DEEJAY popular Ria 89.7FM Fiza O telah selamat melahirkan anak sulungnya, seorang bayi lelaki, semalam.
Fiza O atau nama sebenarnya Nur Hafiza Osman, 32 tahun telah mengongsi berita gembira itu di laman Facebooknya awal pagi tadi.
Fiza telah bernikah dengan deejay rancangan Misteri Jam 12, Abdul Karim Sadali, atau lebih dikenali sebagai KC pada Oktober 2012. Sebelum ini, Fiza pernah mengalami keguguran selepas hamil lapan minggu.
Sumber: Berita Harian SG
EDITOR’S NOTE
Rilek1Corner tumpang gembira dengan berita ini. Mesti cute kan anak mereka? đ
Tahniah kepada Fiza O dan suami DJ KC. Semoga kehadiran cahayamata putera yang pertama ini menambah lagi keceriaan dann kebahagian rumahtangga kalian berdua. Amin.
Credit: Atan FlybaitsSiapa ada album kumpulan Flybaits?
Kita tidak sedar bahawa orang melayu Singapura sudah kehilangan dua elemen yang penting dalam masyarakat kita, ia itu ugama dan bahasa, kalau dulu jarang sekali kita ketemu anak melayu yang tak tahu kan ugama, tapi sekarang masaalah ini adalah perkara biasa, serupa juga dengan bahasa, maka kehilangan ini bukan lah di peringkat permulaan, ia di peringkat pertengahan – tapi jika kita berusaha mendesak pemerintah mengembali kan pelajaran IRK kepada kurikulum sekolah anak anak kita, masaalah ini akan dapat di tangani dengan meluas, maka di sini kita perlukan kerja sama para AP AP melayu Islam, tak kira sama ada dari pihak pembangkang atau pemerintah.
Bagi pihak rakrat pula, kita perlu kan suara semua lapisan rakyat, tak kira dari golongan apa pun, dari golongan cendekiawan atau peniaga atau pekerja pekerja biasa, jika kita satu kan suara kita lalu mendesak pemerintah untuk mengembalikan pelajaran IRK ke sekolah sekolah kita, hasil nya seumpama melontar sebiji batu untuk mendapat kan dua atau tiga ekor burung.
Pertama, kita dapat atasi masaalah anak anak yang tak tahu ugama, kedua , dengan ini masaalah asatizah yang sulit nak dapat kerja juga dapat di atasi dan ketiga, pelajaran ugama ini di ajarkan di dalam bahasa melayu, lalu masaalah bahasa juga dapat kita tangani, dan akan jadi lebih baik jika guru guru ugama ini juga di tugaskan mengajar bahasa melayu,lalu ini tidak akan membebankan tugas guru guru yang sedia ada.
Tapi usaha ini tidak akan Berjaya kecuali kita dapat sokongan dari bawah ke atas, maksud nya permintaan rakyat dan sokongan dari ahli ahli politik sama ada dari pihak pemerintah dan pembangkang !! tidak ada alasan bagi mereka untuk mengatakan bahwa mereka akan kehilangan undi bangsa lain, kerana, pelajaran IRK adalah menuju kearah membentuk maanusia maanusia yang baik , lalu ia akan menghakis sifat sifat buruk dari anak anak kita dan membuat negara kita sebuah negara yang lebih selamat dan sejahtera.
Mungkin ramai anak-anak muda sekarang tidak tahu bahawa Encik Atan ‘Flybaits’ adalah seorang penyanyi yang terkenal pada suatu masa dahulu. Lagu-lagunya masih bergemang di stesen-stesen radio tempatan dan juga di seberang tambak. Kumpulan ‘Flybaits’ merupakan kumpulan penyanyi Singapura yang terkenal dengan lagu Kenangan Lalu. Diketuai oleh penyanyi vokal, Fredo.
Kami di Rilek1Corner mengalu-alukan pendapat sesiapapun, tidak kira selebriti atau orang-orang biasa sahaja seperti kami di sini.
Nak tahu siapa gerangan Encik Atan Flybaits yang bersuara merdu ni? Tontonilah video ini đ
I remembered talking about respect and tolerance for others some months back there are someone making a negative remark kononnya gambar2 Pork ni tak usah la post konon mereka geli.
Apa budu dan cencalok itu bukan ke bangkai makanan laut yg busuk mau pun ikan masin serta Perkasam dan belacan itu tak busuk ke? Dont u think other races also find that a complete turn off tetapi boleh pula kita mencekek dan sedap.
Susah jika manusia yg hidup mereka macam katak bawah tempurung ini. Ini makanan orang yg perlu kita respect dah tak perlu nak rasa jijik dan aib kan mereka. Shame on this moron that today is destroying the image of this country and causing alot of tension among other races with their itu haram dan ini haram! Dah tahu haram diam sudah la. Bangsa asing tak suruh pun kita mencekek bodoh! Why cant we exercise tolerance towards others instead of always finding fault at them bangsa Asing? This country is not just for the Muslim alone likewise the whole World. If other races and nation of the World can respect Islam and even the Pope can take his shoe off to enter our mosque in Juruselem nak saja saya kata di sini who the Hell are we to try and preached others and find fault as them sedang we our own race pun tak sempurna mana la!
I am getting so sick of reading all this irresponsible human being from the public to Politician that put their brain on their knee cap! Opened up yr eyes and watch the news where is Peace in this world today? Letaknya di hati dan tangan kita!
Sumber: Chef Wan
EDITOR’S NOTE
Di Singapura memang jarang ada masalah seperti ini kerana orang Singapura semua sudah ‘training’ makan di food court atau kedai kopi, di mana makanan halal dan bukan halal beroperasi di tempat yang sama dan tidak diasingkan.
Oleh itu, kalau cerita fasal isu toleransi, Singapura memang ternyata sudah memupuk sikap mulia ini sejak di bangku sekolah lagi đ
Sebuah laman Facebook Listen Listen Original pada 31 Mei lepas mempersoalkan beberapa keping gambar yang memaparkan beberapa anggota tentera yang dipercayai dari negara Malaysia menikmati pelbagai juadah makanan di dalam hutan.
Menurut Facebook berkenaan, anggota tentera berkenaan mungkin dari Malaysia berdasarkan pakaian seragam mereka dan dilihat menjalani latihan memakan benda âharamâ sebagai latihan ketika darurat.
Gambar itu dikatakan dipaparkan pada mulanya di laman web maahadsas.edu.my mengatakan bahawa para anggota itu diberi latihan kelangsungan hidup atau bagaimana cara untuk menangkap, memasak serta memakan.
Di status Facebook berkenaan turut dipaparkan persoalan apakah tujuan sebenar latihan sebegitu diadakan dan ia dirujuk pula kepada kemungkinan latihan seorang ibu yang terdesak masalah kewangan untuk menjadi pelacur.
Selepas puas memberikan soalan berbaur provokasi baru laman Facebook itu memohon pencerahan daripada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam isu gambar anggota tentera memakan haiwan yang pelik-pelik yang didakwa haram itu.
Sumber:Â Facebook Listen Listen Original
EDITOR’S NOTE
Isu-isu sebegini juga ada tempiasnya di Singapura dan ianya juga menimbulkan tanda tanya tentang askar-askar kita yang beragama Islam: apakah mereka boleh memakan haiwan-haiwan yang boleh dikategorikan sebagai haram atau binatang liar ketika LATIHAN DARURAT?
Mungkin ada baiknya kita renungkan bersama. Antara agama dan juga negara ketika latihan darurat seperti ini.
Semoga kita akan mendapatkan penjelasan daripada pihak yang lebih ahli supaya masyarakat umum tidak membuat simpulan sendiri yang tidak berasas dan kurang bernas.
Selama ini, isu-isu sensitif seperti ini tidak dibicarakan secara terbuka. Inilah masanya.
Tempoh hari, saya telah mengadakan tinjauan kecil di sini untuk mengumpulkan data sedikit sebanyak akan sokongan masyarakat terhadap MUIS. Meskipun tinjauan ini tidak boleh digunakan sebagai kaki pengukur, rata2, kita dapat menggambarkan sentiment sebilangan rakyat terhadap MUIS.
Tinjauan ini hanya terhad kepada ahli2 SMIS, ahli yg aktif dan kepada pengguna internet sahaja. Dari itu, ia sangat berkurangan untuk dijadikan landasan sebagai mempamerkan sentiment seluruh Singapura.
Hasil tinjauannya adalah seperti berikut:
Total pengundi – 61
Tidak menyokong – 24
Memberi MUIS masa – 22
Sokongan tipis – 10
Menyokong total – 5
Kita dapat lihat bahawa sebanyak 39% sudah tidak memberi sokongannya terhadap MUIS. Dan hanya 8.2% sahaja yg masih memberi sokongan total kepada MUIS. Yg selebihnya, boleh dianggap sebagai menunggu dan mahu melihat prestasi MUIS. Prestasi MUIS akan menentukan sama ada MUIS akan terus relevant atau sebaliknya.
Jikalau MUIS tetap masih tidak menunjukkan peningkatan kepada prestasinya, saya takut tidak lama lagi, MUIS akan menjadi gajah putih dan tidak lagi mewakili masyarakat orang islam di Singapura.