Tag: VEP

  • Sesak di Woodlands CIQ

    Sesak di Woodlands CIQ

    KEREDAAN kenderaan keluar masuk Johor Bahru selepas Malaysia menaikkan kadar tol hanya sementara sahaja?

    Nampaknya begitu jika keadaan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Woodlands dan Johor hujung minggu lalu dijadikan sandaran.

    Beberapa pembaca Berita Harian memberi maklum balas mereka terperangkap dalam kesesakan lebih dua jam menyeberangi koswe kelmarin dan semalam.

    Malaysia baru-baru ini memperkenalkan tol baru bagi pemandu yang menggunakan Tambak Johor yang berkuat kuasa 1 Ogos lalu.

    Pemandu kenderaan persendirian yang memasuki Malaysia dari Singapura melalui Koswe perlu membayar tol RM9.70 ($3.80) berbanding RM2.90 sebelum ini.

    Apabila memasuki Singapura pula, mereka dikenakan tol RM6.80. Bas dan teksi masing-masing perlu membayar RM13.30 dan RM8.20 bagi setiap perjalanan dua hala. Kenaikan itu menimbulkan reaksi kurang senang sebilangan rakyat Singapura.

    Masyarakat peniaga di Johor Bahru turut tidak setuju kerana menjejas perniagaan mereka.

    Menyusuli langkah Malaysia, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengumumkan Singapura akan mengenakan kadar tol yang sepadan.

    Selain tol, Malaysia juga akan mengenakan bayaran permit masuk kenderaan (VEP) kepada kenderaan asing melalui Johor Bahru

    Source: http://beritaharian.sg/setempat/sesak-balik-di-ciq#sthash.9PRsf3tB.dpuf

    letters R1C

    YOUTUBE: youtube.com/user/rilek1corner

    FACEBOOK: facebook.com/rilek1corner

    TWITTER: twitter.com/Rilek1Corner

    WEBSITE: rilek1corner.com

    EMAIL: [email protected]

    FEEDBACK: CONTACT RILEK1CORNER