Tag: Rantai

  • Kes Anak Dirantai Pada Tong Gas Sebab Tidak Mahu Ke Sekolah; Bapanya Merupakan Seorang Anggota Tentera

    Kes Anak Dirantai Pada Tong Gas Sebab Tidak Mahu Ke Sekolah; Bapanya Merupakan Seorang Anggota Tentera

    Hanya kerana anaknya tidak mahu ke sekolah, seorang bapa bertindak kejam hingga sanggup mengikat kanak-kanak berusia 10 tahun itu pada tong gas, dengan menggunakan rantai, di sebuah rumah di Indera Mahkota, di sini, semalam.

    Tindakan tidak berperikemanusiaan lelaki terbabit terbongkar selepas sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan melakukan pemeriksaan di rumah tersebut selepas menerima maklumat kira-kira pukul 10 pagi.

    Ekoran pemeriksaan yang dilakukan pasukan polis berjaya menyelamat mangsa serta menahan lelaki terbabit yang merupakan anggota tentera di Kem Batu 10, Jalan Gambang di sini bersama isterinya.

    Difahamkan, mangsa merupakan anak ketiga daripada lima beradik.

    Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, ketika pemeriksaan, pihaknya cuba mengetuk pintu hadapan rumah itu namun tiada jawapan sebelum polis membuat pemeriksaan di tingkap belakang rumah.

    “Hasil pemeriksaan dilakukan polis menemukan seorang kanak-kanak hanya memakai seluar berada dalam keadaan leher diikat pada tong gas dengan menggunakan rantai selain berkunci,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

    Tambah Abdul Aziz, polis terpaksa memecah masuk ke dalam rumah itu dan cuba mengejutkan mangsa namun kanak-kanak terbabit tidak sedarkan diri kerana pengsan.

    Ujar beliau, pihaknya kemudian meminta bantuan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan bagi membuat rawatan kepada mangsa.

    “Siasatan awal mendapati, mangsa baru sehari iaitu kelmarin tidak ke sekolah menyebabkan bapanya bertindak di luar dugaan,” katanya.

    Beliau berkata, bapa kanak-kanak itu ditahan reman selama seminggu bermula hari ini di Lokap Balai Polis Kuantan manakala ibunya yang berusia 30 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016.

     

    Source: http://www.astroawani.com

  • Gambar Budak Perempuan Dirantai Pada Sebatang Tiang Jadi Viral

    Gambar Budak Perempuan Dirantai Pada Sebatang Tiang Jadi Viral

    Beberapa gambar seorang budak perempuan memakai uniform sekolah yang kelihatan seperti dirantai pada sebatang tiang di sebuah apartment menjadi viral di media sosial.

    Menurut laporan The Star, gambar-gambar yang tersebar di laman Facebook sejak petang Rabu (26 Okt) menunjukkan kaki kanan budak itu dirantai pada tiang berkenaan sementara beg sekolah dan botol airnya berada bersebelahan budak itu.

    Namun masih belum jelas sama ada budak itu ditinggalkan di situ oleh ibu bapa atau penjaganya, dan berapa lama budak itu dirantai.

    Berdasarkan gambar-gambar itu, insiden itu kelihatan berlaku di tempat letak kereta blok tersebut, dengan seorang pengguna Facebook mendakwa lokasi itu mungkin di kawasan Sunway.

    Para netizen juga dengan pantas mengutuk keras tindakan itu, dengan kebanyakan daripada mereka menyalahi ibu bapa budak perempuan itu kerana mengambil tindakan sedemikian untuk menghukum anak mereka.

    Namun, terdapat juga mereka yang mempertahankan perbuatan itu, meskipun mereka tidak setuju dengan hukuman sedemikian.

    Ada juga yang mengutuk para pengguna Facebook kerana mengongsi gambar budak perempuan itu dan menggesa mereka supaya membuat aduan polis, menurut laporan The Star.

    Source: Berita MediaCorp

deneme bonusu