Tag: Syawal

  • Suami Isteri Ini Anjur ‘Homestay’ Tanpa Bayaran, Sebarkan Budaya Melayu Kepada Pelancong

    Suami Isteri Ini Anjur ‘Homestay’ Tanpa Bayaran, Sebarkan Budaya Melayu Kepada Pelancong

    Sepasang suami isteri di Singapura memperkenalkan sebuah konsep inap desa atau ‘homestay’ yang tujuan mendedahkan budaya masyarakat Melayu/Islam kepada pelancong asing. Sehingga kini, Benko Student Homestay itu, yang sudah tujuh tahun beroperasi, berjaya menarik 130 peserta. Namun yang menariknya, program inap desa ini tidak mencari keuntungan dari para pelancong.

    Idea untuk menawarkan program inap desa kepada pelajar asing tercetus ketika Cik Azrahayu Ahmad Afandi dan suami, Nicolas Benko, berbulan madu di Scotland. Mereka ketika itu tinggal dengan sebuah keluarga Melayu/Scotland berasal dari Singapura. Layanan mesra tuan rumah itu mendorong pasangan suami isteri ini untuk membuka Benko Student Homestay di Singapura. Tahun ini, mereka sekeluarga berkongsi cara hidup masyarakat Islam sempena Ramadan dan Syawal bersama pelancong dari Argentina dan Filipina.

    Menariknya, Cik Azra dan suami tidak mengenakan sebarang bayaran bagi para pelancong yang menumpang di rumah mereka. Sebaliknya Cik Azra hanya mahukan pelancong yang menginap di rumahnya supaya berkongsi satu kepakaran atau mengajar sesuatu kepada beliau dan keluarganya Bagi para pelajar asing pula, mereka membuat bayaran nominal untuk tempoh tinggal sekurang-kurangnya enam bulan. Khas sempena Hari Raya Aidilfitri ini, tetamu Cik Azra juga mempelajari cara membuat kuih-muih tradisional Melayu, selain bergaya dengan baju raya.

     

    Source: Berita Mediacorp

  • 2 Bayi Syawal Dilahirkan, Satu Di AYE, Satu Selepas Jalan Raya

    2 Bayi Syawal Dilahirkan, Satu Di AYE, Satu Selepas Jalan Raya

    Kemeriahan sambutan Aidilfitri tahun ini boleh dikatakan ‘menakjubkan’ bagi dua buah keluarga, dek kelahiran bayi Hari Raya mereka.

    Tambah luar biasa dan manis lagi, kelahiran kedua-dua bayi bertuah itu tidak dijangkakan oleh keluarga masing-masing yang ghairah jalan Raya, meskipun ibu masing-masing sedang sarat hamil.

    DOA MAHU KENDALI KELAHIRAN BAYI SENDIRI DIMAKBUL

    Bagi pasangan Muhammad Khidhir Abdul Hamid, 32 tahun, dan Siti Aishah Ali Akbar, 31 tahun, kehadiran cahaya mata ketiga mereka pada pagi 1 Syawal sesuatu yang amat bermakna.

    Istimewanya bayi perempuan itu yang diberi nama Firyal Addeena, dilahirkan di dalam kereta semasa di jalan susur keluar di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE), sekitar 10 minit sebelum tiba di pekarangan hospital.

    “Sepanjang jalan ke Hospital Universiti Nasional (NUH), isteri saya yang kesakitan tiba-tiba berkata ‘ada sesuatu pecah’. Saya ingatkan tempat berpaut (di bahagian atas pintu kereta) yang pecah. Kemudian isteri saya kata ‘beliau tidak boleh tahan’.

    “Pada waktu itu saya masih yakin akan sempat sampai ke hospital kerana saya sudah nampak logonya. Tiba-tiba saya terdengar bunyi bayi menangis! Waktu itu juga saya memang sudah tidak boleh berfikir. Tak tahu mana nak keluar, mana (bangunan) A&E hospital. Semuanya hilang (dari dalam fikiran),” cerita Encik Muhammad Khidhir dengan penuh semangat kepada wartawan BERITAMediacorp sambil tertawa kelucuan.

    HOSPITAL MOUNT ELIZABETH DESTINASI TERAKHIR PADA HARI RAYA PERTAMA

    Satu lagi pasangan pasangan suami isteri yang turut menyambut kelahiran bayi Syawal dengan ceritanya yang tersendiri dan boleh membuatkan anda tersenyum, ialah Dewi Haryanti Hussein, 32 tahun, dan Mohammed Aizad Mohtar, 33 tahun.

    Cik Dewi yang dijadual melahirkan cahaya mata kedua pada 1 Julai, langsung tidak terfikir akan ‘berkunjung’ ke Hospital Mount Elizabeth sebagai destinasi terakhir pada hari pertama Hari Raya, iaitu 25 Jun lalu.

    “Persiapan kami sebelum itu lebih kepada nak sambut Hari Raya. Baju raya semua kami sudah beli. Malah kami beli dua tiga pasang untuk raya pertama dan kedua!” Cik Dewi memberitahu BERITAMediacorp sambil tertawa.

    Beliau mula berasa sakit sekitar pukul 6.00 petang dan kemudian memaklumkannya kepada suami beliau.

    “Selepas maghrib, sakitnya lebih kerap. Jadi saya beritahu suami yang kita tak boleh teruskan berjalan dan saya mesti ke hospital,” kata Cik Dewi yang mempunyai seorang lagi anak lelaki berusia dua tahun.

    Dalam kesakitan hendak melahirkan bayi, kata Cik Dewi, beliau dan suami yang sedang berada di kawasan Teban, sempat pulang ke rumah mereka di Tampines terlebih dahulu untuk menyalin pakaian sebelum bergegas ke hospital yang terletak di Novena!

    “Suami saya menyuarakan rasa kurang selesa untuk ke hospital dengan berpakaian baju Melayu, berkain samping dan bersongkok, bila saya fikirkan semula memang akan kelihatan agak lucu. Jadi kami pulang ke rumah terlebih dahulu untuk menyalin pakaian,” ujar Cik Dewi kepada BERITAMediacorp menceritakan detik-detik luar biasa dalam kehidupan mereka itu.

    Bayi pasangan itu, yang belum lagi diberikan nama, dilahirkan enam minit sebelum pukul 12.00 tengah malam pada 26 Jun.

    “Pada Hari Raya kedua, ramai saudara-mara yang datang ke hospital dengan berpakaian Hari Raya. Nasib baik kami sudah siap sedia dengan duit ‘collection’,” gurau Cik Dewi, yang berdoa agar bayi lelakinya itu membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Employers Encourages Their Muslim Domestic Helper To Fast, Even Though They Themselves Are Chinese-Buddhists

    Employers Encourages Their Muslim Domestic Helper To Fast, Even Though They Themselves Are Chinese-Buddhists

    For 17 years, she spent Hari Raya celebrations in Singapore, far from her beloved family in her village in Indonesia.

    While at times she cries, Ms Sriwahyuni has never lamented having to make ends meet in the region.

    Spending Ramadan alone is also one of the challenges faced by 49 year old Ms Sriwahyuni, who would call her elderly mother during Aidilfitri.

    Notwithstanding, with a very understanding employer, her situation is not as terrible.

    Her employer even encourages her to fast during Ramadan, even though they themselves are not Muslims.

    Mr Ho Kai Huat, 55 years old, and Miss Tan Sai Gek, 56 years old, are Buddhists but say they are not averse to allowing her to fast.

    ***

    SELAMA 17 tahun, kebanyakan sambutan Hari Rayanya di sini jauh daripada keluarga tercinta di kampung halaman beliau di Indonesia.

    Walau kadang menitis air mata, Cik Sriwahyuni tidak pernah mengeluh perlu mencari rezeki di rantauan.

    Menyambut Ramadan keseorangan juga antara cabaran yang dihadapi Cik Sriwahyuni, 49 tahun, yang akan menelefon ibunya yang sudah lanjut usia setibanya Aidilfitri.

    Namun, dengan adanya majikan yang amat memahami, keadaan tersebut tidaklah begitu teruk.

    Malah, majikan beliaulah yang menggalakkannya berpuasa meskipun mereka bukan beragama Islam.

    Encik Ho Kai Huat, 55 tahun; dan Cik Tan Sai Gek, 56 tahun, yang beragama Buddha, berkata mereka tidak keberatan mengizinkan Cik Sriwahyuni berpuasa.

     

    Source: www.beritaharian.sg

  • Ahmad Stokin: Aidilfitri Dah Habis, Kuih Tak Habis-Habis, Hutang Beraya Belum Selesai

    Ahmad Stokin: Aidilfitri Dah Habis, Kuih Tak Habis-Habis, Hutang Beraya Belum Selesai

    ‪#‎DahSetelBelum‬

    Dongan terbonamnyo sang matohari tadi, maka berakhir lah kini syawal yg begitu sibuk sekali. Menandakan Raya doh habih doh kan. Doh banyak kali doh ambo baposan, ambo kasi ingak, tapi nampaknyo tak banyak beza ambo tengok.
    Masih terdapat, kuih muih batimbun atas meja. Segalo macam kerepek masih lagi terdapat didalam tin (ada yg masih belum terusik lagi) Hmmmmmm.

    Doh ambo posan, kalau iyo poung nak sambut raya, apo salahnyo sambut “ala kada” je, kuih mueh tu siap secukup rasa je, tak payah buat/beli hingga keterlaluan banyak nyo. Ni skarang ni, syawal doh habis, kueh2 ko tak habis lagi.(Tolong jgn kasi alasan ellehhh kan boleh simpan raya haji).

    Tapi nak kata apa lagi kan, masih ramai yg tak dongar nasihat, masih ramai yg tak mau berjimat.

    Eh dongar2 ado jugok yg beli kueh onlain kredit. Iya kredit!! (Hutangggg lah tu) Doh bermula poung luahan rasa kurang senang dan keluhan penjual2 kueh raya kerana kueh habis tapi masih belum bebayar lagi. Nak buat macam ne lagi kan, ambo tak berpihak mana2, gasak lah nak oi, doh dewasa. Pepandailah selesaikan tu

    p.s. Yg masih terlebeh kueh2 tu, ambo sarankan yu ol yu ol semua Brekfes,lanch dan deener kueh2 tu lah TIAP2 HARI SAMPAI SELESAI, huakakakakakakakakaka

     

    Source: Ahmad Stokin

  • Ahmad Stokin: Kalau Dah Janji Nak Datang Beraya, Jangan Paitau!

    Ahmad Stokin: Kalau Dah Janji Nak Datang Beraya, Jangan Paitau!

    Masih dlm syawal masih lagi kita beraya. Selain majlis raya sana sini masih terdapat juga kunjung mengunjung yg tak habis2.
    Terdongar rintihan sorang kawan kerana beberapa anggota keluarga dan juga kekawan yg dah janji nak dtg beraya, tetiba las menet tak jadi datang. Ambo pon turut merasa bingit.

    Ya tak ya, boleh ambo tanyo sikit, pat mano letak palo hotak korang ni?? Bukan nya org tu yg panggil korang datang rumah dia. Tapi korang yg kasi tau yg korang nak dtg beraya. Doh tu tuan rumah tentunya berusaha susah payah menyiapkan juadah2 lauk pauk untuk korang2 mentakedaghah lah kan. Kalau satu dua org tak pe lah, tapi bayangkan lah yg kata nak datang tu mungkin berbelas org jumlahnya, lalu disiapkan lah makanan untuk sebanyak itu.

    Ehhh aleh2 tiba harinya, mcm tak bersalah lah pulak telepon org tu korang kasi tau tak jadi datang lah, ada hal lah, tak sempat lah, itu lah ini lah, kepala hotak ko LAH!!
    Ok mungkin ada yg marah ambo ckp cenggini, teruskan baco lah.

    Kalau tak boleh datang akibat dari perkara2 yg betul2 tak dapat elak tu, ok tuan rumah pasti akan mengerti, contoh: kemalangan ke, kematian ke, masuk spital ke, dan alasan2 yg sekontener dgn nya.
    TAPI ko kasi alasan apa pon, lopas tu jgn lah apdet satus pat pesbuk ko beraya rumah lain pulok. Pos gambor tulis kepsyen “Best ah filem tadi, worth the ticket price”, Ada yg aplod gambor “enjoying our deghian Kong D24 at lor 24 geylang” huakakakakaka

    So tell me, give me one good reason not to call you Stupid Dumb Ass!!!

    Moral op der setori :- kalau tak mau ini terjadi pd diri sendiri, jangan lakukan pd orang lain.

    p.s. Kesian kak jey, terpaksalah makan lauk sama tiap hari 3-4 hari ni kankankan.

     

    Source: Ahmad Stokin