Tag: Singapura

  • What Happens To The CPF Money If Your Husband Passes On Before Reaching 55

    What Happens To The CPF Money If Your Husband Passes On Before Reaching 55

    Duit oh Duit!
    .

    Tadi berbincang dengan seorang teman yang baru
    beberapa bulan kematian suami.
    Suaminya meninggal pada usia 54 tahun,
    dan tak sempat nak merasa duit CPFnya pun!
    Suaminya meninggalkan seorang isteri dan
    2 orang anak perempuan yang dalam usia 20an.
    .
    .

    Masaalahnya:
    Apa hukum duit CPF dan rumah HDB peninggalan sang suami?
    Adakah keluarga sang suami ada hak ke atas harta tersebut?

    Lalu kak Aabid pun buat research di website
    Majlis Ugama Islam Singapura.
    .

    1] Adakah wang CPF (Tabung Simpanan Pekerja)
    yang telah diletakkan nama “calon” (nominee)
    oleh si mati menjadikan calon tersebut
    pemilik harta wangCPF itu secara mutlak?
    .

    Jawapan:
    Jawatankuasa Fatwa telah mengulas kembali fatwa
    berkenaan nominasi CPF pada mesyuarat yang ke 24,
    bertarikh 3 Ogos 2010.
    .

    Jawatankuasa Fatwa memutuskan bahawa:
    Sistem nominasi merupakan cara baru pembahagian harta.
    Cara ini tidak terdapat dalam penulisan dan karya para ulama terdahulu, namun ia dibenarkan kerana ia dianggap sebagai jenis hibah yang baru.

    http://www.muis.gov.sg/officeofthe…/…/wang-nominasi-cpf.html

    .

    2] Bolehkah Saya melakukan Nuzriah atau Hibah Ruqba pada Rumah HDB?

    Jawapan: http://www.muis.gov.sg/…/Joint%20Tenancy%20Fatwa%20Booklet_…

    .
    .

    Semoga perkongsian ini membantu mereka
    yang memerlukan jawapan pada persoalan di atas.

    Sila SHARE sekiranya ia boleh memberi manafaat pada ramai!

    #kakAabid
    #HukumDuitCPFuntukKeluargaSimati
    #DuitOhDuit

     

     

    Source: Aabidah Samath

     

  • Is She Out Of The Race? Singaporeans Knows She’s Indian?

    Is She Out Of The Race? Singaporeans Knows She’s Indian?

    I saw a post on facebook and wanted to share it because it might have a significant effect to Singapore and our malay community here.

    As you know the presidential election is coming, and Halimah Yacob might probably not be a ‘Malay’. It turns out that she actually had an Indian-Muslim father and her IC would have stated ‘Indian’ had her father not pass away before the registration. So now it really depends on the new committee to declare her either ‘Malay’ or ‘Indian’.

    But the lady had been a close friend to the Muslim society throughout the years, definitely a better people’s choice as compared to other potential Malay presidential candidate.

    Sumbanganya terhadap rakyat Singapura memang disanjung tidak seperti ahli-ahli politik yang lain. Tak tahulah apa yang akan terjadi nanti beberapa bulan kemudian. Adakah negara kita dilanda jenis politik perkauman?

    Maaf kalau tersilap, saya mahu kongsi maklumat sahaja.

     

     

    Ros

    Reader’s Contribution

  • 6 Penyanyi Muda Singapura Yang Perlu Diberi Perhatian Tahun 2017 Ini

    6 Penyanyi Muda Singapura Yang Perlu Diberi Perhatian Tahun 2017 Ini

    BERITAMediacorp: Siapakah bakat-bakat baru muzik Melayu Singapura yang dirasakan akan merancakkan lagi persada seni tempatan tahun ini?

    Yang pasti, industri muzik Singapura sedang diperkayakan dengan bakat-bakat muda yang mempunyai kekuatan masing-masing dengan pelbagai genre muzik mereka mempertaruhkan.

    Lagu-lagu nyanyian mereka juga semakin mengisi segmen-segmen permintaan lagu di stesen Radio RIA 89.7 FM dan juga carta Lagu Paling Popular Minggu Ini( LPMI).

    Selain menyanyi, bakat-bakat tempatan juga mampu menghasilkan lagu-lagu ciptaan mereka sendiri secara persendirian ataupun mereka bekerjasama dengan komposer tempatan untuk menghasilkan lagu-lagu yang berjaya menguasai ruang udara kedua-dua stesen radio Melayu tempatan.

    Dalam laporan ini, BERITAMediacorp menonjolkan enam bakat muda dan baru – Isnina, Farhan Shah, Haikal Ali, Mai Dhaniyah, Faridzuan Faris serta Amy Hakimi – dan mendapatkan apakah harapan dan aspirasi mereka untuk tahun 2017 ini.


    (Gambar: Isnina)

    ISNINA

    Isnina antara bakat baru Singapura yang lagunya “ Buaya” menjadi antara pilihan pendengar di radio RIA 89.7FM untuk segmen-segmen permintaan seperti JukeBox897, #Goje dan I-Overdose. Bakat nyanyian beliau digilap sejak umur sembilan tahun apabila turut serta bersama keluarga berkaraoke.

    Single pertama Isnina “Buaya” dicipta olehnya sendiri dan pertama kali mendapat melodi menerusi alat Ukulele sebelum dicantikkan” oleh penerbit bernama Fakir J Mario dan Kuzai dari Greendoor Studios.

    Kejayaan lagu Buaya membuatnya “lebih bersemangat untuk menulis” lagu baru bagi tahun 2017 nanti. “Tak sabar nak kongsi (lagu baru) untuk 2017” katanya baru-baru ini. Hanya menerusi lagu-lagu ciptaan beliaulah diharap dapat menjadi identitinya yang tersendiri.

    “Isnina berharap agar pendengar dapat menjiwai lagu-lagu saya. Saya juga ingin meluaskan pengetahuan saya dalam dunia hiburan. Saya ingin berjumpa ramai orang (dalam industri), bekerja dengan mereka dan mudah-mudahan dapat menulis untuk mereka, selain dari membuat persembahan,” luah Isnina kepada BERITAMediacorp.

    Juga dalam senarai ‘harapan’ beliau, ialah untuk dapat bertemu dengan artis dari Malaysia dan Indonesia, berkerja atau menulis untuk mereka dan juga membuat persembahan di sana.


    (Gambar: Farhan Shah)

    FARHAN SHAH

    Farhan Shah, seorang penuntut jurusan pemasaran dan komunikasi dari Universiti Western Australia, baru sahaja melancarkan single terbarunya Terjatuh Hati terbitan Haramain Osman dan Judah Lyne dari The Lion Story. Beliau juga rancang merakamkan single pertama Inggeris dan sebuah EP.

    Meskipun masih menuntut di Perth, Farhan rajin mencari masa pada hujung minggu atau cuti sekolah untuk pulang ke Singapura merakamkan lagu baru atau membuat persembahan.

    Untuk 2017, Farhan ingin menghasilkan lebih banyak lagu, sebuah EP dan konsertnya yang kedua jika ada kesempatan.

    Ini luahan beliau kepada BERITAMediacorp: “Ramai anak muda Singapura yang sangat berbakat di Twitter, Instagram dan Youtube. Salah satu harapan Farhan untuk tahun 2017 ialah untuk terus menolong memupuk bakat-bakat muda Singapura agar industri kita menjadi lebih rancak and bertenaga.”

    Farhan kini mengidam untuk merakamkan album pertama jika ada peluang atau berkolaborasi dengan artis-artis seberang tambak menerusi sebuah lagu atau persembahan. Itulah yang sedang diusahakan kini dengan harapan ia akan berjalan dengan lancar.


    (Gambar: ParanormalMY)

    HAIKAL ALI

    Penyanyi yang menempah nama di Anugerah Planet Muzik(APM) 2016 menerusi single Bertemu Kembali, Haikal Ali, kini sedang berkerjasama dengan The Lion Story untuk menulis dan merakamkan sebuah lagu duet bersama seorang lagi penyanyi dari Singapura.

    “Saya tidak dapat memberi banyak maklumat disebabkan projek ini masih di peringkat perancangan” terangnya.

    Single pengenalan Haikal sudahpun ditonton lebih 105,000 kali di YouTube, sekaligus satu pencapaian yang cukup memberangsangkan bagi artis Singapura ini.

    “Dulu hanya sebuah mimpi, kini sebuah kenyataan. Kalau nak kira paling banyak, tak salah saya, ada juga yang lebih tontonan dari saya tetapi saya ingin ucapkan terima kasih kepada peminat-peminat di Singapura dan di luar Singapura kerana menerima lagu Bertemu Kembali dengan baik.

    Shoutout kepada Paranormal Records, The Malaya TV yang merakam dan menggubah MV tersebut dengan baik dan juga Mawar Rashid yang sudi menjadi “kekasih” saya dalam video itu,” kongsi Haikal kepada BERITAMediacorp.

    Sebelum ini, ada yang menyangka bahawa suara Haikal adalah milik penyanyi dari Indonesia.

    “Kalau sekarang, saya hanya cuma rasa ‘neutral’ tentang ini. Saya berterima kasih mempunyai suara saya,” jelas anak muda berusia 23 tahun ini.

    Beliau menyerahkan kepada Tuhan, seandainya ada rezeki untuknya melebarkan sayapnya ke Kuala Lumpur atau Jakarta:

    “Saya hanya beri yang terbaik mungkin, kalau rezeki saya di sana saya ikut, kalau di sini saya ikut. Cikgu sekolah menengah saya pernah ingatkan saya ‘di manapun kita pijak, ini bumi Allah’ jadi tak kira lah dimana saya berada, selagi saya boleh sumbangkan sesuatu untuk kehidupan orang lain saya akan teruskan,” ujar Haikal kepada BERITAMediacorp lagi.


    (Gambar: Mai Dhaniyah)

    MAI DHANIYAH
    Penuntut tahun tiga Politeknik Republik, Mai Dhaniyah, yang kini popular menerusi lagu Kasih yang masih rancak diudarakan di radio, bertekad untuk terus menyanyi dan berusaha untuk memantapkan kerjayanya sebagai penyanyi. Selain menyanyi secara solo, beliau juga menyanyi bersama kumpulan A Cappella.

    Mai mengakui, single kedua berjudul “Kasih” mendapat tempat di hati para pendengar walaupun mungkin ramai yang belum kenal kepada penyanyinya. Beliau akur kurang mendapat liputan di media massa.

    “Mungkin Mai sebagai artis independent yang tidak terikat dengan mana-mana pihak, jadi promosi kami lakukan sendiri,” katanya jujur kepada BERITAMediacorp.

    Mai pernah diberi kesempatan pada November lepas untuk membuat showcase di KawKaw SG bersama artis/pelawak Hamzah Adon, bagi mempromosikan lagu Kasih.

    Sungguhpun begitu, Mai berkata menyanyi adalah satu hobi baginya buat masa ini.

    “Cuma pada waktu ini belum masanya untuk Mai menyanyi sepenuh masa kerana harus fokus pada pelajaran dan selepas itu untuk mencari pekerjaan yang sesuai,” kongsi beliau lagi.

    Mai bakal merakamkan single beliau yang ke-3 pada tahun 2017 ini. Beliau akan terus bekerjasama dengan penerbit yang sama iatu Faizal Sapuan. Bagi beliau, Faizal adalah salah seorang penerbit yang memahami kekuatan serta kelemahan suaranya.

    “Ada perancangan untuk membuat album/mini album tapi mungkin ini mengambil masa yang lebih sikit, untuk memastikan mutu dan lagu yang sesuai untuk Mai,” dedah beliau lagi kepada BERITAMediacorp.

    Objektif beliau dalam industri hiburan tempatan adalah untuk mencipta identiti tersendiri supaya bila dengar lagu nyanyiannya, pendengar akan tahu itulah vokal Mai Dhaniyah.

    Banyak lagi yang beliau ingin capai dan harus pelajari seperti ilmu mencipta lagu untuk Mai sendiri dan untuk penyanyi lain juga.

    (Gambar: Faridzuan Faris)

    FARIDZUAN FARIS
    Faridzuan Faris adalah seorang lagi bakat tempatan yang mendapat perhatian penggemar muzik tempatan. Beliau kini mahasiswa tahun kedua jurusan Perniagaan di Universiti Nasional Singapura (NUS).

    “Selamat Tinggal Sayang” merupakan single pertama beliau yang mendapat perhatian penggemar muzik setempat. Single keduanya “Selamanya” masih giat dipromosikan.

    Untuk tahun 2017, beliau berhasrat untuk kembali kepada asas dalam bidang muzik dengan mempelajari gitar dengan lebih mendalam lagi.

    “Gitar alat muzik yang saya sering gunakan untuk menulis lagu. Buat masa sekarang ini, saya ingin terus menulis lagu, berkolaborasi dengan rakan-rakan muzik dan buat lagu-lagu cover dahulu.”

    Meskipun disibukkan dengan pengajian, Faridzuan tetap akan memberikan tumpuan kepada kerjayanya sebagai penyanyi: “Muzik boleh dilihat sebagai saling melengkapkan sekolah. Bila tidak sibuk dengan pengajian, saya akan buat muzik.”

    Untuk tahun 2017 nanti, anak muda ini berharap untuk “mengeluarkan lagu yang akan diterima oleh pelbagai umur dan mengukuhkan lagi identitinya sebagai penyanyi pop R&B”.

    Selain itu, beliau dan sekumpulan kawan kini memulakan inisiatif @localyoungtalents di Instagram, di mana mereka “ingin menggalakkan lebih ramai anak muda untuk tampil ke hadapan membuat muzik”.

    Mereka sempat membuat showcase pertama mereka pada 18 Disember lalu dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

    “Diharapkan inisiatif LYT ini akan menjadi sumber inspirasi bagi rakan-rakan lain untuk menyemarakkan lagi industri muzik Singapura,” kata Faridzuan penuh harapan.


    (Gambar: Mohamad Farhadi)

    AMY HAKIMI
    Diperkenalkan menerusi single Aku Redha ciptaan Olly Maguire, penyanyi Amy Hakimi bertekad untuk “terus berusaha meningkatkan prestasinya agar dapat memberikan persembahan yang lebih baik untuk pendengar dan orang sekeliling yang selalu menyokongnya”.

    Beliau selesai merakamkan lagu berjudul Teman bersama artis-artis Voz Management seperti Ajib Alkaff, Jumali Sanotri, Juffri, Andri ETH Band dan bakat baru Aaryz Shiraz.

    Jika tiada aral melintang, pada Mac 2017 nanti Amy akan muncul dengan single kedua ciptaan beliau sendiri yang mengekalkan genre slow rock.

    Apakah yang akan Amy lakukan untuk kekal bersaing dengan artis-artis Singapura yang kini semakin hari semakin ramai?

    “Amy akan cuba pelajari di mana kekurangan Amy dan perbaikinya. Semua ada kehebatan masing masing jadi Amy akan buat yang terbaik atas doa ibu ayah dan mereka yang menyokong Amy,” terang penyanyi bersuara lantang itu kepada BERITAMediacorp.

    Untuk projek seterusnya, Amy sudahpun berbincang dengan pihak pengurusannya untuk mencipta lagu sendiri.

    Jika ada peluang, beliau turut ingin cuba melebarkan sayap ke Malaysia dan Indonesia setelah menceburkan diri dalam industri muzik tempatan dengan lebih mendalam lagi nanti.

    Source: Berita Mediacorp

  • Abdul Rahman Mohamed: Kecewa Pemerintah Singapura Beri Pelonggaran Visa Bagi Rakyat Myanmar Sedangkan Masalah Rohingya Semakin Ketara

    Abdul Rahman Mohamed: Kecewa Pemerintah Singapura Beri Pelonggaran Visa Bagi Rakyat Myanmar Sedangkan Masalah Rohingya Semakin Ketara

    Sudah tentu pengumuman dan langkah sebegini pada masa ini oleh pemerintah akan mengguris perasaan ummat Islam Singapura.

    Tatkala ribuan saudara2 Muslim dibunuh kejam oleh para pengganas Budhist Myanmar, pemerintah kita pula membuat keputusan utk memberi laluan mudah utk rakyat Myanmar memasuki Singapura dengan cara mudah tanpa memerlukan visa!

    Sementara kami disuruh memahami langkah2 yg diambil utk membendung kemasukkan individu2 Muslim yg mempunyai ciri2 Radikal, Extreme dan Pengganas, berkemungkinan yg akan diberi laluan mudah utk masuk ke Singapura ini merupakan individu2 pengganas Budhist Myanmar yg telah mengotori tangan2 mereka dengan darah saudara Islam kita Rohingya.

    Sudahlah segala kekejaman itu dibiarkan tanpa ada suara2 mengutuk tiba2 laporan begini pula yg diumumkan.

    Sangat mengecewakan…….

     

    Source: Abdul Rahman Mohamed

  • Damanhuri Abas: Mengapa Tiada Badan Melayu Utarakan Pandangan Terhadap Elected Presidency?

    Damanhuri Abas: Mengapa Tiada Badan Melayu Utarakan Pandangan Terhadap Elected Presidency?

    Di manakah letaknya pendirian dan kewibawaan masyarakat kita apabila tiada satu pun badan Melayu yang kedepan untuk mengutarakan pandangan rasmi mereka terhadap suatu perkara yang langsung melibatkan masyarakat Melayu itu sendiri?

    Orang Melayu berhak tahu kedudukan pendirian mereka. Kenapa kita rakyat Melayu sengaja dibiarkan begitu saja tanpa diambil kira. Kita bimbang kesan jangka panjang terhadap kewibawaan bangsa ini di mata masyarakat majmuk yang lain. Sudah mula kedengaran suara dari bangsa lain yg merasakan orang Melayu memang mudah dijual beli dengan harga yg murah. Maruah bangsa sedang dipertaruhkan.

    Merayu seribu kata bila meminta bantuan dari rakyat Melayu biasa, diam sebisu anak dara bila rakyat Melayu minta dibela.

    Apakah jenis kepimpinan yang ada pada masyarakat kita? Semoga Allah mempertanggungjawabkan mereka di dunia dan di akhirat.

     

    Source: Damanhuri Abas