Tag: MUIS

  • MUIS Dekati Ibu Bapa Demi Bantu Anak-Anak Tangani Radikalisme Di Media Sosial

    MUIS Dekati Ibu Bapa Demi Bantu Anak-Anak Tangani Radikalisme Di Media Sosial

    MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) bakal mendekati ibu bapa untuk memberi panduan kepada mereka bagaimana membantu anak mereka dalam mengendali radikalisme di media sosial.

    Langkah terbaru Muis itu bakal diperkasa dengan menganjurkan sebuah seminar keibubapaan bagi menyediakan wadah kepada ibu bapa dalam menggunakan media sosial sebagai alat meningkatkan pembelajaran.

    Ibu bapa juga bakal dibekalkan sebuah buku panduan bertajuk ‘Resilient Families: Safeguarding Against Radicalisation’ (Keluarga Berdaya Tahan: Berlindung dari Radikalisme).

    Menurut jurucakap Muis, buku panduan ini julung kali diterbitkan Pejabat Mufti dalam usaha mempersiap dan memperkasa ibu bapa membimbing kanak-kanak menggunakan media sosial dengan selamat.

    Seminar keibubapaan yang akan dianjurkan Sabtu ini bertajuk Parenting IRL (In Real Life)*: Raising The Snapchat Generation atau Keibubapaan (Dalam Hidup Sebenar): Membesarkan Generasi Snapchat.

    Seminar dan buku panduan itu juga bertujuan menyedarkan ibu bapa tentang cabaran dalam percambahan media sosial dalam masyarakat hari ini.

    Menurut jurucakap Muis, peranti elektronik yang menghubungkan mereka ke Internet digunakan secara meluas hari ini. Sesetengah anak mula menggunakan peranti sedemikian pada usia yang terlalu muda.

    Bagi kanak-kanak dan remaja, media sosial menyediakan platform bagi mereka meneroka dunia maya melalui permainan dan interaksi. Ini mendedahkan mereka kepada pelbagai risiko.

     

    Source: www.beritaharian.sg

  • Ustaz Abd Al-Halim: The Ummah Should Be More Concerned About ARS

    Ustaz Abd Al-Halim: The Ummah Should Be More Concerned About ARS

    AsSalaam’alaikum!

    I attended the ARS seminar days ago – the first one in English – and cannot shake off the feeling that there is more that needs to be discussed. Though I brought up quite a few issues that need addressing and were responded to, many agree that some of the responses were not assuring. I think that the ummah should be more concerned about the ARS then they are now. I, like others, worry that it is becoming a mechanism for control.

    May Allah swt preserve the well-being of the true knowledgeable ulama and protect the ummah from being misled by the ulama suu’ as well as the asatizahs who actually have little knowledge and yet dare to teach and guide the ummah.

     

    Source: Ustaz Abd’ Al-Halim

  • Idham Ahmad: MUIS Needs To Train Staff In PR

    Idham Ahmad: MUIS Needs To Train Staff In PR

    I am seriously wondering if MUIS trains their staff any form of PR .

    If have problem, minta kerjasama lah bukan beri arahan.

    Saya ini orang luar. Saya bukan staff awak yang awak nak beri arahan dan hantar message marah-marah.

    Sampai hilang rasa hormat pada Tuan Imam…

     

    Source: Idham Ahmad

  • Ustaz Abd’ Al-Halim: Layak Mengajar Agama Kerana Ilmu Atau Sijil ARS?

    Ustaz Abd’ Al-Halim: Layak Mengajar Agama Kerana Ilmu Atau Sijil ARS?

    AsSalaam’alaikum!

    Saya rasa ramai di Singapura perlu fikirkan – jika seseorang guru agama yang sekian lama mengajar tentang Islam tetapi tiada sijil ARS (Asatizah Recognition Scheme) maka tidak dibenarkan mengajar dimana-mana institusi keagamaan di Singapura, adakah ini bermakna ilmunya itu sudah hilang? Adakah bermakna dia sebenar-benarnya tidak layak lagi untuk mengajar? Dan jika pensijilan ARS bergantung kepada menghadirkan diri di program-program MUIS atau mana-mana program yang diluluskannya, adakah ini bermakna seseorang guru agama itu yang tidak sering menghadirkan diri tiba-tiba kehilangan ilmu agamanya?

    Tidakkah kelayakkan utama seseorang guru agama yang berhak mengajar ialah berdasarkan keilmuannya?

    Ya, mungkin juga yang bersijil itu juga berilmu TETAPI jika benar yang berilmu boleh dinafikan pensijillan maka timbul persoalan; adakah kamu mahu belajar daripada yang bersijil ataupun yang sebenarnya berilmu?

     

    Source: Abd’ Al-Halim

  • Masyarakat Melayu/Islam Singapura Perlu Pimpinan Agama Kuat, Berwibawa

    Masyarakat Melayu/Islam Singapura Perlu Pimpinan Agama Kuat, Berwibawa

    KAHIRAH, MESIR: Masyarakat Melayu/Islam Singapura memerlukan kepimpinan keagamaan yang kuat dan berwibawa.

    Ini sedang Singapura berdepan dengan cabaran-cabaran ekonomi baru. Malah, masyarakat Melayu/Islam juga perlu menyesuaikan diri dengan keadaan baru untuk terus berkembang.

    Mutu dan nilai kepimpinan yang tulen jugalah yang akan memberi manfaat kepada masyarakat Melayu/Islam, di tengah-tengah sekitaran yang tidak menentu dan berubah-ubah.

    Demikian ditegaskan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, kepada para pelajar Singapura yang baru tamat pengajian di Universiti Al-Azhar di Kahirah. Majlis konvokesyen (1 Nov) bagi 45 penuntut Singapura di ibu kota Mesir itu lebih istimewa, kerana buat pertama kalinya, diserikan dengan kehadiran Presiden Tony Tan Keng Yam, yang kini dalam rangka lawatan negara selama lima hari ke Mesir.

    Presiden Tony Tan Keng Yam bersama graduan Singapura, Aufa Muhammad Sidqee di majlis konvokesyen di Universiti Al-Azhar. (Gambar: MUIS)

    MANFAATKAN PEJABAT KERJAYA DAN KEBAJIKAN PELAJAR (SCWO)

    Dr Yaacob yang juga merupakan Menteri Perhubungan dan Penerangan menekankan, semangat ingin tahu dan terus menerus belajar merupakan satu lagi kualiti penting kepimpinan. Lantaran itu, beliau mengajak para graduan supaya melihat majlis konvokesyen itu sebagai “hanya satu tahap dalam perjalanan panjang untuk mempertingkatkan diri anda”.

    “Anda mesti secara konsisten mempertingkatkan diri anda dengan ilmu dan kemahiran-kemahiran yang relevan, untuk bergerak seiring dan berkembang maju dalam dunia yang sentiasa berubah,” ujar Dr Yaacob dalam ucapan tersebut.

    Beliau kemudian memberitahu para graduan universiti ulung itu, bahawa mereka boleh memanfaatkan sumber-sumber dari Pejabat Kerjaya dan Kebajikan Pelajar (SCWO) yang baru ditubuhkan. SCWO menawarkan peluang-peluang latihan kepada mahasiswa dan siswazah dalam usaha mempersiapkan mereka untuk ekonomi baru. SCWO bekerjasama dengan agensi-agensi awam dan swasta.

    FAHAMI KOMPLEKSITI MASYARAKAT & DAPATKAN ILMU DI LUAR DISIPLIN KEAGAMAAN

    Menyentuh mengenai Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS), Dr Yaacob berkata MUIS merancang untuk menjalankan lebih banyak lagi program untuk para graduan Singapura dari universiti Islam luar negara. Program-program tersebut merupakan “satu keperluan” sebelum mereka didaftarkan ke dalam ARS, kongsi Dr Yaacob.

    Program tersebut, di mana para pesertanya didedahkan kepada pelbagai perspektif berhubung tradisi Islam dan konteksnya dengan kehidupan moden, “akan mempersiapkan anda untuk berjaya sebagai asatizah”, kata Dr Yaacob lagi.

    (Gambar-gambar: MUIS)

    Beliau yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Keselamatan Siber, menyeru para graduan Islam Singapura supaya “memahami kompleksiti masyarakat” dan mempunyai kemahiran berbeza-beza “di luar disiplin sains keagamaan”.

    Dr Yaacob berharap mereka juga akan mendewasa dengan menjadi “satu suara yang berkeyakinan untuk masyarakat progresif kita, untuk membimbing masyarakat supaya istiqamah dengan agama kita, dan menyumbang kepada pembinaan sebuah negara yang harmoni”.

    Selain Presiden Tony Tan, majlis konvokesyen itu turut dihadiri Timbalan Imam Besar Al Azhar, Dr Abbas Shoman, Duta Singapura ke Mesir, Encik S Premjith dan Timbalan Ketua Eksekutif MUIS, Dr Albakri Ahmad.

    Source: http://berita.mediacorp.sg