Tag: suami

  • Suami Yang Minum Susu Badan Isteri – Apa Hukumnya?

    Suami Yang Minum Susu Badan Isteri – Apa Hukumnya?

    Masih ramai yang keliru tentang hukum suami terminum susu badan kepunyaan isteri.. ada yang mengatakan hukumnya haram.. ada yang kata harus ada yang kata hukumnya terbatal nikah.. ada yang kata suami dh jadi saudara susuan dgn isteri,.. dan macam2 lagi la orang kata.. dari mana sumbernya aku pun tak pasti..

    Sebenarnya, ada syarat nak jadi saudara susuan atau anak susuan.. syarat utama, mestilah berumur 2 tahun kebawah. Suami kita umur berapa??? bawah dua tahun ke??? ke lapan bulan.. ustaz azhar idrus kata, kalau umur suami kita 8 bulan, mmg jadi la saudara susuan.. tapi ada lagi syaratnya, iaitu 5 kali kenyang.. kalau sekali je, tak dikira lagi pun.. so, bukan senang ea nak jadi saudara susuan..

    Hukum minum susu isteri, harus sbb apa shja ditubuh isteri adalah hak dan tanggungjawab suami. Cuma suami tidaklah boleh minum susu isteri hingga memudharatkan hak anak.. sebab susu tu hak anak juga..

    Ku petik sikit artikel pasal persoalan ni, kat blog dunia susu ibu.. nak baca detail boleh lah ke laman web tu ea..

    “Suami boleh minum susu badan isterinya dengan syarat tidak menghabiskan susu tersebut. Ini kerana susu badan ialah makanan dan minuman untuk bayi, maka menghabiskannya bererti menafikan makanan dan minuman kepada bayi.

    Adapun perubahan status sehingga terjatuh talak atau isteri menjadi mahram bagi suami, maka ia tidak berlaku. Perubahan status mahram hanya berlaku kepada bayi yang berumur kurang dari dua tahun. Rasulullah bersabda: “Penyusuan tidak akan merubah status mahram kecuali (susuan) yang mengenyangkan dan terjadi sebelum disapih.” [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 1152]

    Maksud susuan yang mengenyangkan ialah apabila bayi melepaskan puting ibunya dengan sendiri, bukan kerana paksaan, istirehat atau pernafasan. Susuan yang mengenyangkan itu mesti berlaku lima kali bagi mengesahkan perubahan status mahram [Shahih Muslim, no: 2635]. Sementara tempoh sapih ialah apabila bayi berumur dua tahun kerana itulah tempoh optimum penyusuan bayi: “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan.” [Al-Baqarah 2: 233]

     

     

    Source: Islam

  • Bolehkah Wanita Menghantar Jenazah Suaminya Ke Kubur?

    Bolehkah Wanita Menghantar Jenazah Suaminya Ke Kubur?

    Jawapannya, TIDAK BOLEH!!
    Khususnya bagi isteri yang suaminya meninggal, kerana iddahnya telah bermula, dan isteri tidak boleh keluar meninggalkan rumah suami kecuali darurat.
    Darurat ini bukan mengikut persepsi kita, tapi mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak. Antara sebab yang dibenarkan untuk meninggalkan rumah suami adalah jika keselamatannya terancam. Sebab-sebab seperti ingin menziarahi kubur, atau menghadiri majlis ilmu tidaklah termasuk sebab yang darurat.
    Ibadah mesti mengikut cara yang diatur oleh Allah, bukannya mengikut hawa nafsu. Jadi, kalau ingin suami yang meninggal mendapat redha Allah Ta’ala, isteri tidak boleh keluar daripada rumah suaminya selama 4 bulan 10 hari. Yang beri suami dan yang tak izinkan keluar ialah Allah SWT, jadi kita kena patuhi arahan Allah dan bukan dengar apa masyarakat kata.
    Ambil iktibar dari kisah Ummu Salamah yang pada asalnya ingin menunjukkan cara ratapan luar biasa ketika suaminya meninggal. Tetapi setelah dilarang oleh Nabi SAW, dia akur dan menurut apa yang diajar Rasulullah ﷺ, dan akhirnya diganjar Allah dengan dia akhirnya diperisterikan oleh lelaki terbaik, iaitu baginda Rasulullah ﷺ sendiri. Iktibarnya – bilamana mendahulukan Allah, pasti ada ganjaran tak kira sama ada akan diberikan ketika di dunia ataupun disimpan untuk akhirat.
    Isteri tidak perlu merasa bersalah dengan anggapan masyarakat yang mungkin mengatakan –“Isterinya tak hantar suaminya ke kuburlah.” Dan isteri juga tak perlu rasa bersalah dan membuat helah seperti isteri ikut tapi duduk dalam kereta saja, atau duduk jauh sikit dari tempat dikebumikan. Perasaan bersalah itu perlu diambil kira berdasarkan hukum Allah, dan bukan hukum budaya masyarakat. Jangan takut apa org cakap.
    Pada zaman Rasulullah ﷺ sudah ada golongan wanita yang nak ikut ke kubur, lalu Nabi ﷺ bertanya kepada mereka, “Kamu nak pergi kubur, adakah kamu pikul jenazah itu? Jawab mereka, “Tidak.” Baginda RasuluLlah ﷺ bertanya lagi, “Adakah kamu akan masuk ke dalam kubur untuk menguburkan jenazah?” Jawab mereka, “Tidak.” Lalu Rasulullah ﷺ berkata, “Kamu balik kamu dapat ganjaran, lebih baik daripada kamu ikut dan kamu dapat dosa.”
    Ini bukan menunjukkan yang agama ini tiada perasaan kepada kaum wanita. Hari ini orang akan mengatakan seorang isteri tak penuhi hak suami jika isteri tak hantar jenazah ke kubur. Lama-kelamaan orang akan kata tak penuhi hak suami jika tak semua ahli keluarga hadir di kubur.
    Generasi akan datang pula akan kata tak penuhi hak suami jika tak masuk dalam kubur. Perubahan demi perubahan akan berlaku jika ianya dicipta mengikut akal fikiran manusia atau budaya tempatan yang sumbernya tak tetap. Tapi jika ikut hukum Allah, ia sama saja tak kira di mana berada – Malaysia, Indonesia atau Yaman dan lain-lain.
    Jika ada yang kata, “Eh awak tak penuhi hak suami awaklah.

    Jawab padanya, “Eh, Allah yg suruh saya tak ikut.” Oleh itu, pastikan apa yang kita buat itu adalah sesuai mengikut apa yang Allah Ta’ala suruh.

    Jika ikut cakap orang kita dpt dosa, tapi ikut cakap Nabi ﷺ, yang tak pernah bercakap kecuali ianya wahyu daripada Allah Ta’ala, kita akan dapat pahala. Maka, rugi jika seseorang itu ikut cakap orang !
    Di akhirat nanti bukan kawan itu yang akan membela kita di hadapan Allah, bahkan dia akan menjauh daripada kita.
    Jika isteri ingin melihat suami buat kali terakhir atau ingin solatkan, bawa jenazah pulang ke rumah sebelum dikebumikan. Siapa kata jenazah tak boleh dibawa pulang ke rumah jika telah dimandi (dan disolatkan) di masjid?
    Jika ingin solatkan, baca Quran atau apa saja – buat di rumah agar isteri tak perlu keluar. Kalau boleh mandikan di rumah lebih baik, tapi kalau tak boleh, bawa ke masjid, dan kemudian bawa balik ke rumah. Nak buat tahlil di masjid boleh, tapi isteri buat di rumah saja.
    Isteri tak boleh keluar menunggu suami dimandikan di masjid atau seumpamanya, kerana iddah bermula setelah suami meninggal.
    Perempuan, kalau nak pergi ke kubur, pergi pada hari selain darpada hari pengkebumian. Kecuali, jika satu kampung itu tiada lelaki, semuanya perempuan. Maka, dalam hal ini – perempuan yang bawa jenazah, yang gali kubur, yang kebumikan, yang uruskan semuanya.
    Perempuan bukan dilarang pergi ke kubur, tapi risau berlaku perkara yang tidak sesuai dengan syarak jika ikut bersama lelaki yang menguruskan jenazah.
    Kita pun lihat sendiri banyak berlaku, perempuan ahli keluarga duduk di hadapan kubur, dan sekelilingnya semuanya lelaki. Batasan antara lelaki dan perempuan tak lagi diperhatikan. Tambahan pula kalau perempuannya tidak menjaga cara berpakaian yang sopan dan menurut syarak.
    Biarkan orang lelaki siap menguruskan. Esok pagi-pagi, baru anak dan ahli keluarga pergi untuk bacakan Yasin ke… dan akan dapat baca dalam keadaan tenang dan tak bercampur dengan lelaki.
    Ambil iktibar daripada kisah anak perempuan Nabi Syuaib, yang ketika ingin mengambil air daripada perigi. Walaupun memerlukan, mereka tidak beratur bersama lelaki, tetapi mereka tunggu jauh daripada perigi sehingga lelaki selesai, baru mereka akan ambil air. Sama juga kalau nak ziarah kubur, tunggu orang lelaki selesai dulu, pergi keesokan harinya.
    Terdapat banyak perbahasan ulama dalam kes isteri yang kematian suami dan perlu keluar bekerja, kerana memang sukar mendapatkan cuti selama 4 bulan 10 hari. Dalam keadaan darurat, seseorang dibenarkan melakukan sesuatu yang haram sekalipun. Dalam hal ini, kalau isteri bekerja, perlu dilihat adakah pekerjaan itu keperluan darurat atau tidak.
    Kalau dengan dia tidak bekerja, tapi keperluan asasnya dapat dipenuhi, maka itu bukan darurat yang membolehkan dia untuk keluar bekerja. Tapi, kalau dengan dia tak bekerja, dia tak boleh makan, atau anak-anaknya tiada yang menanggung, atau keluarga suaminya tidak mampu menanggungnya, walhasil, dia ada sebab yang menyebabkan dia tidak boleh berhenti kerja, tapi sebab dan daruratnya itu perlu diambil kira oleh syarak dan bukan oleh diri sendiri.
    Jadi, dalam hal ini, dia boleh keluar bekerja tetapi tetap tidak boleh meninggalkan tuntutan lain seperti berhias, dan melakukan hanya yang diperlukan sahaja dan keluar dari rumah pergi kerja, dan kemudian pulang ke rumah, dan tidak pula singgah di tempat-tempat yang tak berkaitan. Kalau nak pergi kedai, cuma untuk keperluan beli makanan dan minuman sahaja.
    Wallahu’alam bissawab.
    Source: Islam
  • 3 Bukti Lelaki Lebih Muda Adalah Calon Suami Yang Paling Terbaik

