Masyarakat Islam Semakin Kurang Yakin Pada MUIS?

Credit: Osman Sulaiman

Credit: Osman Sulaiman

Credit: Osman Sulaiman

Credit: Osman Sulaiman

Tempoh hari, saya telah mengadakan tinjauan kecil di sini untuk mengumpulkan data sedikit sebanyak akan sokongan masyarakat terhadap MUIS. Meskipun tinjauan ini tidak boleh digunakan sebagai kaki pengukur, rata2, kita dapat menggambarkan sentiment sebilangan rakyat terhadap MUIS.

Tinjauan ini hanya terhad kepada ahli2 SMIS, ahli yg aktif dan kepada pengguna internet sahaja. Dari itu, ia sangat berkurangan untuk dijadikan landasan sebagai mempamerkan sentiment seluruh Singapura.

Hasil tinjauannya adalah seperti berikut:
Total pengundi – 61

Tidak menyokong – 24
Memberi MUIS masa – 22
Sokongan tipis – 10
Menyokong total – 5

Kita dapat lihat bahawa sebanyak 39% sudah tidak memberi sokongannya terhadap MUIS. Dan hanya 8.2% sahaja yg masih memberi sokongan total kepada MUIS. Yg selebihnya, boleh dianggap sebagai menunggu dan mahu melihat prestasi MUIS. Prestasi MUIS akan menentukan sama ada MUIS akan terus relevant atau sebaliknya.

Jikalau MUIS tetap masih tidak menunjukkan peningkatan kepada prestasinya, saya takut tidak lama lagi, MUIS akan menjadi gajah putih dan tidak lagi mewakili masyarakat orang islam di Singapura.

 

letters to R1C

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *