Tag: Ustaz Kazim Elias

  • Ustaz Kazim Elias: Bayar Ganti Rugi Atau Minta Maaf

    Ustaz Kazim Elias: Bayar Ganti Rugi Atau Minta Maaf

    PETALING JAYA: Pendakwah popular Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim menuntut permohanan maaf daripada seorang ibu yang mendakwa sekolah tahfiznya di Ipoh terlibat dalam penderaan seksual pelajar, atau membayar RM8 juta (S$2.6 juta) sebagai ganti rugi.

    Menurut laporan mStar Online surat tuntutan yang bertarikh 18 November menyatakan Ustaz Kazim berkata catatan di Facebook yang ditulis wanita berkenaan bahawa berlakunya ‘kes penderaan kanak-kanak di sekolah Maahad Tahfiz di bahagian utara’ yang diketuai seorang ‘ustaz terkenal’, memberi bayangan bahawa ia adalah dirinya dan sekolah agamanya.

    Peguam Ustaz Kazim menegaskan dakwaan-dakwaan itu menunjukkan bahawa anak guamnya menubuhkan ‘sebuah pusat penderaan seksual’.

    Tambahnya, catatan itu juga membayangkan bahawa Ustaz Kazim adalah seorang pedofil dan menggunakan madrasah sebagai alat untuk menarik kanak-kanak dan melakukan salah laku seksual terhadap mereka, tambah laporan mStar Online.

    Perkara itu disahkan peguam Firdaus Mohamood kepada The Star Online hari ini (22 Nov), yang berkata surat tuntutan diserahkan sendiri kepada wanita itu semalam dan wanita berkenaan mempunyai tujuh hari untuk membuat keputusan.

    Ustaz Kazim sebelum ini menafikan dakwaan penderaan seksual melibatkan sekolah tahfiz miliknya, Pusat Pendidikan Al-Barakah dan beberapa aduan polis sudah dibuat.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Ustaz Kazim Hanya Dapat Tidur Di R&R Kerana Alami Tekanan

    Ustaz Kazim Hanya Dapat Tidur Di R&R Kerana Alami Tekanan

    Pendakwah bebas terkenal Ustaz Mohd Kazim Elias mengakui tekanan melampau dialaminya menyebabkan beliau sukar untuk lena sehingga terpaksa tidur di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di tepi lebuh raya.

    Katanya ketika dimasukkan ke sebuah hospital swasta Sabtu lalu (5 Nov), pada waktu malam beliau akan meminta kebenaran doktor untuk keluar menaiki kereta bagi mengurangkan tekanan seterusnya melelapkan mata.

    “Lima doktor yang merawat saya memberitahu saya mengalami tekanan dan kurang rehat sehingga sukar untuk tidur termasuklah sebelum dimasukkan ke hospital.

    “Semasa di hospital pada pukul 11.00 malam saya ke lebuh raya, saya tidur di kawasan Rehat dan Rawat Gopeng, Simpang Pulai serta Tapah dan balik semula ke hospital pada pukul 4.00 pagi.

    “Entah kenapa bila masuk dalam kereta belum sampai plaza tol atau lebuh raya saya dah tertidur, tapi kalau di rumah dan hospital memang sukar walaupun diberikan ubat tidur yang paling kuat,” katanya kepada para wartawan pada majlis Taklimat Umrah Bersama Datuk Ustaz Kazim Elias hari ini (13 Nov).

    Mengenai status kesihatannya, Ustaz Kazim yang dibenarkan keluar dari hospital Khamis lalu berkata doktor mengesahkan beliau mengalami ulser dan pendarahan pada usus.

    “Disebabkan ulser dan pendarahan usus, doktor menghentikan pengambilan ubat mencairkan darah selama empat hari, tetapi ia beri kesan pula kepada jantung sehinggalah sekarang,” katanya.

    Ustaz Kazim yang terkenal dengan ceramah bersahaja juga berkata masalah kesihatan dialaminya menyebabkan berat badan beliau susut daripada 69 kilogram (kg) tiga minggu lalu kepada 64.5kg semalam (12 Nov).

    Sehubungan itu, beliau merancang untuk mengurangkan aktiviti ceramah pada tahun depan selain mahu memberi tumpuan kepada program lawatan ilmiah ke luar negara.

    Pengasas serta Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah di Manjoi itu berkata beliau akan melepaskan tanggungjawab tersebut yang digalasnya sejak 10 tahun lalu kepada pihak lain.

    “Tapi adakah pihak yang akan menggantikan saya nanti dapat mengajar dan memberi ceramah macam saya? memulangkan semula sagu hati (bayaran) yang diterima kepada pusat ini untuk pembangunannya?” soal Ustaz Kazim.

    Katanya tahun lalu, seramai 170,000 orang datang menziarah pusat pendidikan itu semata-mata untuk mendengar ceramah yang diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad.

    Pada Februari lalu, Ustaz Kazim dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian selepas mengadu penat dan sakit dada ketika sedang berceramah di perkarangan bangunan Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Gunong, Bachok di Kelantan.

    Source: Berita MediaCorp