    3 Bukti Lelaki Lebih Muda Adalah Calon Suami Yang Paling Terbaik

    Kebiasaannya, ramai wanita yang akan mencari lelaki yang lebih berusia daripada mereka sebagai teman lelaki ataupun calon suami.

    Tetapi, tahukah bahawa lelaki yang lebih muda merupakan calon suami yang lebih ideal berbanding dengan yang lebih tua?

    #1. Lelaki muda juga bijak dan matang.

    Kematangan seseorang lelaki itu tidak diukur dari usia mereka. Terdapat ramai lelaki yang lebih tua daripada anda tetapi mempunyai sikap yang kebudak-budakan dan terdapat juga ramai lelaki yang lebih muda tetapi terbukti lebih matang dalam kata-kata.

    #2. Pengalaman hidup anda menjadi daya tarikannya.

    Terdapat juga lelaki yang lebih muda yang menyukai wanita yang lebih berusia kerana mereka miliki lebih banyak pengalaman hidup yang dapat membantu apabila sudah berumahtangga kelak.

    #3. Peluang untuk hamil lebih tinggi.

    Lelaki yang lebih muda akan memberikan peluang yang lebih tinggi untuk anda hamil. Perkara ini telah dibuktikan daripada sebuah kajian yang ditulis di dalam jurnal Fertility and Sterility di mana peluang untuk wanita yang berusia 40 tahun ke atas adalah lebih tinggi untuk hamil.

     

    Source: taikotai.tv

  • Jangan Jadi Suami Yang Cari Isteri Bila ‘Perlu’ Sahaja

    Jangan Jadi Suami Yang Cari Isteri Bila ‘Perlu’ Sahaja

    Tadi semasa di Kuantan, seorang lelaki jumpa saya dan kata saya tak fahamlah wanita ni ustaz. Dan saya dah tak nak faham. Saya nak berpisah dah sebab kami tak sehaluan.
    Cuba abang tulis kebaikan isteri abang..
    Saya tak tahulah ustaz, saya dah tak nampak baik dia. Saya pun penat.

    Biar saya bagitahu abang sebuah kisah. Kisah ni realiti yang berlaku. Bila kita suami sakit. Demam. Pening. Kita mengadu pada siapa. Isterikan. Saya tengah malam kadang sakit. Isteri tolong urutkan. Buatkan air panas. Risau. Carikan apa-apa ubat. Layan sakit kita..
    Isteri jaga anak-anak. Dia bagi kita rehat.

    Bila anak sakit. Mereka mengadu dengan siapa. Dengan ibunya. Anak merengek sape layankan. Ibunya. Setiap hari tanpa jemu.

    Tapi isteri sakit, pening, migrain, sakit perut, susah. Dia mengadu pada siapa? Tiada siapa abang. Suami? Banyak tak nak dengar. Paling-paling tanya teruk ke? Pergilah klinik. Ala sikit jer. Kadang mengadu sakit kena marah lagi. Jika sebuah keluarga semuanya sakit demam. Kita suami demam. Isteri demam. Anak demam. Sape yang jadi kuat dan akan macam sihat? Isteri…mereka sayang dan risau yang lain terlupa dia pun demam dan sakit.

    Mereka tiada tempat mengadu. Kawan pun terhad. Mereka seorang diri cuma luah dengan air mata seorang diri. Biasanya.
    Wanita kuat dan tabah. Dia bersalin anak kita. Berapa kali mati untuk kita. 9bulan bawa perut sana sini. Lepas bersalin, terus susukan anak. Berjam-jam. Rehat sekejap anak menangis nak susu lagi…

    24jam urus semua tanpa rehat. Bersuami tapi tak boleh berbual. Tak nak dengar. Dahler takde kawan-kawan. Takde sesiapa. Jika suami tak sudi nak dengar, siapa lagi teman untuk berbual dan bercerita. Sedih bila fikir cuma diperlukan baru dipandang. Akhirnya bawa sedih dan duka seorang diri.
    Begitulah mak kita. Begitulah isteri kita abang. Siapa nak bimbing mereka kalau bukan kita. Kita boleh mengorat dia siang malam masa kita nak. Takkan tak boleh mengorat mereka sekali lagi untuk pimpin mereka masuk syurga?

    Susah ke abang?

    Abang tadi menangis. Saya pun sebak. Sebab masa ceramah di smart sekolah yang saya cintai. Saya teringat mak saya. Teringat guru dan mak yang banyak nasihat saya. Banyak wanita. Semua Nabi-Nabi lelaki. Tetapi yang melahirkan semua Nabi ialah wanita. Berilah masa. Fahamilah mereka. Dengarilah mereka. Air mata isteri kita mahal. Al-Quran dan Sunnah Nabi saw ubat rumahtangga hari ini. Berilah masa belajar iman. Hidupkan Ta’lim rumah..
    Baik ustaz. Terima kaseh. Baru saya faham kenapa ustaz amat cintakan wanita.

    Rasulullah saw sendiri orang paling hargai keluarga. Kita semua sama. Yang bezakan kita disisi Allah ialah takwa. Kemuncak takwa ialah akhlak yang baik. Kemuncak akhlak yang baik ialah berbuat baik terhadap isteri.

     

    Source: http://www.islamituindah.com.my

  • Menurut Kajian, Hidu Kentut Suami Boleh Panjangkan Umur Isteri

    Menurut Kajian, Hidu Kentut Suami Boleh Panjangkan Umur Isteri

    Kentut adalah suatu lumrah kehidupan untuk semua manusia. Malah ada sesetengah orang yang kentut lebih daripada sepuluh kali sehari.
    Anda akan merasakan satu nikmat yang susah untuk dibayangkan setelah anda melepaskan kentut yang sangat kuat. Isunya sekarang ialah, situasi selepas kentut anda dilepaskan – apabila kentut anda menghasilkan bau yang busuk dan dibiarkan “terapung” di udara untuk di bau.
    Menurut satu kajian, menghidu kentut suami akan membuatkan peluang anda untuk hidup lebih lama adalah tinggi. Ini kerana, bau metana dan hydrogen sulfida yang ada pada kentut seseorang itu sebenarnya membantu mengubah fungsi enzim dalam badan anda mengurangkan penyakit-penyakit seperti Dementia.
    Selain itu, kajian baru oleh Exeter University di England telah menjelaskan bahawa ia juga membantu dalam mencegah kerosakan mitokondria.
    Kesimpulannya, biarlah kentut anda keluar dengan sepuas-puasnya dan yang paling penting sekali, jangan sesekali anda takut dan malu di samping isteri kerana pada hakikatnya, ia dapat membantu menjaga kesihatan isteri anda.