Tag: Nick Mikhail

  • Nick Mikhail Jelaskan, “Itu Bukan Ugutan” Terhadap Zed Zaidi, Presiden Seniman

    Nick Mikhail Jelaskan, “Itu Bukan Ugutan” Terhadap Zed Zaidi, Presiden Seniman

    “Itu bukan ugutan.” Demikian penjelasan pelakon Nick Mikhail berhubung komen Facebook Live beliau terhadap Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi.

    Penjelasan itu juga dibuat menyusuli laporan polis yang dibuat oleh Persatuan Seniman terhadap Nick kerana dikatakan mengugut dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Zed.

    Nick berkata demikian dalam temu bual secara langsung menerusi Facebook bersama BERITAMediacop awal pagi tadi (4 Ogos).

    BUKAN UGUTAN TETAPI CABARAN

    Nick mengakui mungkin imej beliau menjejas pemikiran pihak lain bahawa kata-kata yang dikeluarkan itu berbunyi ugutan walhal ia lebih kepada “cabaran” untuk Zed Zaidi.

    Nick juga menjelaskan ayatnya “lu langgar Aliff, gua langgar lu. Lu datang sini, gua mahu tengok lu punya pancung” sebenarnya bermaksud “anda mengacau Aliff, saya mengacau anda. Anda datang ke sini, saya mahu lihat apa yang anda boleh lakukan.

    “Itu bukan ugutan. Itu cabaran. Kalau ugut saya akan kata ‘lu datang gua rembat’, ‘lu datang gua potong’. Jadi apa yang saya mengatakan itu hanyalah cabaran bukan ugutan. Mungkin imej saya atau bahasa samseng saya disalah faham orang,” jelas beliau kepada BERITAMediacorp.

    Nick juga mendakwa beliau hanya menunjukkan sikap samseng atau menggunakan bahasa itu kerana perkara yang sama dilakukan Zed dalam temu bualnya bersama laman Roti Kaya.

    “Zed berkata ‘kau buat sekali lagi, gua cari lu sampai dapat’. Itu ugutan. Beliau mengugut Aliff. Dan kata-kata sebegitu hanya samseng yang gunakan bukan seorang yang memegang jawatan Presiden. Anda pernah dengar Presiden berbual begitu? Kenapa itu tidak diperkatakan?” tambah Nick.

    DEMI CINTA TERHADAP INDUSTRI, BAKAT TEMPATAN

    Pelakon Singapura itu selanjutnya menjelaskan kepada BERITAMediacorp bahawa tindakan beliau menyuarakan pendapat di media sosial bukanlah untuk meraih populariti tetapi lebih kepada mempertahankan perjuangan seni bakat Singapura yang merantau ke negara orang.

    Nick berkongsi meskipun orang ramai nampak bakat Singapura yang berjaya menempah nama di negara lain hidup senang sekarang, mereka tidak lihat kesusahan yang dilalui anak-anak Singa itu.

    “Mereka harus merempat, tumpang tempat teduh, bermalam dalam kereta. Kita tidak tahu itu semua. Jadi apabila ada pihak kelihatan seperti menindas mereka, saya terpanggil untuk mempertahankan mereka. Biarlah saya kelihatan seperti orang yang jahat,” luah Nick kepada BERITAMediacorp.

    Beliau tidak akan mencampur tangan melainkan isu bakat Singapura ditindas dan sebagainya, menurutnya, sambil menambah beliau bertindak demikian kerana sangat mencintai industri seni dan bakat-bakat Singapura yang kerap tidak dipertahankan mana-mana pihak.

    Demi cinta itu juga Nick akur bahawa perkara sebegini membawa kepada banyak berlakunya tempias kepada keluarga. Beliau sendiri mendakwa menerima banyak ugutan bunuh dan kata-kata kesat yang turut dilemparkan kepada anaknya.

    “Anda rasa saya tidak terkesan? Orang kata macam-macam tentang anak saya, isteri saya. Saya terima ugutan seperti ‘kau masuk JB kau mati’, ‘kau masuk KL kau mati’. Anda rasa saya tidak pernah terfikir diri saya akan ditikam dari belakang. Namun, siapa lagi yang akan mempertahankan anak Singa kita,” katanya.

    Lukisan Nick bersama anaknya. (Gambar: Facebook/ Nick Mikhail Razak)

    TIDAK ADA MASALAH DENGAN WARGA, ARTIS M’SIA, SENIMAN

    Nick, yang sebenarnya pernah menjadi anggota Seniman pada tahun 2002 hingga 2003, menyebut bahawa beliau tidak pernah ada masalah dengan negara, warga dan artis Malaysia.

