Tag: Singapura

  • Ulama: Petik Selfie di Tanah Suci Boleh Rosakkan Ibadah

    Ulama: Petik Selfie di Tanah Suci Boleh Rosakkan Ibadah

    haji

    RIYADH: Mereka dilihat merakam video berjalan mengeliling Kaabah, mencium al-Hajar al-Aswad, bertenggek dekat Bukit Safa atau Bukit Marwah, atau berdiri dekat kubah hijau Masjid Nabawi.

    Demam selfie “kini menjangkiti” jemaah dan pengunjung Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sejak beberapa hari lalu, hingga menimbulkan kekesalan ulama dan jemaah lain yang mengutuk “tingkah laku seperti pelancong itu”, menurut Arab News semalam.

    “Di Madinah, saya lihat satu keluarga menghadap matahari, mengangkat tangan seolah-olah sedang berdoa.

    Saya tidak pasti apakah yang sedang mereka lakukan. Namun kemudian saya lihat seseorang di hadapan mereka sedang mengambil gambar,” kata Cik Zahra Mohammad, 27 tahun, seorang guru Pendidikan Islam di Riyadh.

    “Saya juga melihat jemaah di Masjidil Haram yang mengambil selfie dengan Kaabah sebagai latar belakang dan selfie ini kemudian dimuat naik ke laman Facebook menjadikannya sebagai kegiatan media sosial dan merosakkan ibadah mereka seolah-olah memegah diri,” tambahnya lagi.

    Keinginan merakamkan setiap pergerakan di masjid-masjid suci di Makkah dan Madinah dan berkongsi detik-detik berharga ini dengan rakan-rakan dan keluarga di media sosial menyebabkan lebih ramai jemaah menggunakan telefon mereka berbanding sebelum ini.

    Ramai percaya tingkah laku itu boleh menjadi penghalang mencapai kerendahan hati dan ketenangan ketika melakukan ibadah haji, terutama kerana ibadah haji merupakan perjalanan sekali dalam seumur hidup.

    Seorang ulama yang berpangkalan di Jeddah, Sheikh Assim Al-Hakeem berkata: “Fotografi tanpa sebab yang wajar merupakan isu yang dipertikaikan di kalangan ulama.

    Namun walaupun timbul perbezaan dari segi pendapat, tidak harus timbul pertikaian mengenai maksud sebenar Haji.

    “Ia berdasarkan keikhlasan dan mengikuti Sunnah. Nabi Muhammad saw bersabda: “Agar kamu sekalian sentiasa mengambil (mencontohi) tata cara mengerjakan ibadah haji dari aku”. (H/R Muslim).

    “Mengambil selfie bukanlah contoh yang baik seperti yang dianjurkan Nabi,” jelasnya lagi.

    Dalam pada itu, ketika dihubungi Berita Harian semalam mengenai tren tersebut seperti yang dilaporkan Arab News, seorang asatizah setempat, Ustaz Azmi Abdul Samad, turut menasihatkan masyarakat supaya tidak terbawa-bawa dengan kecanggihan alat teknologi sehingga boleh menjejas atau mengganggu kekhusyukan ibadah mereka.

    “Kaabah dan Masjidil Haram adalah kawasan yang sangat diberkahi dan para jemaah seharusnya memanfaatkan masa berada di sana untuk insaf dan mendekatkan diri kepada Allah swt serta meninggalkan seketika urusan-urusan dunia yang tidak mendatangkan kemanfaatan,” jelasnya lagi.

    “Sebaiknya, janganlah terlalu disibukkan dengan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kelalaian atau urusan keduniaan.”

    Sumber: http://beritaharian.sg/dunia/ulama-petik-selfie-di-tanah-suci-boleh-rosakkan-ibadah#sthash.heSzpS1n.79eJyI7d.dpuf

  • Hilangnya Khazanah Melayu Tulisan Jawi

    Hilangnya Khazanah Melayu Tulisan Jawi

    Atan Flybaits
    Atan Flybaits

    Kita telah kehilangan satu khazanah sastera Melayu yang di bena dengan penat lelah oleh ahli sastera sebelum kita, ia itu’ Tulisan Jawi’ dan tiada seorang sasterawan kita yang merasa kecewa tentang kehilangan itu melainkan Presiden Yusuf, kerana beliau lah yang membena akhbar Utusan Melayu yang di tutup oleh pemerintah PAP – di waktu yang akan datang kita akan kehilangan bahasa melayu jika kita tidak berusaha dari sekarang, kebanyakan anak anak melayu sudah tidak selesa menggunakan bahasa surat , mereka hanya menggunakan bahasa melayu pasar yang mana nahu nya tidak di penting kan

    Tulisan jawi ini terkubur bersama sekolah sekolah melayu sewaktu pemerintah PAP menutup semua sekolah ehtnic termasuk sekolah Melayu, Tamil dan Cina, tapi sebahgian dari sekolah Cina di jadi kan sekolah sekolah SAP dengan tujuan menghasil kan orang orang elit Cina sekali gus memurni kan bahasa dan buday Cina, manakala dengan penutupan sekolah melayu kita telah kehilangan Tulisan Jawi dan dalam proses kehilangan Bahasa Melayu.

    Sewaktu PAP baru menjadi pemerintah dulu, mereka kata negeri ini akan di tadbir berdasarkan empat ethnic group, ia itu Melayu, Cina, Indian dan Tamil, tapi kelihatan nya sekarang dari polisi immigresen dan permit kerja, kita nampak polisi mereka meminggirkan orang orang berketurunan melayu, lalu kalau di zaman 60an dulu peratus penduduk melayu beranggaran 16% sekarang sudah kurang dari 14% tapi masih tak ada suara dari ketua ketua kita

    Apa kah polisi negara ini sudah berubah dari meritokrasi dan transparen kepada sweeping everything under the carpet.

    Atan Flybaits

  • Aliff Aziz Nafi Curi Telefon Bimbit

    Aliff Aziz Nafi Curi Telefon Bimbit

    aliff aziz

    KUALA LUMPUR, 30 SEPT 2014: Penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz menafikan yang dia telah mencuri telefon bimbit seperti mana laporan daripada keratan akhbar di sana.

    Menurutnya ketika kejadian, dia dan rakannya lain mengunjungi rumah kenalan yang lain sekadar lepak biasa dan berbual kosong.

    Bagaimanapun, rakan Aliff Aziz yang sebenarnya telah mencuri telefon itu tanpa dia sedari.

    Tindakan rakannya itu menyebabkan Aliff berasa sangat kecewa dengan sikap rakannya itu sehingga dia diheret sekali dalam kes ini.

    “Saya bayar SGD2000 adalah untuk “clearkan” kes ini agar memudahkan saya membuat urusan kerja saya di Malaysia. Undang undang di sini, sama ada saya mencuri atau pun tidak, saya juga dikenakan denda kerana disyaki subahat. Namun hakikatnya, saya tidak mencuri,” katanya yang dihubungi Murai bagi menjelaskan isu ini.

    Aliff juga memberitahu rakannya itu telah disumbatkan ke dalam penjara dan telah dijatuhkan hukuman.

    Tiada sebab Aliff untuk mencuri kerana dia mampu membelinya sendiri dengan hasil kerjayanya sebagai penyanyi dan pelakon.

    “Saya harap penjelasan saya dapat memulihkan semula imej saya yang tercalar. Saya teraniaya dengan sikap biadap rakan saya itu. Saya harap dia akan berubah,” ujarnya.

    Aliff Aziz akan adakan sidang media dalam masa terdekat selewat-lewatnya minggu hadapan.

    Sumber: http://www.murai.com.my/berita/tempatan/article/articleid/615868/aliff-aziz-bukan-saya-yang-curi-telefon-itu/ms/1#.VCpjK3J3b5I.facebook

  • Aliff Aziz Curi Telefon Bimbit, Didenda $2000

    Aliff Aziz Curi Telefon Bimbit, Didenda $2000

    aliff aziz

    PENYANYI kelahiran Singapura yang telah mencipta nama di seberang Tambak, Aliff Aziz, dikenakan denda $2,000 Jumaat lalu atas kesalahan mencuri telefon bimbit.

    Jika gagal membayar denda tersebut, dia boleh dipenjara 20 hari sebagai ganti.

    Menurut kertas pertuduhan, Aliff, 23 tahun, atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, didakwa mencuri dua telefon bimbit berjenama HTC one dan Samsung Note 1, yang setiap satu bernilai $800.

    Telefon itu dimiliki seorang individu bernama Yong Kit Siong.

    Aliff dikatakan mencuri telefon bimbit itu bersama seorang lagi lelaki bernama Muhammad Nurazlee Roslee pada atau sekitar 12.01 tengah malam pada 24 Mei lalu di kolong blok Blok 36 Tanglin Halt Road.

    Bagi kesalahan mencuri, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali. Aliff didakwa di mahkamah buat kali pertama pada 16 Ogos lalu.

    Satu laporan di laman akhbar Berita Harian Malaysia pada 27 Ogos lalu memetik ibu Aliff, Cik S. Hafiza Basharahil, sebagai berkata bahawa anaknya itu berada di Singapura ketika itu dan keadaannya baik-baik sahaja.

    Menurutnya, Aliff berada di sini atas urusan peribadi dan akan pulang ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat.

    Sebelum itu, dia dikatakan telah menghilangkan diri daripada lokasi penggambaran sebuah drama dan pulang ke Singapura.

    Aliff dan pasangan duetnya, Siti Nordiana, yang menyanyikan lagu Tak Ada Cinta Sepertimu, turut dicalonkan untuk kategori Kolaborasi Terbaik (Artis) bagi Anugerah Planet Muzik (APM) 2014 yang akan berlangsung pada 17 Oktober ini.

    Menurut satu laporan di laman mStar Online bulan lalu pula, dia ditukil sebagai berkata dia tidak hilang, bersembunyi atau melarikan diri daripada sesiapa atau mempunyai masalah kewangan tetapi sebaliknya hanya berehat daripada industri seni buat sementara bagi menguruskan beberapa hal peribadi.

    Dia juga berkata, dia memadamkan semua gambarnya di laman sosial Instagram kerana ingin mulakan hidup baru dan berjanji akan kembali semula dengan ‘Aliff yang baru’.

    Menerusi laman Twitter miliknya di bawah nama @aliffaziz pula, artis muda itu memuat naik status kelmarin dengan berkata: “Selamat tengah hari dunia. Saya akan kembali tidak lama lagi. Tidak lama lagi.”

    Sumber: http://beritaharian.sg/setempat/aliff-aziz-curi-telefon-bimbit-didenda-2000#sthash.bpRq5vrm.dpuf

  • Melayu Suka Pesta dan Karaoke di Kolong Blok

    Melayu Suka Pesta dan Karaoke di Kolong Blok

    amy cheong_50dollar wedding

    Amy cheong

    Semalam di kampung aku, ada keluarga Melayu buat satu pesta (nak kata majlis walimah bukan).

    Mungkin pesta berkhatan atau hari lahir. Siap dengan belon. Majlis dibuka dengan Marhaban.  Bagus, Alhamdulillah.

    Tapi selepas itu, dia orang melalak berkaraoke sepanjang hari sehingga sampai waktu isyak.

    Oh Melayu ku, bila kamu semua mahu sedar. Pergilah berkaraoke di kelab karaoke. Nanti orang bangsa lain “complain”, kamu semua naik darah.

    Bangsa lain buat “bising” disebabkan kepercayaan agama mereka.

    Begitu juga majlis walimah kita dengan hadrah dan kompangnya kerana adat resam Melayu.

    Tapi kalau majlis berkaraoke – tidak payah lah. Menunjukkan orang kita suka sangat berhibur.

    Tidak ada faedahnya melainkan mengganggu ketenteraman orang lain di hujung minggu.

    Cukup lah dengan Majlis Persandingan – bagus sekali tidak perlu berkaraoke.

    Fikir-fikirkan lah.

    Kiriman pembaca Syahrul