BARU-BARU ini kita terbaca di akhbar dan mendengar berita di radio mengenai institusi Islam – lima masjid dan sebuah madrasah – yang melabur $14 juta dalam satu skim pelaburan projek pembangunan semula tanah wakaf The Red House di Katong.
Anak Syarikat Muis, Wareen Investments Pte Ltd, yang menguruskan projek itu.
Lima masjid itu ialah Masjid An-Nur, Masjid Darul Ghufran, Masjid Al-Mukminin, Masjid Assyakirin dan Masjid Muhammad Salleh (Palmer Road).
Setiap masjid itu melabur $1 juta, (berjumlah $5 juta) dalam Wakaf Ilmu, Dana Pembangunan Amanah Yal Saif dan Madrasah AlJunied melabur untuk membeli tujuh unit rumah berjumlah $8.95 juta.
Skim pelaburan tersebut bertujuan mempertingkat wakaf sambil meraih keuntungan yang dijanjikan iaitu Hibah sebanyak 2.1 peratus atau $42,000 setahun bagi setiap masjid setelah genap dua tahun dan modal $1 juta dipulangkan.
Masyarakat tahu bahawa masjidmasjid kita terkial-kial mencari dana. Oleh itu, sumbangan wang memang sentiasa diharapkan daripada masyarakat Islam di sini.
1.”Duit lum cukup lagi”.
Pompuan mana tau susahnya seorang lelaki yang nak kena kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran le. Dah tu mas kawin dan hantaran mak bapak dia orang letak harga tinggi2 mengalahkan anak raja. Camnak jual anak jer. Kita nak kumpulkan duit tu makan megi jer bukannya pompuan tau. Megi pun dah naik harga tau!
2.“Nak beli kereta dulu baru nak kahwin”.
Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer. Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas, mrt dan lrt? Jatuh standard kalau naik tu semua..
3.”Susah la nak cari yang berkenan dihati”.
Memang susah pun. Pompuan sekarang ini? Bila lelaki ade duit abangku sayang, takde duit sayangpun melayang!
4.”Tak datang seru lagi kot”.
Awek pun takde lagi? Camne nak kahwin.
5.”Banyak sangat halangan dan rintangan”.
Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian AIDS dan HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita le. Nak ajak kawin lari dia tak nak!
6.”Belum bersedia la”.
Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat macam besi keluli. Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.
7.“Ilmu tak cukup la”.
Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dilahirkan. Tetapi ilmu rumahtangga ni? Soal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara..porak peranda nanti orang salahkan kita gakkan!
8.”Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2×5 je. Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri dan anak, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri dan anak” Berat tanggungjawab ni. Bukan senang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul. Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gakkan.
9.”Dah mencuba tetapi telah dikecewakan”.
Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya, hensem dan dot dot dot jer? tak kira ler laki orang ker?, duda orang ker? terus tinggalkan kita yang masih bujang ni…apelah nasib..
10.”Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la”.
Memang banyak..tanggungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang nak kena tanggung. Belum kawin bapa dan saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung…kesiankan..
11.”Jodoh tak sampai lagi kot”.
Dah berusaha tetapi asyik kena reject jer cam barang rosak. Ntah apa yang pompuan dok cari tu mane lelaki tau!!
12.”Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habis2 nak merajuk dan marah2 macam kita nie suka sangat”. Pompuan ini sikit-sikit nak majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah, bawak jalan2, makan-makan?. Abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin adoi!
13.“Dah bagitau dah, yang nie kita suka dan yang nie kita tak suka, tetapi masih dia buat juga yang kita tak suka”.
Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Camne kita boleh tahan kalau kawin nanti!!
14.”Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah lagi”.
Sebenarnya dah memang terluka pun. Cuma pompuan jer buat tak tau!!
15.”Dia nie suka pasang ramai orang sangat”.
Haah? Dia ni banyak secret admirers. Kita ni duk la dalam waiting list dia jer…sampai ke tua…
16.“Dia memang banyak helah kejap suka kejap tidak”.
Pompuan memang camtu..cam biskut oreo jugak…jap ade jap takde…kita pening jap.
17.“Nak carik yang solehah lah”.
Yang ni dah jumpa tetapi masalahnya dah berpunya?. Takkan nak rampas orang punya kot.
18.“Masalah la”.
Pompuan suka menjadikan masalah yang kecil menjadi kepada yang besar lainlah masalah yang besar tu nak menjadikan kepada yang kecil memang susah.
19.“Nak sambung belajarlah awek saya tu ader diploma, degree, mba atau phd malu la”. Takkan kita yang ada kelulusan yang rendah ni nak terhengeh dengan awek tu. Siang-siang lagi mak dia dah reject kita macam dalam filem ibu mertuaku.
20.“Saya suka sangat kat dia, tetapi dia tak suka kat saya”
Pompuan suka bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia. hehehe..betul kan??
Patrick Tay dari NTUC telah memberikan satu hujah di Parlimen, menggesa masyarakat dan pemerintah untuk mengiktiraf dan memberikan ganjaran yang lebih kepada golongan suri rumah, atau “Stay-At-Home-Mothers. “
Beliau mula dengan memberikan sedikit later belakang mengenai golongan tersebut:
“Satu golongan yang sering kurang diberi perhatian dan bantuan adalah golongan ibu yang tinggal di rumah sepenuh masa. Pada 2013, terdapat sekurang-kurangnya 312,000 wanita yang tidak bekerja kerana menjaga anak dan juga menguruskan rumahtangga mereka. Namun, perhatian tentang peranan penting yang dimainkan golongan ini dalam menyokong sesebuah unit keluarga, yang juga kadang kala meliputi rangkaian keluarga yang lebih besar, masih agak berkurangan dari perintah dan juga masyarakat.
Selanjutnya, berikut adalah 10 isi kandungan dari ucapan beliau:
10. Golongan SAHM tidak seharusnya dilihat sebagai golongan yang tidak produktif dan kurang menyumbang kepada masyarakat.
9. Masyarakat dan pemerintah harus mengiktiraf, memberi ganjaran dan memberi jaminan kepada golongan SAHM.
8. Dasar-dasar perlu disasarkan dikukuhkan agar bantuan dapat diberikan pada tahap-tahap penting sepanjang pembangunan anak-anak mereka.
7. Kita perlu mencari jalan untuk membiayai usaha-usaha pro-keluarga , yang dapat meningkatkan lagi kefahaman serta pengiktirafan nilai ekonomi dan sosial yang ditunjukkan golongan ini.
6. Kini, masih belum ada subsidi pengangkutan bagi golongan SAHM. Mereka terpaksa membawa anak-anak mereka ketika melakukan pelbagai kerja-kerja rumah untuk keluarga. Subsidi harus disertakan dalam Pakej Perkahwinan dan Keibubapaan.
5. Dasar-dasar kita harus memastikan yang setiap bantuan danfaedah yang telah dimanfaatkan golongan ibu yang bekerja, juga diberikan kepada ibu yang tinggal di rumah.
4. Pelepasan cukai dan rebat bagi golongan SAHM boleh diperbaiki. Pelepasan bagi Ibu Bekerja dan Anak (WMCR) boleh dilanjutkan kepada golongan SAHM, dan pelepasan ini boleh dikongsi dengan pasangan mereka untuk meringankan beban bagi keluarga berpendapatan tunggal.
3. Keperluan perubatan pada masa depan harus dipertimbangkan. Ibu-ibu sepenuh masa tidak mempunyai sumbangan CPF dan Medisave yang tetap.Golongan SAHM perlu diberikan tokokansumbangan pada akaun Medisave dan Akaun Khas mereka.
2. Bagi wanita yang bergantung kepada sumbangan suami untuk sumbanganakaun CPF mereka, pemerintah harus memberikan sumbangan sepadan bagi setiap jumlah yang disalurkan kepada CPF mereka.
1. Syarikat-syarikat digalakkan untuk menimbangkan dan menawarkan pekerjaan separuh masa dan juga secara bebas bagi golongan SAHM,serta menyokong program-program kembali bekerja bagi golongan ini. Mereka perlu diberikan pelbagai pilihan yang ada untuk membantu menambah pendapatan keluarga mereka.
Patrick mengakhiri ucapannya dengan kata-kata ini:
“Golongan suri rumah mempunyai kerjaya utama yang unggul. Semua kerjaya lain wujud untuk satu tujuan sahaja – iaitu untuk menyokong kerjaya yang unggul “. Saya ingin memaklumi, mengiktiraf dan menyanjung semua ibu-ibu, terutamanya golongan ibu-ibu yang tinggal di rumah! Terima kasih kerana telah membesarkan satu generasi rakyat Singapura! “
Perkembangan gejala LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual & Transgender) di Singapura telah memberi tekanan kepada masyarakat. Persatuan Muhammadiyah serta ahlinya sangat prihatin terhadap permasalahan ini.
Sebagai badan yang didasari ajaran Al-Quran dan As-Sunnah serta memperjuangkan kemurnian agama Islam, Persatuan Muhammadiyah dan ahlinya secara total menolak pengamalan homoseksual ataupun LGBT yang jelas bercanggah dengan syariat Islam serta hukum alam.
Kelakuan homoseksual atau LGBT telah dikecam oleh Allah s.w.t melalui firman nya dalam Al-Quran “Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia, dan kamu tinggalkan istri-istri yang dijadikan oleh Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas”. (Surah Assyuara : 165 – 166)
Rasulullah s.a.w. juga telah membuat penegasan tentang perkara ini dengan sabdanya “Sesuatu yang paling saya takuti terjadi atas kamu adalah perbuatan kaum Luth dan dilaknat orang yang memperbuat seperti perbuatan mereka itu, Nabi mengulangnya sampai tiga kali: “Allah melaknat orang yang berbuat seperti perbuatan kaum Luth; Allah melaknat orang yang berbuat seperti perbuatan kaum Luth; Allah melaknat orang yang berbuat seperti perbuatan kaum Luth,” (HR. Ibnu Majah, Tirmidzi dan Al Hakim).
Manusia diciptakan secara berpasangan untuk saling lengkap melengkapi dan memenuhi fitrah berzuriat dan berkeluarga. Maka gejala LGBT mengancam dan bakal merosakkan fitrah berkeluarga serta memporak-perandakan keutuhan moral insan yang mulia.
Demi untuk menjaga keharmonian dan kemakmuran negara Singapura, gejala LGBT tidak sepatutnya dibiarkan menular dan menyusup masuk ke dalam masyarakat kita. Tindakan proaktif perlu diusahakan untuk menangani dan membantu mereka yang terjebak dalam permasalahan ini, baik mereka yang mengamalkan gaya hidup LGBT atau mereka yang menyokongnya.
Kami menyeru dan menasihatkan umat Islam Singapura agar tidak menganjurkan atau menyokong gerakkan LGBT. Ini termasuk menghadiri pesta dan perkumpulan yang meraikan gaya hidup LGBT.
Semoga Allah s.w.t melindungi masyarakat Singapura dari segala macam bencana serta menjadikan kita masyarakat yang bermoral, bertamadun dan berbudaya tinggi
Tempat jatuh dikenang, inikan pula kekasih pertama. Abang Nara faham perasaan Aliff Aziz yang sedikit sebanyak pastinya terkenang bibit-bibit dan memori-memori ketika bercinta dengan Anne Ngasri. Mungkin sebab itulah, Aliff Aziz terlepas cakap dan bercerita mengenai Anne meenerusi sebuah suratkhabar pada hujung minggu lalu. Biasalah tue terkenang cinta lama.
Namun hari ini, menerusi Harian Metro, Aliff mengakui melakukan kesilapan ketika memberi kenyataan berhubung perkara tersebut. Menurut Aliff, dirinya sudah pun melupakan Anne Ngasri sepenuhnya. Kata Aliff:-
aya dah lupakan dia (Anne Ngasri) sepenuhnya. Itu cerita lama, dua tahun lalu punya kisah. Apabila orang baca laporan, saya letakkan diri di tempat mereka dan sudah tentu mereka anggap saya masih tak dapat lupakan dia.
Sedangkan saya tak bermaksud begitu. Mungkin kesilapan saya sebab tak jelaskan betul-betul mengenai perkara itu. Bila orang baca saya cakap macam itu, tentu orang akan cakap saya ini tak habis-habis lagi (teringat Anne) ke?
Sudahnya saya nampak macam memalukan dan terhegeh-hegeh sedangkan dia sudah melangkah ke depan dengan kehidupan baru. Saya sudah lama lupakan dia dan minta maaf atas salah faham yang tercetus daripada artikel itu.
Baguslah macam itu. Takkanlah dah 2 tahun pun tak boleh lupakan Anne Ngasri kot? Rasa rugi pulak kalau terkenang-kenang sampai sekarang sedangkan Aliff masih muda dan masih ramai gadis-gadis di luar sana yang mampu mengisi ruang kosong dalam hati Aliff. Lupakan kisah silam, pandanglah ke hadapan. Semoga hati Aliff Aziz akan terisi dengan bunga-bunga cinta dalam masa terdekat ini.