Lelaki Berjubah Dan Bertopeng Menyamun Kanak-Kanak Di Surau

Jika imej lelakai berjubah sering menggambarkan keadaan beribadah, sebaliknya yang berlaku di Shah Alam, Malaysia! Seorang lelaki memakai jubah dan bertopeng menyamun seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dengan bersenjatakan sebilah pisau. Lebih teruk lagi, kejadian itu berlaku di sebuah surau, menurut laporan Harian Metro. Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata ibu mangsa yang berusia 34 tahun sedang menunaikan solat Zuhur di surau berkenaan semasa kejadian itu berlaku.

“Bagaimanapun, wanita itu terkejut apabila terdengar jeritan anaknya dan melihat suspek yang memegang pisau membawa lari beg tangan miliknya. Berdasarkan rakaman CCTV surau itu, lelaki tersebut didapati menutup mukanya dengan topeng dan memakai jubah,” kata beliau kepada Harian Metro.

Menurut Encik Shafien, tiada kecederaan dilaporkan dan mangsa kemudian membuat aduan polis untuk tindakan lanjut. Encik Shafien menambah bahawa wanita itu kemudian menerima panggilan telefon daripada seorang pemandu teksi berusia 57 tahun yang menemui beg tanggannya. “Barangan yang ditemui dalam beg itu antaranya kad pengenalan, MyKid anaknya, kad ATM dan kad daftar hospital. Namun, tiada wang tunai dietmui,” tambah Encik Shafien kepada Harian Metro. Beliau menjelaskan bahawa pihak polis sedang mempergiatkan usaha memburu suspek dan kes itu disiasat mengikut Kanun Keseksaan.

 

Source: Harian Metro

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *