Tag: pelajar

  • Berlumba-Lumba Hantar Anak Ke Kelas Tuisyen

    Berlumba-Lumba Hantar Anak Ke Kelas Tuisyen

    Pagi ini, saya mendengar sebuah stesyen radio membincangkan isu kelas tambahan atau tuisyen untuk kanak-kanak seawal 4 tahun. Macam biasa, ramai parents membuat call memberi pendapat dan rata-ratanya bersetuju kanak-kanak perlukan tuisyen.

    “Malu lah kalau anak saya tak pergi tuisyen, kawan-kawan sy semua hantar anak pergi tuisyen.”

    “Tuisyen kan sekarang trend. Kita kena follow trend.”

    “Daripada membazir masa di rumah, elok lah hantar anak ke kelas tambahan.”

    Owner pusat tuisyen pun siap called ni,

    “Bagus hantar anak ke pusat tuisyen, sekurang2nya anak-anak tak terkejut bila masuk ke pendidikan formal.Senang lulus ujian Linus. Masuk kelas first.”

    Pemikiran ibu bapa di Malaysia hari ini sangat menakutkan. Berlumba-lumba bersaing untuk menayangkan anak siapa paling cepat pandai. Untuk apa ya?

    Dan kebanyakkannya adalah ibu bapa di kalangan golongan yang agak berada dan berpendapatan tinggi. Tapi, malangnya keberadaan dan kemewahan yang dikecap, gagal ditancap sebaiknya untuk membuat mereka cakna mengenai kepentingan dan keperluan anak-anak yang betul-betul di perlukan.

    Alhamdulillah, sejak dari dulu rakyat Malaysia sedar mengenai isu penderaan fizikal. Mendera dan mrotan akan memberi impak yang berpanjangan kepada perkembangan anak-anak yang berterusan.

    Tapi kita terlupa, selain fizikal, kanak-kanak juga terdera EMOSI dan MENTALnya. Percayalah, penderaan mental dan emosi adalah lagi teruk dari penderaan fizikal. Fizikal kita boleh nampak luaran, mental dan emosi kita tak boleh nampak.

    Kita marah ibu bapa yang dera anak secara fizikal. Tapi kita terlupa pandang diri sendiri.

    Dan minggu ini, pelajar seawal 11 tahun membunuh diri akibat kegagalan beliau di dalam peperiksaan. Sebuah sistem yang membentuk intelektual kanak-kanak, tapi gagal membentuk akhlaq dan sahsiah. Di dorong oleh ibu bapa yang jumud jiwa nya.

    Bila kita nak sedar?

    Tak kan nak berhenti bila di dada akhbar terpampang

    “Pelajar Tadika bunuh diri dan membunuh rakan lain kerana gagal membaca ABC dan membuat kiraan mudah 1+1?”

    Berhenti lah ibu bapa. Semua ini salah. Kita semua salah.

    Ini semua malapetaka. Berhentilah.

  • Pelajar Pengsan Selepas Melahirkan Bayi Perempuan Di Sekolah; Dia Dikatakan Melahirkan Bayi Bersendirian Sebelum Ditemui

    Pelajar Pengsan Selepas Melahirkan Bayi Perempuan Di Sekolah; Dia Dikatakan Melahirkan Bayi Bersendirian Sebelum Ditemui

    Seorang pelajar perempuan ditemui pengsan di surau sekolah menengah di sini, hari ini, selepas melahirkan bayi perempuannya, lapor Harian Metro.

    Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Azham Shah Azlan berkata, polis menerima panggilan daripada pihak sekolah yang memaklumkan penemuan pelajar berusia 15 tahun itu dalam keadaan tidak sedarkan diri di surau sekolah jam 10.30 pagi tadi.

    “Anggota polis pergi ke lokasi dan menemui pelajar terbabit terbaring bersama bayi perempuan di atas badannya.

    “Pelajar terbabit dikatakan melahirkan bayi itu bersendirian sebelum ditemui guru. Dia kemudian dihantar ke Hospital Jempol untuk rawatan lanjut bersama bayi itu,” katanya.

    Susulan kejadian itu, polis menahan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang juga merupakan pelajar sekolah berkenaan untuk membantu siasatan.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

     

    Source: http://www.thereporter.my

  • 45 Penuntut Melayu/Islam Terima Anugerah Bestari 4PM

    45 Penuntut Melayu/Islam Terima Anugerah Bestari 4PM

    Seramai 45 penuntut Melayu/Islam terbaik ITE menerima Anugerah Bestari 4PM tahun ini.

    Salah seorang daripada mereka menerima anugerah pelajar cemerlang, iaitu pengiktirafan tertinggi bagi pelajar ITE Melayu/Islam.

    Sejak tahun 2002, Anugerah Bestari mengiktiraf para penuntut yang mencatat pencapaian akademik serta aktiviti di luar bilik darjah terbaik.

    Anugerah disampaikan oleh Pemangku Menteri Pendidikan, Ng Chee Meng.

    Setiap penerima anugerah diberikan sijil dan wang tunai bernilai antara $150 dan $200.

    Para penerima juga berpeluang menyertai program Kelab Bestari selama tempoh setahun untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.

    Naib Pengerusi 4PM Abu Bakar Sidiq berkata: “Fokus kelab Bistari adalah untuk memberi para pelajar kemahiran dalam kemimpinan agar mereka dapat terus membimbing generasi seterusnya.

    “Dengan program ini, kami berharap para pemenang dapat memberi semangat kepada yang lain untuk berjaya seperti mereka.”

    “Saya akan menggunanya sebagai motivasi untuk saya belajar diploma saya dan saya juga ingin menggunakannya sebagai motivasi untuk semua khalayak Melayu/Islam di Singapura, bahawa kita boleh berjaya,” kata penerima Anugerah Penuntut Cemerlang 2016 Izzuddin Zulkiflee.

    Source: http://berita.mediacorp.sg