Penerbit, pengarah dan penggubah muzik tersohor, Encik Iskandar Mirza Ismail meninggal dunia awal pagi tadi.
Beliau berusia 58 tahun.
Jenazah beliau, yang merupakan penerima Anugerah Jauhari Berita Harian 2003, kini di rumah ibunya, Cik Nona Asiah.
Empat tahun lalu, bapa dua anak itu disahkan doktor menghidap barah paru-paru tahap keempat. Sel-sel barah kemudian mula menyerang otaknya.