Gambar Budak Perempuan Dirantai Pada Sebatang Tiang Jadi Viral

Beberapa gambar seorang budak perempuan memakai uniform sekolah yang kelihatan seperti dirantai pada sebatang tiang di sebuah apartment menjadi viral di media sosial.

Menurut laporan The Star, gambar-gambar yang tersebar di laman Facebook sejak petang Rabu (26 Okt) menunjukkan kaki kanan budak itu dirantai pada tiang berkenaan sementara beg sekolah dan botol airnya berada bersebelahan budak itu.

Namun masih belum jelas sama ada budak itu ditinggalkan di situ oleh ibu bapa atau penjaganya, dan berapa lama budak itu dirantai.

Berdasarkan gambar-gambar itu, insiden itu kelihatan berlaku di tempat letak kereta blok tersebut, dengan seorang pengguna Facebook mendakwa lokasi itu mungkin di kawasan Sunway.

Para netizen juga dengan pantas mengutuk keras tindakan itu, dengan kebanyakan daripada mereka menyalahi ibu bapa budak perempuan itu kerana mengambil tindakan sedemikian untuk menghukum anak mereka.

Namun, terdapat juga mereka yang mempertahankan perbuatan itu, meskipun mereka tidak setuju dengan hukuman sedemikian.

Ada juga yang mengutuk para pengguna Facebook kerana mengongsi gambar budak perempuan itu dan menggesa mereka supaya membuat aduan polis, menurut laporan The Star.

Source: Berita MediaCorp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *