pesanan beliau dengan saya, dan keluarga saya, bila saya bawa anak-anak saya, dia akan bicara tentang persekolahan. Tiap kali. Mesti mahu belajar pandai-pandai, kita dulu mak bapak tidak pergi sekolah, sekarang mesti pergi sekolah pandai-pandai. Jangan malas. Pendidikan adalah jalan menuju kejayaan dan menaik taraf masyarakat,” tambah Encik Allaudin.

    Tambah Encik Allaudin, kehadiran mendiang Encik Nathan dalam acara-acara kemasyarakatan seperti acara Beriani Amal menunjukkan komitmen dan penghargaan beliau kepada masyarakat Islam Singapura, sekali gus membina sebuah masyarakat penyayang.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Polis Marin Hilang Dijumpai Kebingungan, Ada Kaitan Dengan Mistik

    Polis Marin Hilang Dijumpai Kebingungan, Ada Kaitan Dengan Mistik

    Seorang anggota polis marin yang dilaporkan hilang dua hari lalu, ditemui dalam keadaan kebingungan di kawasan Sungai Rambai Melaka, semalam (18 Ogos).

    Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata Rahim @ Norizam Darisun, 47 tahun, dipercayai hilang ketika pulang dari Hospital Putra Batu Pahat ke Muar selepas menghantar isterinya.

    “Kira-kira pukul 6.30 pagi, Rahim balik seorang diri dari hospital Putra Batu Pahat ke Muar. Namun, dia tidak ke pejabat atau pulang ke rumahnya selepas itu.

    “Pasukan Polis Marin Muar mencarinya dari laluan Batu Pahat ke Muar namun gagal. Telefon bimbitnya juga tidak dapat dihubungi,” kata beliau dalam kenyataan hari ini (19 Ogos).

    Bagaimanapun, mangsa kemudiannya ditemui di dalam keretanya di kawasan Rehat dan Rawat Sungai Rambai Melaka kira-kira pukul 12.10 tengah hari setelah mengesan
    isyarat dari telefonnya.

    “Mangsa dikatakan dalam keadaan kebingungan dan memberitahu ketika balik dari Hospital Putra Batu Pahat, beliau menumpangkan seorang wanita dan anaknya.

    “Semasa turun dari kenderaan, wanita berkenaan memberi wang kepada mangsa dan semasa dijumpai, mangsa mendapati duit tersebut adalah daun,” kata Abdul Wahib.

    Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan menerusi kenyataannya, dipercayai adalah kejadian mistik.

    Source: Berita MediaCorp