45 Penuntut Melayu/Islam Terima Anugerah Bestari 4PM

Seramai 45 penuntut Melayu/Islam terbaik ITE menerima Anugerah Bestari 4PM tahun ini.

Salah seorang daripada mereka menerima anugerah pelajar cemerlang, iaitu pengiktirafan tertinggi bagi pelajar ITE Melayu/Islam.

Sejak tahun 2002, Anugerah Bestari mengiktiraf para penuntut yang mencatat pencapaian akademik serta aktiviti di luar bilik darjah terbaik.

Anugerah disampaikan oleh Pemangku Menteri Pendidikan, Ng Chee Meng.

Setiap penerima anugerah diberikan sijil dan wang tunai bernilai antara $150 dan $200.

Para penerima juga berpeluang menyertai program Kelab Bestari selama tempoh setahun untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.

Naib Pengerusi 4PM Abu Bakar Sidiq berkata: “Fokus kelab Bistari adalah untuk memberi para pelajar kemahiran dalam kemimpinan agar mereka dapat terus membimbing generasi seterusnya.

“Dengan program ini, kami berharap para pemenang dapat memberi semangat kepada yang lain untuk berjaya seperti mereka.”

“Saya akan menggunanya sebagai motivasi untuk saya belajar diploma saya dan saya juga ingin menggunakannya sebagai motivasi untuk semua khalayak Melayu/Islam di Singapura, bahawa kita boleh berjaya,” kata penerima Anugerah Penuntut Cemerlang 2016 Izzuddin Zulkiflee.

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *