Myanmar Lulus Undang-Undang Rancang Keluarga Etnik Rohingya

NAYPYIDAW (MYANMAR), Selasa – Etnik muslim Rohingya terus ditekan kumpulan pelampau Buddha dengan terbaru, dihalang menghantar anak ke sekolah, tidak boleh membuat perjalanan di antara kampung ke kampung, dan memulakan perniagaan kecil.

Kerajaan Myanmar memberi tempoh sehingga 31 Mei ini sebagai tarikh akhir kepada warga Rohingya untuk menyerahkan ‘kad putih’ yang diberi sebelum ini.

“Tiada pergerakan bermaksud tiada perniagaan, tidak ada peluang untuk kehidupan yang lebih baik, tiada wang.

“Ia akan menyebabkan keadaan menjadi terdesak dan akan melarikan diri,” kata Shwe Maung, salah seorang daripada dua anggota Parlimen dari etnik Rohingya.

Etnik minoriti Muslim Rohingya juga berdepan dengan undang-undang perancangan keluarga baru yang telah ditandatangani oleh Presiden Thein Sein beberapa hari yang lalu.

Undang-undang baru itu menarik kemarahan beberapa kumpulan hak asasi dan aktivis di seluruh dunia.

“Kami berkongsi kebimbangan bahawa rang undang-undang ini boleh memburukkan lagi perpecahan etnik dan agama,” kata Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blin Ken.

Kekejaman pelampau Buddha terhadap muslim Rohingya semakin teruk sejak akhir-akhir ini sehingga memaksa etnik minoriti itu melarikan diri dengan bot kecil, meminta pertolongan dari negara Asia lain.

Penghijrahan terdesak di laut itu telah menyebabkan ratusan mati dan beribu-ribu terkandas, menyebabkan satu krisis pelarian paling teruk di dunia dalam beberapa dekad.

Pelampau Buddha terus menerus menanam kebencian agar memerangi umat Islam Rohingya, yang turut disokong kerajaan kerajaan apartheid Myanmar.

“Mengapa mereka sanggup lari ke laut dengan bot? Mengapa mereka mengambil risiko mati di laut? Kerana kewujudan mereka (pelampau Buddha), dan masa depan yang buruk,” kata Penny Green, Pengarah Inisiatif Jenayah Antarabangsa dari Queen Mary University of London.

Rohingya disenaraikan oleh PBB sebagai etnik paling tertindas di dunia.

Selain berdepan ‘penghapusan etnik’, mereka juga dinafikan hak kewarganegaraan sejak pindaan undang-undang negara itu pada tahun 1982 yang menyebabkan mereka dilabel pendatang haram di negeri sendiri.

Kerajaan Myanmar dan juga majoriti Buddha enggan mengiktiraf istilah “Rohingya”.

Antara 2012 dan 2013, serangan Buddha telah mengakibatkan ratusan muslim Rohingya terbunuh dan 140,000 lagi dipindahkan dari rumah mereka.

 

Source: www.ismaweb.net

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *