Tag: Melayu

  • Lima Anak Melayu Raih Pingat Emas Dari Politeknik Temasek

    Lima Anak Melayu Raih Pingat Emas Dari Politeknik Temasek

    Lima anak Melayu yang merupakan lulusan Politeknik Temasek menutup tirai persekolahan mereka minggu ini dengan meraih pingat emas sebagai pengiktirafan di atas kecemerlangan mereka.

    Setiap daripada mereka telah melalui tempoh-tempoh sukar, baik diuji dengan penyakit mahupun membuat peralihan dan penyesuaian dalam bidang pengajian baru.

    Antaranya termasuk Cik Iffah Fathin Mohd Azhar, 20 tahun, yang diuji dengan ketumbuhan sista di rahimnya sehingga menyebabkan pendarahan berlebihan setiap kali kedatangan haid bulanan.

    Pelajar jurusan Reka Bentuk Runcit dan Pelayanan itu adalah penerima Pingat Emas tajaan syarikat Designworx, syarikat yang membangun sekitaran kerja berkesan melalui solusi reka bentuk bijak.

    Dua bekas pelajar maktab rendah, Encik Muhammad Zulaidil Kasman, 26 tahun, dan Encik Muhammad Alsyaari Mohamed Shahril, 24 tahun, turut dianugerahkan dengan pingat emas kerana muncul sebagai pelajar terbaik kursus masing-masing.

    Encik Muhammad Zulaidil merupakan pelajar jurusan Diploma Pengurusan Kemudahan Bersepadu yang meraih pingat emas tajaan syarikat pengurusan hartanah dan kemudahan Property Facility Services.

    Encik Muhammad Alsyaari pula merangkul Pingat Emas tajaan Micron Foundation kerana cemerlang dalam bidang mikroelektronik.

    Penerima Pingat Emas tajaan syarikat RSA Security Analytics, Cik Nur Syakirah Mohd Said, 20 tahun, juga berdepan dengan kesulitan cabang pengajian forensik digital yang masih baru.

    Turut cemerlang tetapi tidak dapat ikut serta merakam foto bersama lulusan lain kerana bercuti di luar negara ialah Cik Amalina Ridzuan, 22 tahun, penerima Pingat Emas Sysmex Asia Pacific.

    Beliau adalah lulusan Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah dan Diploma Sains Bioperubatan yang ditawarkan tempat di Sekolah Perubatan Yong Loo Lin, Universiti Nasional Singapura (NUS).

    Mulai hari ini hingga Jumaat ini, seramai 5,437 lulusan kursus sepenuh masa dan sambilan akan menerima diploma mereka.

    Menteri Negara Kanan (Pendidikan merangkap Undang-Undang), Cik Indranee Rajah, akan merasmikan sesi pertama penyampaian diploma di Pusat Persidangan Temasek, hari ini.

     

    Source: http://beritaharian.sg

  • Apa Dah Jadi Dengan Masyarakat Melayu Singapura?

    Apa Dah Jadi Dengan Masyarakat Melayu Singapura?

    Oh Orang Melayu. Bila nak taubat? Bila nak maju?

    Semalam saya terbaca pasal pergaduhan di Geylang yang telah mengakibatkan seoang lelaki maut. Betul-betul ingatkan bangsa diorang yang terlibat sebab kan tempat kejadian kat Geylang lorong-lorong bukan Geylang Serai. Saya dimaklumkan Geylang Lorong 2 sampai Lorong 30 tu red light district di Geylang. Tak ramai Melayu did sana. Kejadian berlaku di antara Lorong 6 dengan 8. Di sana kalau ada kes sebegini selalunya bangsa diorang atau bangsa diorang yang diimport dari Cina.

    Jadi bila dapat tahu yang terlibat merupakan orang Melayu, saya begitu terkejut.

    Apa yang mereka buat di sana? Ada makanan halal ke? Duduk minum kopi je?

    Yang lebih buat saya tertanya-tanya, kenapa ada perselisihan faham sampai tak boleh bawak bicara? Satu hilang nyawa tetapi berapa banyak keluarga yang akan musnah akibat perkelahian ini? Keluarga akan berpecah belah, anak-anak susah nak ke sekolah, tiada bembingan, masa depan mereka malap. Kerana apa? Kerana seorang wanita? Maaf cakap lah, wanita yang berkenaan pun bukan lah rupa macam Rahimah Rahim ke…

    Mereka akan menyesal tak sudah. Tapi apa nak buat?

    Sayang sekali. Saya lihat masyarakat kita ni penuh budaya, penuh pegangan, penuh daya kreatif dan penuh keberanian. Tetapi ciri-ciri in disalurakan kepada initiatif atau usaha yang bukan saja membebankan, malah merosakkan.

    Saya teringat dahulu adik saya masuk penjara kerana penglibatannya dalam satu gang fight.  Rioting. Mak saya yang susah payah pergi Changi Prison untuk melawat dia.  Kita tidak ada duit. Mak pun kurang sihat tapi mak tetap mahu lihat adik saya. Dari Jurong Extension sampai Changi. Perjalanan sungguh jauh setakat nak bertemu adik kurang dari setengah jam.

    Yang lagi mebuat saya sedih, ramai jugak nenek-nenek yang ditemani cucu-cucu mereka. Saya tanya diri saya kenapa adik-adik ni tak ke sekolah? Satu ni terangkan yang dia menemani nenek dia untuk melihat bapanya yang di dalam. Dia lah yang tolong nenek dia turun naik bas, pergi register kat Prison Link Centre…budak 10 tahun dah tahu pasal masalh dunia sebegini.  Sepatutnya mereka berada di sekolah bersama rakan-rakan, bukan di Prison.

    Sudah sekian lama,  masyarakat kita masih terjebak dengan masalah sosial. Keluarga pincang, anak luar nikah, masalah dadah, masalah kumpulan samseng. Kenapa masih tak berubah?

    Mana daya saingan kita? Mana wawasan kita?

    Kalau bukan kerana masyarakat pun, ushalah yang baik-baik untuk mempertingkatkan diri anda demi masa depan kelurga. Jangan buang masa. Zaman kian berubah kalau kita tak ikut sama, kita akan hanyut ditelan arus pemodenan. Insha Allah, dengan berkat doa dan usaha, masyarakat kita akan, sedikit demi sedikit, merubah masa depan.

     

    Reader Contribution: Ismadi

  • SAF’s LTA Mohamad Fahrul Bin Saaid Excels In Australian Defence Force Academy Undergraduate Course

    SAF’s LTA Mohamad Fahrul Bin Saaid Excels In Australian Defence Force Academy Undergraduate Course

    SAF officer excels in Australian Defence Force Academy (ADFA) Undergraduate Course.

    LTA Fahrul 2

    LTA Mohamad Fahrul Bin Saaid recently completed the Australian Defence Force Academy (ADFA) Undergraduate Course. The ADFA is a tri-service Australian military academy that provides military and tertiary academic education for officers of the Australian Defence Force. The course consists of a year of military training and four years of tertiary education which is provided by the University of New South Wales.

    Scoring above distinction in Undergraduate Studies as well as obtaining First Class Honours in Civil Engineering, LTA Fahrul was awarded the Commandant’s Academic Commendation.

    “Through the ADFA Undergraduate Course, I was able to experience How our Australian counterparts manage different situations. By understanding their processes, it helps me work better with them in future bilateral engagements, especially since SAF and ADF enjoy good defense relations. I have also learnt that it is of utmost importance to establish, maintain and even strengthen defense relations with other countries.” LTA Fahrul shares his takeaways from the 5-year course.

    Congratulations and well done LTA Fahrul!

     

    Source: The Singapore Army

  • Zulfikar Shariff: Apakah Melayu Singapura Betul-Betul Maju?

    Zulfikar Shariff: Apakah Melayu Singapura Betul-Betul Maju?

    Orang Melayu selalu ditipu dengan dakwaan bahawa bangsa kita makin maju, makin kaya, makin ramai yang berada. Kalau dulu kita tinggal di rumah kampung, sekarang tinggal di rumah flat.

    Kalau kampung, tanah kita, kalau flat, tanah HDB. Tapi takpelah kita percaya juga yang kita ni makin kaya.

    Sekarang dah ada kereta, semua ada mobile phone, dah boleh melancung. Kan bagus tu.

    Tapi kita perlu juga selidik jika orang Melayu makin “kaya” kerana memang benar kita ni kaya, kerana tidak ada diskriminasi, atau hanya kerana mengikut arus keberadaan.

    Kalau kita ingin tahu jika orang Melayu makin kaya, makin mewah, kita perlu bandingkan dengan kaum bukan Melayu di Singapura. Dan bandingkan perluasan jurang kemewahan: bila ia berlaku? kenapa? siapa yang memerintah?

    Adakah kemewahan ini melalui absolute gains (kerana dunia semakin mewah jadi kita pun mewah) atau melalui relative gains (jika dibandingkan dengan kaum lain, sebenarnya kita makin miskin).

    Adakah Melayu semakin mewah? Apabila PAP memerintah, siapa yang lebih mendapat habuan? Sama rata ke? Atau ada kaum yang makin mewah? Dan kita sebenarnya makin miskin?

    Menurut Lily Zubaidah Rahim, PAP tidak suka kita bandingkan kemewahan orang Melayu dengan bangsa lain kerana ia akan menunjukkan jurang yang makin meluas (23-24).

    The economic gap between the Malay and Chinese communities grew since the PAP took over.

    “the gap between Malays and Chinese in the two highest occupational categories was 2.3 in 1957, which increased to 4.1 per cent in 1970 and 9.6 per cent in 1980.

    Whereas there was approximately the same proportion of Malays and Chinese in the lower manual category in 1957, by 1980 there were 10 per cent more Malays in this occupational grouping. In the 1980s, the Chinese community continued to enjoy greater occupational mobility relative to the Malay and Indian communities…

    While there was a decrease of 25.3 per cent of Chinese male workers in the income category of less than $400 a month between 1975 and 1980, the proportion of Malays in that income category actually increased by 1.5 per cent in the same period.

    Whereas there was an increase of 5.9 per cent of Chinese male workers in the income bracket of more than $1,000 per month between 1975 and 1980, the increase for Malays was only 1.9 per cent…

    In 1980, the average Malay household income was 73.8 per cent of the average Chinese household income. By 1990, the income gap widened as the average Malay income dropped to 69.8 per cent of the average Chinese household income.” (20)

    Rahim, Lily Zubaidah. The Singapore dilemma: The political and educational marginality of the Malay community. Oxford University Press, USA, 1998.

     

    Source: Zulfikar Shariff

  • Dzar Ismail: Jangan Rosakkan Lagi Nama Baik Budak-Budak CD, Hantar Culprits Gi Nepal

    Dzar Ismail: Jangan Rosakkan Lagi Nama Baik Budak-Budak CD, Hantar Culprits Gi Nepal

    Pikirkanlah blood brother korang yg bertungkus lumus bantu mangsa gempa kat Nepal. Jangan sebab segelintir, sebar video rosakkan harta bende, semua nama jadi busuk. Aku pun dulu SCDF jugak.

    Dulu-dulu pakcik-pakcik pandang hina kat aku beb. Nak tackle anak dia, tanya army ker SCDF. Bila sebut SCDF, dia pandang atas bawah.

    Last bila jumpa masa jemputan, cakap dia selalu dengar aku, dan berkenan sangat dengan aku. Well its too late pakcik, sapa suro ko pandang hina kat SCDF! Tapi mungkin selepas hari nih, dia akan senyum! Dia akan cakap, “Aku dah cakap dah!” Aku tau dia tengah senyum! Aku tampar kang. Jadi, hargailah mereka yg mengharumkan nama SCDF. Jangan amek sambil lewa, bila pakai uniform, sebab yg lain, yg tak bersalah, semua akan terbabit.

    Dan kepada SCDF, janganlah sampai buang mereka, tapi, hantarlah mereka ke Nepal, baru mereka tau hargai kehidupan susah, cari mangsa pakai tangan, angkat batu bata, jadi rescuer, jadi medic, baru tahu menilai erti pakai uniform biru tuh.

    Nih dah lemak sangat nih.

     

    Source: Dzar Ismail