Tag: trend

  • Kemeja-T Skirt Labuh Neelofa Dikritik

    Kemeja-T Skirt Labuh Neelofa Dikritik

    Dengan mengenakan kemeja-T yang dipadankan baju lengan panjang berwarna kulit dengan hiasan lace serta skirt labuh hitam, penampilan personaliti terkenal Neelofa ternyata mengundang pelbagai reaksi dari orang ramai selepas majlis besar-besaran Anugerah Meletop Era (AME2017) kelmarin.

    Bagaimanapun, pereka fesyen Fiziwoo menjelaskan pakaian pengacara Neelofa pada malam Ahad lalu merupakan trend yang digayakan selebriti antarabangsa.

    Dalam petikan laporan mStar, Fizi berkata, gaya baju tee bermesej itu kini popular di luar negara dan turut menjadi pilihan ikon fesyen luar negara.

    “Statements Tee sekarang menjadi trend di luar negara, ramai artis antarabangsa seperti Rihanna dan Kendall Jenner menggayakannya pada majlis-majlis hiburan mereka.

    “Neelofa selebriti pertama di negara yang berani mencubanya dan kami percaya ia akan menjadi ikutan oleh masyarakat dalam tempoh beberapa minggu akan datang,” ujarnya, seperti ditukil mStar.

    Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizi Radzi Woo mengulas tentang baju yang digayakan oleh Neelofa pada majlis AME2017 yang berlangsung kelmarin di Stadium Malawati, Shah Alam.

    Pakaian baju tee dengan skirt labuh Neelofa ketika mengacarakan program itu malah dikritik dan dianggap tidak bersesuaian dengan majlis berkenaan oleh ramai netizen.

    Jenama fesyen Fiziwoo merupakan gabungan anak muda berbakat Fizi dan Khai.

    Dalam pada itu, Khai atau nama sebenarnya Izree Kai Haffiz pula berkata, konsep baju berkenaan dilihat bersesuaian dengan majlis anugerah tersebut yang berbeza dengan majlis-majlis anugerah lain.

    “Baju itu bersesuaian dengan AME2017 yang berkonsepkan lebih ceria, ia lebih seperti MTV Award dan bukannya seperti anugerah Oskar.

    “Ketika kami cadangkan idea tersebut, Neelofa gembira dan teruja untuk menggayakannya. Kami juga ada sediakan baju lain yang lebih anggun pada malam itu tapi dia buat keputusan untuk tidak menukar baju itu,” katanya, dalam laporan mStar.

    Sementara itu, Fiziwoo yang sudah empat tahun bertanggungjawab menyediakan pakaian untuk bintang popular itu mengakui gementar menerima persepsi masyarakat.

    Pihaknya juga sudah menjangka sebarang komen yang bakal diterima, tidak kira yang baik mahupun yang buruk.

    “Setiap tahun kami akan gementar untuk baca komen-komen netizen sebab kami tahu ada yang suka dan ada yang tidak boleh terima,” katanya.

    Pada majlis berkenaan, Neelofa turut diumumkan sebagai pemenang bagi Hos MeleTOP dan Program MeleTOP serta memenangi kategori utama iaitu Top Top MeleTOP (Wanita).

     

    Rilek1Corner

    Source: http://berita.mediacorp.sg/

  • Komentar: Tolonglah Berubah Wahai Hijab*tch, Jangan Cemarkan Martabat Wanita!

    Komentar: Tolonglah Berubah Wahai Hijab*tch, Jangan Cemarkan Martabat Wanita!

    Nama aku Munni. Aku suka nama tu sebab watak Munni/Shahida dalam Bajraangi Bhaijan. Sekarang aku sedang sambung Master di sebuah universiti tempatan. Aku bermula daripada sijil jadi tempoh pengajian aku memang lama dan aku telah berdepan dengan macam-macam ragam manusia.

    Aku juga seperti orang lain. Pakai tudung tapi dada terjojol. Baju singkat, seluar ketat. Tapi perlahan-lahan aku berubah. Bukan hanya dari segi berpakaian, tapi dari segala segi. Sebab? Aku terkesan dengan kisah Allahyarham Ahmad Ammar yang semasa ayatnya diisi dengan kerja-kerja bermanfaat dan kepergiannya juga menghidupkan jiwa-jiwa yang lain. Ya. Kematian yang menghidupkan.

    Selain itu aku juga terkesan dengan perubahan Kak Fel (Fellina Butik), Diana Amir, MizzNina dan ramai lagi. Berpakaian mengikut syariat. Dan itu yang ingin kutekankan di sini. Sebagai seorang pelajar, aku malu dengan cara rakan-rakanku berpakaian. Apabila mereka berjalan, membuat perbentangan di hadapan kelas. Aduh. Aku yakin. Mata lelaki yang mungkin imannya setipis kulit bawang pasti meneroka setiap inci tubuh mereka dan bermulalah imaginasi tanpa henti.

    Aku ambil kesempatan untuk sentuh soal hijabista sikit. Sekitar dua tahun lepas, fesyen tudung Keknis menjadi viral. Ala, fesyen yang lilit tengkuk tanpa letak pin (ada juga yang letak pin). Yang tutup bahagian depan, tapi tak sepenuhnya dan bahagian belakangnya singkat ( kadang-kadang nampak leher dan bentuk tali bra). Jujur aku rimas dengan fesyen hijabista sebegini. Dan tahun lepas, bawal pucci pula menjadi tarikan. Yang tak sedap mata memandang bila tudung itu dililit dileher sehingga menampakkan dada. Yang jadi lagi sakit mata memandang bila mengenangkan si pemakai dulunya elok bertudung bawal ala-ala silang biasa berubah kepada pucci ala-ala tercekik leher itu. Kemudian berseluar ketat yang aku sendiri keliru itu seluar jeans atau legging sebab lebih kurang saja rupanya. Ikut trend katanya.

    Berubahlah. Aku mewakili kaum wanita yang lain merayu sangat-sangat kepada hijabista tak kira pelajar, model, selebriti, makcik-makcik, berpakaianlah mengikut syariat. Sudah ramai yang menggelar hijabista zaman sekarang sebagai hijabitch dan telinga aku panas bila mendengar. Jangan rendahkan martabat dan maruah kaum wanita. Tolong. Aku merayu.

    Maafkan aku andai coretan ini membuat hati kalian sakit, sentap atau apa sahaja. Semoga ianya menjentik hati seorang, sepuluh orang, atau berpuluh-puluh orang atau mungkin lebih daripada itu untuk melakukan perubahan. Aamiin.

    Source: KakiShare

  • New Trend: Girls Growing And Dying Armpit Hair

    New Trend: Girls Growing And Dying Armpit Hair

    PETALING JAYA (THE STAR/ASIA NEWS NETWORK) – A new trend has emerged among women – growing their armpit hair and colouring it bright.

    Ms Roxie Hunt, who works at a saloon in Seattle, United States, said in her blog that she always wanted to dye someone’s armpit hair.

    “I’ve always wanted to colour someone’s pit hair, I have actually done it once but it was at late night with too much wine and without the proper tools available.

    “I asked my co-worker Rain if she would be down to let me dye her pit hair blue to match her hair colour and she agreed,” Ms Hunt wrote.

    In her blog titled Offbeat Home and Life, she also gave a detailed explanation on how it was done.

    On Instagram, many women have posted pictures of their dyed pit hair using the hashtag #dyedpits.

    There are also videos on YouTube showing how it is done.

    When last checked on Instagram, there were 63 posts from women using the hashtag showing off their coloured hair pits.

     

    Source: www.thestraitstimes.com

  • Trend Jilboobs Menular Di Malaysia Setelah Diharamkan Di Indonesia

    Trend Jilboobs Menular Di Malaysia Setelah Diharamkan Di Indonesia

    Dilihat dari asal katanya, jilboobs itu adalah gabungan dari 2 buah perkataan, iaitu jilbab dan boobs. Jilbab adalah pakaian muslimah yang menutup aurat, sedangkan boobs adalah bahasa Inggris yang berarti (maaf) payudara dalam bahasa Melayu Malaysia. Jadi, jilboobs adalah model berpakaian muslim jilbab tapi menonjolkan lekuk-lekuk payudara.

    Ini Jilboobs, Trend Yang Diharamkan Di Indonesia Majlis Ulama Indonesia mengeluarkan fatwa haram wanita mengenakan pakaian Muslimah tetapi menonjolkan bentuk badan,kini terend jilboobs sudah mulai menular ke malaysia terutama para artis2 malaysia,sudah pun mengamalkan terend jilboobs ini.

    Source: http://byultras.blogspot.sg