Tag: shah alam

  • Lelaki Berjubah Dan Bertopeng Menyamun Kanak-Kanak Di Surau

    Lelaki Berjubah Dan Bertopeng Menyamun Kanak-Kanak Di Surau

    Jika imej lelakai berjubah sering menggambarkan keadaan beribadah, sebaliknya yang berlaku di Shah Alam, Malaysia! Seorang lelaki memakai jubah dan bertopeng menyamun seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dengan bersenjatakan sebilah pisau. Lebih teruk lagi, kejadian itu berlaku di sebuah surau, menurut laporan Harian Metro. Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata ibu mangsa yang berusia 34 tahun sedang menunaikan solat Zuhur di surau berkenaan semasa kejadian itu berlaku.

    “Bagaimanapun, wanita itu terkejut apabila terdengar jeritan anaknya dan melihat suspek yang memegang pisau membawa lari beg tangan miliknya. Berdasarkan rakaman CCTV surau itu, lelaki tersebut didapati menutup mukanya dengan topeng dan memakai jubah,” kata beliau kepada Harian Metro.

    Menurut Encik Shafien, tiada kecederaan dilaporkan dan mangsa kemudian membuat aduan polis untuk tindakan lanjut. Encik Shafien menambah bahawa wanita itu kemudian menerima panggilan telefon daripada seorang pemandu teksi berusia 57 tahun yang menemui beg tanggannya. “Barangan yang ditemui dalam beg itu antaranya kad pengenalan, MyKid anaknya, kad ATM dan kad daftar hospital. Namun, tiada wang tunai dietmui,” tambah Encik Shafien kepada Harian Metro. Beliau menjelaskan bahawa pihak polis sedang mempergiatkan usaha memburu suspek dan kes itu disiasat mengikut Kanun Keseksaan.

     

    Source: Harian Metro

  • Man Offered To Ride Malaysian Couple’s Tire Punctured Motorcycle And Brought Them Safely To Workshop

    Man Offered To Ride Malaysian Couple’s Tire Punctured Motorcycle And Brought Them Safely To Workshop

    Otw balik keje . .tayar motor pecah atas highway . Behenti tepi jalan check . .dah gelong dah . Tak boleh naik berdua . .then tasya cakap kat husband,tak pe lah .g bengkel dulu . .dah repair nanti datang ambil tasya kt tepi highway ni . .sebab tk boleh naik berdua kan . .tapi husband cakap ,tak pe lah . .kita jalan kaki tolak je motor . .time jalan kaki tuh dah fikir,cmne lah kita nak tolak motor naik flyover nanti . .hahahaha . .otw jalan kaki,ada motor bhnti . .tnye knp semua . .then check tayar,dia terus bagi kunci motor kat husband untuk kami berdua n dia bawak motor yang tayar pecah tuh . .dalam hati bersyukur sangat ada orang tolong . .dah sampai tol setia alam,ingatkan dia akan drop kteorang kt situ rupa nyer dia straight je masuk setia alam g bengkel kat setia alam . .lagi bersyukur sebab dah dipermudahkan . .dah la jauh sebab dah hujung setia alam . Dengan tayar dah makin gelong . Dah sampai bengkel,bengkel tutup sebab dah 7 lebih . .dia kata tutup lah . Pergi kat meru yea . .dia bawak ke meru . Nasib baik bengkel tuh bukak lagi . .btw thanks to abg baju merah sebab dah tolong kami . .kalau abg baju merah tak tolong,mungkin pukul 9 malam baru kami sampai tol setia alam sebab tolak motor . Even tak kenal pun. .Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan .

    P/s : buat husband ai,nanti kalau kita dah senang ,jangan lupa ai yang pernah jalan kaki tolak motor dengan you

     

    Source: Natasya Khairuddin