    Beliau juga menekankan bahawa beliau juga tidak ada masalah dengan Seniman dan sendiri menghargai layanan baik dan kenangan manis semasa beliau menjadi anggota persatuan itu.

    Secara peribadi, menurut Nick, beliau memahami kenapa aduan itu dibuat dan memuji langkah itu kerana itulah perpaduan antara rakan dan keluarga yang harus ditonjolkan.

    “Ingin saya menekankan sekali lagi, saya tidak ada masalah dengan warga, artis Malaysia dan Seniman. Jika ada yang tersinggung dengan video saya, saya meminta maaf,” ujar Nick.

    Apabila ditanya mengenai langkah seterusnya terhadap aduan polis berkenaan, Nick memberitahu BERITAMediacorp bahawa beliau sudah mendapatkan nasihat guaman dan akan memerhatikan perkembangan aduan tersebut di Malaysia.

    “Mengenai isu Zed, saya hanya akan meminta maaf kepadanya jika beliau menarik balik kenyataannya terhadap Aliff, mengaku kata-katanya mungkin melampau dan seperti mengugut Aliff. Selepas itu, barulah saya akan meminta maaf kepadanya (Zed Zaidi),” kongsi beliau.

     

    Source: http://berita.mediacorp.sg/

  • Zed Zaidi Rasa Terugut, Kakitangan Persatuan Seniman Lapor Nick Mikhail Kepada Polis

    Zed Zaidi Rasa Terugut, Kakitangan Persatuan Seniman Lapor Nick Mikhail Kepada Polis

    Gara-gara mengugut dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Zed Zaidi, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) membuat laporan polis terhadap seorang selebriti televisyen Singapura iaitu Nick Mikhail Razak.

    Pada Selasa lalu, Nick Mikhail mengeluarkan tuduhan itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Facebooknya.

    Laporan polis dibuat oleh Pengerusi Biro Perpaduan dan Antarabangsa Seniman iaitu Datuk Subash Sundaramoorthy, 36, di Balai Polis Taman Melawati  pada Khamis.

    Menurut Subash, pihak Seniman terpanggil untuk melaporkan kepada polis mengenai perkara itu setelah merasakan tindakan Nick Mikhail itu melampau sehingga mencalarkan kredibiliti Zed Zaidi yang juga merupakan Presiden Persatuan Seniman Malaysia.

    Malah jelas Subash, ia bukan kali pertama individu itu menyelar Zed Zaidi dan pihaknya sebelum ini hanya berdiam diri kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.

    “Ini kali ketiga individu berkenaan mengugut dan mengeluarkan kata-kata kesat, fitnah terhadap Seniman dan presiden jadi atas sebab itu kita rasakan perlu membuat laporan polis kerana sebelum ini kami senyap sahaja.

    “Kata-katanya iaitu ‘kalau lu langgar sama Aliff Aziz lu langgar sama gua. Sekarang wa cabar sama lu, lu pancung, lu datang kita tunggu sama lu’ adalah satu ugutan melampau.

    “Kita rasa bertanggungjawab untuk mempertahankan Seniman dan presiden dari terus diperkotak-katikkan oleh individu yang tiada kaitan dengan persatuan.

    “Zed sendiri tidak tahu kami akan buat laporan polis dan hanya memberitahunya pagi ini,” akhirnya.

     

    Source: www.karyahati.com

  • Don’t Leave Our Legends Hanging

    Don’t Leave Our Legends Hanging

    I read with sadness on the current state of Alias Kadir.

    He and his band of comedian brothers brought us so much joy over the years. konfirm pecah perut ah.

    It is very unfortunate that someone who can give  so much happiness to strangers is suffering in silence, even though he puts up a brave front.

    The situation is like how our older legendary footballers were treated. Only now you see people trying to do something about it but in the past no one cared. Most of them didn’t earn much, didn’t have insurance and there were no proper planning for them when they retire. They were forgotten when they are not useful anymore.

    Is the same thing happening to Alias Kadir? It is one thing to honour them with achievement awards but at the end of the day, money counts too. Unless you make it really big like Aaron Aziz, many work as part-time actors/comedians and have little savings and CPF.

    Where are the Malay MPs and Ministers? What Nick Mikhail said its very true. When P Ramlee was still alive, no one cared. Only when he passed away people started to do more for him. Too late.

    Don’t let the same thing happen to Alias Kadir.

     

    Fid

    Reader Contribution