Beri Sokongan Kepada Wear White!

Gereja-gereja di Singapura akan pakai putih atau Wear White pada 13 Jun 2015 ini sebagai simbol tidak setuju mereka terhadap acara perhimpunan tahunan yang mempromosikan gayahidup kaum Sodom di Singapura.

Mereka sebulat suara akan memakai putih pada tarikh tersebut, sepertimana yang mereka lakukan pada tahun lepas secara besar-besaran. Inilah cara mereka menyuarakan keperihatinan mereka terhadap gejala negatif dengan cara aman, iaitu dengan hanya memakai putih.

Wear White ini sebenarnya bermula dari Wearwhite yang dipelopori masyarakat Islam tahun lepas apabila acara tahunan kaum Sodom itu bertembung dengan malam 1 Ramadhan. Tahun lepas, Wearwhite ini hanya menggalakkan Muslim untuk memakai pakaian putih pada malam 1 Ramadhan sebagai kesucian untuk Kembali Kepada Fitrah dan tidak menyokong acara yang mempromosikan gayahidup kaum Sodom. Golongan Kristian memberi sokongan kuat lagi padu dengan mereka memakai pakaian serba putih pada hari Sabtu (petang 1 Ramadhan) dan Ahad (1 Ramadhan) apabila mereka ke gereja masing-masing.

Golongan Kristian tahun ini meneruskan Wearwhite tahun ini dengan mengenakan pakaian serba putih pada hari acara mempromosikan gayahidup kaum Sodom dijalankan sebagai cara mereka menyuarakan keperihatinan mereka secara aman. Dan mereka pun sudah persiapan awal untuk menggalakkan anggota setiap gereja untuk Wearwhite pada hari tersebut.

 

Source: Mohd Khair

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *